*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, June 18, 2010

The End Of My Internship

Sebagai tanda untuk meraikan hari terakhir aku di situ, aku dengan trainees yang lain kua kejap masa lunch sebab aku  nak beli kuih muih untuk makan petang. Aku tak taw nak belanja apa. Tapi aku pernah terniat nak belanja kuih sebab aku pernah cakap kat sorang staff ni. So, kira aku telah melunaskan janji la. Then aku dengan trainees yang lain gi minum lai chee kang. Lepas tu baru balik office.

And before balik tadi, aku bersalaman dengan hampir kesemua staff kat situ. Tapi ada yang tak sempat nak bersalam (dengan perempuan je la) and minta maaf dan ucapkan terima kasih sebab tak dapat nak menjejaki dorang. Maybe dorang dah balik.

Masa nak bersalam and minta maaf tu, tiba-tiba aku rasa sebak pulak. Hish!! I hate this feeling okay. Murah sangat air mata aku ni mengalir. Yang aku tahu, aku tak macam ni dulu. Jiwa ku sangat kental. Hati ku sangat keras. Air mata susah nak mengalir. Kalau mengalir pun hanya dalam selimut/tepi sliding door (bak kata Mira), tepi tiang katil (roomate kat U aku taw ar). Sebolehnya aku akan hide bila aku nangis. Aku tak suka orang tengok aku nangis sebab aku tak suka orang tengok aku lemah. 

But then, just now.. Aku tak dapat tak tahan. Eventho aku tak nangis depan dorang.. But still bergenang air mata and I was shaking that time (and of cos orang perasan kot. Malu~). Why? I din have the answer. Maybe I was nervous.. happy.. sad.. Ya lah.. After 6 months aku praktikal kat situ.. I'd been through so many things.. Ada suka and ada duka. Apa yang aku dok membebel in *loue me*.. Tula yang aku rasa sepanjang aku praktikal kat situ.

Walau ada duka masa aku praktikal..(semua orang ada masa dia happy and sedihkan) I think aku tak patut kenang semua tu. Aku patut fikirkan perkara yang baik-baik je. 

So before aku nak meninggalkan site office, dorang semua ajak bergambar. Ramai-ramai. Kebetulan our Project Director and Director of MH Construction pun ada kat situ gak. Ish.. Segan kot. Aku siap bergambar berdua je dengan PD. PD sangatlah sporting ye. Aku je yang malu-malu arnab nak bergambar dengan dia. Siap dorang suh aku berdiri dekat dengan PD. Gosh! Gementar beb sebab PD terkenal dengan ketegasan dan keseriusan dia. Tapi dia sangat chillax je. Masa bergambar ramai-ramai, PD suh berdiri in between of him and Director MH Construction. Gugup sebentar aku di situ. Berdiri kepit je aku sepanjang bergambar.. *shy*

Then before nak pergi kat kereta.. Sempat lagi bergambar dengan trainees yang lain. Pastu baru balik..

Pssstt... Am I goin to miss this place? We'll figure it out later.. Huhuhu *sobb*

Oh one more thing, tadi my mama cakap yang dia pun dah letak jawatan sebagai chef yang memasak pagi-pagi buta. 6 months dia memasak untuk aku and Im glad yang mama dah tak perlu nak bersusah payah lagi.

p/s: So I guess, that's the end of my 6 months internship.

2 comments:

ciEk NiENa said...

selamat berenjoy dengan status baru eya kak reen.. kak reen g tak kenduri kak aida ari2??

*loue me* said...

niena:thanks2.xpegi sbb cousin akak kawen time tu