*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, June 28, 2010

Otak-Otak?? Sedap!!

Hari ni aku nak share my fave food..

Eh eh.. Dah terbayang kat kepala korang ke yang aku bakal menunjukkan skill memasak aku di sini. Kalau ye.. Sila hapuskan dengan segera sebab benda itu tak mungkin terjadi. Tidak sama sekali ye kawan-kawan. (Oh tolong jangan harapkan aku memasak atau yang sewaktu dengannya)

Selalunya kalau aku ikut my parents gi beli barang dapur, salah satu frozen foods yang selalu ada dalam list aku adalah Otak-Otak Gulung. Serious sedap.. Aku tak tipu.

Haa.. Ni lah Otak-Otak Gulung dari Lazat
Ianya diperbuat daripada isi ikan dan kulit popiah
Tak perlu nak bakar-bakar segala

Cuma 

Panaskan minyak
Kemudian bila minyak dah betul-betul panas, masukkan perlahan-lahan otak-otak tersebut. Goreng sehingga nampak kekuning-kuningan
(Yang ada tompok-tompok hitam tu bukan ape.. Before aku goreng otak-otak, aku ada goreng sosej. Tu jadi camtu tu)

So agak-agak yang kempunan nak makan otak-otak tapi susah nak dapat.. Sekarang dah ada yang frozen nye. Yang bestnya tak perlu bakar pun (Walaupun ada 2 pilihan sama ada nak otak-otak gulung atau otak-otak bakar)

p/s: Aku tak taw la bagi korang sedap ke tak tapi ni makanan fave aku =). I just wanna share je

2 comments:

azwniesd said...

yess. mmg best otak-otak ne ! hee.
and pernah buat sendiri kott masa kja part time dgn abg ipar bf wanie dulu. dia pngusaha semua ne.
tapi, dia buat kecik-kecik sikit.
ngeee :)

*loue me* said...

wanie:best kan..sis suka giler kot.setiap kali minum ptg, sis mesti goreng otak2 ni.tp dh hbs dh..fuiyoo..wanie pnh buat.so taw la ingredients dia..share la.hehe