Walaupun agak lambat aku nak update this entry, tapi aku tetap nak wat gak
30 May 2010 (Sunday)
Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun sebab kena follow adik aku gi World's Milk Day Dutch Lady at Pavilion. Ikutkan ati malas sebab aku bukannya minum susu pun. Kalau aku kena minum susu tu maknanya aku kena paksa la. Tapi sebab kesian kat adik aku, aku pun ikutla.
Bila dah siap-siap terus breakfast muruku, ice cream and plain water. What'a 'healthy' breakfast.. Duhh~ Walaupun mama aku dah wat nasi goreng tapi aku malas nak makan. Nanti takut comot. Hehehe
Double Dutch by Wall Selection
Sedap oo ice cream ni. Ada marshmallow, cashew nuts, chocolate chips etc. Harga sebekas ni tak silap aku RM 8.90. You should try!! Rasa cam nak beli je lagi. Zen! Sila sponsor
(Abaikan bilik yang kena langgar dek garuda.. Almaklumla tengah dok cat)
Im wearing
Top: MNG Green Cardee and Cotton On Floral Spaghetti
Bottom: MNG Skinny Jeans
Accessories: Wah Chan White Gold Flower Diamond Necklace (From Nemo for my birthday) and White Ring
Bag: Cleef White Handbag
Shoes: Vincci White Heels and Gold Flat Sandal
Oh ya.. Cotton On Floral Spaghetti tu sebenarnya besar taw. Aku beli size M. Padahal size aku XS. Tapi sebab aku berkenan punya pasal.. Aku beli gak. Then terpaksa la alter sikit untuk fit kan dengan badan aku.
Aku terpaksa jahit kat bahagian tengah dan di tepi
Tapi lepas tu memang fit la dengan badan aku and jadi nice ;)
Bila aku dengan adik aku dah ready, aku call mama aku sebab dia guna keta. But then mama aku lak nak ikut. Terpaksala kitarang tunggu dia masak nasi dulu, ikan goreng masak sambal (sempat lagi tu), mandi and bersiap. Then baru gerak.
Actually event tu start kul 10.00 am (registration) tapi kitarang dekat kul 10 baru gerak dari rumah. Sampai sana dekat kul 11am.
Bila sampai sana.. Fuiyoo! Ramai giler eh. Aku ingatkan tak dapat sambutan. Yerla.. Pagi-pagi buta kot. Ada ke yang nak datang. But I was totally wrong. FYI, aku tak taw pun pasal event ni kalau adik aku tak bagitaw. Memang unexpected la sampaikan kitarang tak dapat pun susu/register nama kitarang in Malaysia's Book of Records *sigh*. Adik aku la paling frust sekali sebab dia yang paling excited nak join this event. Nak wat camne.. Tak de rezeki.. (Jangan majuk ye adikku)
Sempat lagi amik gambar Kenzo neyh
Cam nak bawak bunga tu balik rumah je. Boleh hias dalam bilik aku
I'm already look slimmer without milk. Hehe
Me and My Lil Bro
Cubaan untuk bagi sama tinggi dengan aku
The crowd!
Psst! Ada Amber Chia kot! Tapi takde shoot yang cantik. So malas nak upload
Kitarang lepak situ sampai kul 11 lebih. Then gerak ke Times Square. Kalau tak mama nak gi Mid Valley tapi adik aku malas. Dia cakap nak gi Times Square. Aku memang lemah kalau gi TS ni. Mula la mata aku melilau semacam.
Bertukar dari heels ke flat sandal. If not, confirm sakit kaki nanti
Dah la time aku lawat TS ni takde duit. Allowance tak masuk lagi. Tapi aku tetap aku.. Ada duit ke.. takde duit ke.. Confirm balik tidak tangan kosong ye. Aku sempat rembat 1 handbag dengan spaghetti. Kalau ada duit aku tak taw la camne..
Ikutkan hati, memang macam-macam nak borong. Masa si Angel dok bertekak dengan si Devil, aku betul-betul dah tak taw nak wat keputusan.
Contoh perbualan antara Angel and Devil masa aku tengah pening sama ada nak beli baju or not
Me: Nak beli ke tak ni?
Angel: Tak payahla. Kat rumah kan ada lagi baju yang belum pakai
Devil: Eh beli la. Kan design dia lain. Ko mana ada lagi baju camni
Me: Aah la. Cantik la baju ni. Cam nak beli
Angel: Ala.. Nanti-nanti la. Kan ko takde duit lagi
Devil: Nanti kalau design baju ni dah takde camne. Menyesal ko!
Me: Betul gak tu (bunyi cam dah mengalah dekat Devil dah kan)
Angel: Ko kena ingat, ko tak dapat gaji lagi. Ni pun duit dari sumber lain. Nanti nak kena topup balik. Next time la beli
Devil: Caya la cakap aku. Confirm lepas ni dah takde lagi design baju ni. Before this kan pernah jadi macam ni. Baju yang ko nak akhirnya dah takde sebab ko refuse nak beli
Arghh! Shaddap la you all! Aku dah super duper confused dah ni. Devil nampaknya memang banyak mempengaruhi aku. Last-last aku tarik mama aku and tunjuk kat dia sama ada Ok ke tak baju yang aku nak beli tu. And ni respons dia,
"Kan awak dah ada baju ni?" - Mama
"Tu lain.. Yang tu turtle neck. Yang ni off shoulder" - Aku
Then mama aku gi tempat lain. Ishh! Sangatla tak memberangsangkan respons dia. Tu bermakna mama aku tak berminat la tu. So aku pun tak berani nak beli (Kuat gile pengaruh mama aku dalam hidup aku).
Supaya aku rasa tak menyesal sebab tak beli baju tu, aku akan start fikir tentang keburukan/kekurangan baju tu. Memang menjadi la bila aku wat cam tu (untuk seketika).. So guys.. Moral of the story.. Jangan la mengaku kalah pada Devil ye. Sesungguhnya dia memang Devil! ;P
Muka frust sebab tak dapat beli
p/s: Tapi aku nak jugak baju tu.. Please.. Hee~
No comments:
Post a Comment