Tadi pagi lepas dah breakfast air milo, burger daging hasil dari air tangan mama dan Evening Primrose.. Aku lepak kat luar sambil main-main dengan Miko and Tokio (my cats). Lebih kurang pukul 8 camtu, aku salam-salam dengan my parents, start enjin kereta and gerak.
Masa on the way tu.. Tiba-tiba ada seekor anjing yang tah datang dari mana tah, nak melintas jalan. Mujur aku tak bawa laju. Kalau tak, confirm dah jadi mayat anjing tu. Hish!
Then aku teruskan perjalanan lagi sambil telinga mendengar Hitz.Fm. Aku suka kot dengar gotcha calls. Tiap-tiap pagi wajib aku dengar sebab tu yang akan menceriakan pagiku. Tapi memandangkan belum sampai masanya gotcha call, aku dengar Hot.Fm dulu. Kebetulan masa tu lagu Siti Nurhaliza-Pastikan (Oh aku suka lagu ni).. Aku pun mula mengasah bakat terpendam sambil menyanyi riang ♫♬♪♩♭♪. Kat sebelah aku ada bas yang sarat dengan penumpang. Argh! Lantakla kalau si penumpang-penumpang sekalian nak kata aku syok sendiri.. Yang penting aku happy 。◕‿◕。
Tapi kegembiraan aku tak lama bila bas tu datang menghimpit keretaku. Oh ini dah melampau. Aku taw yang kau tu besar wahai bas dan kereta ku ini kecil je. Umpama gajah dan semut tapi kau tak patut buat macam ni kat aku. Dem you!
Aku pun perderas kereta tanda taknak mengalah. Dalam kepala ku.. "Jangan mengalah. Jangan kasi can kat bas yang tak bermoral ni." Aku ni pemandu berhemah kau tahu. Ikut peraturan. Dah la kau tak kasi signal. Dem you lagi!
Dan pabila kereta ku dah maju ke depan, aku dah betul-betul berada di sebelah bas iaitu aku dapat bertentang mata dengan pemandu bas tersebut. Aku dengan beraninya memandang ke arah pemandu bas tersebut (Aku pakai shades hitam.. Jadinya aku takdela takut sangat sebab dia tak dapat tengok mataku. Hahah)
Tapi nampaknya pemandu bas ni cukup degil. Dia himpit aku serapat yang mungkin sampai akhirnya aku terpaksa mengalah. Oleh itu.. Lepas aku berada di belakang bas tersebut.. Berbakul-bakul sumpah seranah yang aku lontarkan kat pemandu bas tersebut. Betul-betul bikin aku berasap pagi-pagi camni {{{(>_<)}}}! Demn you lagi dan lagi!
p/s: Hari apakah ini? Hari Jumaat. Terima Kasih!
p/s: Hari apakah ini? Hari Jumaat. Terima Kasih!
No comments:
Post a Comment