*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, April 5, 2010

Semuanya Di Sini

Akhirnya dapat jugak ku bertemu dengan kekasih hati setelah sebulan tidak ketemu (apsal aku cakap ala-ala orang zaman dulu kala neyh?!)

So semalam kitarang gi Alamanda. Malas nak gi jauh-jauh. Agak awal jugakla kitarang ke sana.. Dalam pukul 11 lebih pagi kitarang dah sampai kat Alamanda. Dengan harapan tak ramai lagi orang di GSC. Bila sampai je sana terus cari parking and ke GSC.

Mak aih!! Ramai tul yang beratur! (Tapi tak leh lawan lagi masa aku beratur nak beli tiket kat Mid Valley). Pagi-pagi buta pun dah ramai orang ke. Ingatkan takde orang. Ciss! So nak tak nak kena la beratur gak kan.

Wayang yang mula-mula kitarang tengok adalah Clash Of The Titans. Citer ni start kul 12.15pm. Then kitarang beli siap-siap tiket Alice In Wonderland kul 3.00pm. Mesti yang jual tiket ingat kitarang ni giler movie.

Before tengok COTT tu, sempatla aku lunch kat Little Wok dulu. Lapar giler eh. Pagi tu aku sempat makan kuih seri muka je. Then terus rushed ke GSC balik sebab dah nak dekat tayangan COTT dah. Hmm.. Overall citer ni OKla. Not that bad. Out of 5, I would give 3.5.

It's about dewa-dewa.. Then dewa ada anak yang separa dewa, separa manusia. Aku nak explain tak reti tapi okla. Nah! Baca sinopsis citer ni kat sini.

Oh ya.. Kalau korang pernah tengok citer Percy Jackson, citer dia lebih kurangla. Ada Zeus, Hades, Poseidon, Medusa (yang kepala ular and we cant stare into her eyes.. kalau tak nanti jadi batu)..

Then bile dah habis citer tu, teman my nemo makan kat McD lak. Dia cakap dia rindu nak makan Double Cheese Burger or kitarang panggil nama singkatannya DCB.

Muka my Nemo yang happy dapat DCB

Around 3pm, kitarang ke GSC balik untuk tengok Alice In Wonderland. My comment bout this movie.. Sama macam orang lain cakap.. Tak best. Boring sampai aku boleh terlelap. Tapi kenapa citer ni until now ada lagi? Patutnya dia tayangkan citer Remember Me lebih lama sikit. Padahal date released citer Alice & Remember Me lebih kurang je tapi Remember Me dah takde kat pawagam. Memang cis tol! Tak dapat aku nak tengok my Edward berlakon.

Dah habis tengok AIW, kitarang jalan-jalan kat Alamanda till 6pm. Aku cakap kat my nemo yang aku tingin nak tengok Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi kat Precint 3. Mujurla jumpa.. Apalagi.. Memang tak lepaskan peluang untuk bergambar la. Nak nak pulak masa tu dah nak dekat sunset. Suasana memang cantikla sangat.

Korang nak tau kenapa Masjid ni dipanggil Masjid Besi? Meh Makcik Joyah nak bagitau..

Masjid ni guna hampir 70% daripada besi/steel. Korang boleh tengok struktur ni daripada luar lagi. Hampir kesemuanya besi. Yang lain baru lah dia guna konkrit. Masjid ni siap ada basement carpark lagi taw. Mula-mula kitarang sampai, kitarang ingatkan complex ape la. Rupa-rupanya memang betul Masjid Besi yang kitarang cari. Yang paling uniknya lagi masjid ni takde sistem aircond/kipas pun sebab ianya menggunakan gas penyejuk. Canggeh tak?

Apsal mata aku macam ni? Ntah! Aku pun tak taw

Yang kat belakang tu la 'Masjid Besi'

From another angle, Ada jambatan tergantung (kenapa tergantung? sebab jambatan ni tak siap lagi.. macam tergantungla)

Muka kanak-kanak riang

Terus bertukar konon-konon ayu


Ni tak taw nak letak caption ape sebab muka aku secotek je

I love this pic.. TQ Mr Photographer aka Nemo

Cantik kan..

Keriangan jelas tergambar di wajahku setelah dapat berjumpa dengan si dia


Malam tu, we had dinner at Papparich dekat area rumah aku

My Asam Laksa

Lepas tu, dia anta aku balik and dia pun balik ke tempat study dia

2 comments:

S.U.R.I.A. said...

ala...sonok yer dia jumpa kekasih ati....

Live.Laugh.Love said...

hehe..mestila sonok sbb lama xjumpa.heheh