Jarum jam menunjukkan pukul 10.10 pagi.
Argh.. Masih terlalu awal. Aku masih lagi bergolek ke kanan dan ke kiri. Enak beradu di atas tilam tanpa bantal. Malas sungguh rasanya nak bangun.
Sedang enak mengelamun sementara menanti mata tertutup semula, tiba-tiba Herbee ku berbunyi. Ringtone Billionaire menandakan ada SMS yang masuk. Terusku gesek-gesek biji mataku dan mengambil Herbee. Siapa pula yang menghantar msg pagi-pagi buta ni?.. (Pagi buta kah?)
Lalu ku baca msg tersebut walau samar-samar.. (Ehemm.. Faham-faham sendiri kenapa samar-samar)
"Cheque dah dapat"
Oh rupanya dari kawan ku di tempat praktikal dulu. Dengan muka tersengih-sengih, terus aku bangun dan menuju ke dapur mencari mama. Waktu-waktu begini, pasti mama berada di ruang kegemarannya iaitu dapur
Terus aku bersuara dengan nada sehabis macho..
"Petang ni orang nak gi office" - Aku (saja meninggalkan tanda tanya pada mama)
"Buat apa?" - Mama
"Nak amik cheque" - Aku
"Kang lepas Zohor, boleh la kita pergi" - Mama
Dalam pukul 3, aku dah bersiap-siap untuk ke office. Tapi keadaan di luar sangat menggerunkan. Hujan sangat lebat. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentam dentum.
"Tunggu hujan reda baru pergi. Bahaya drive macam ni" - Mama
Aku pun menanti dengan sabar. Berharap agar hujan segera meninggalkan kawasan perumahan ini. Pukul 3 lebih, hujan sepertinya mahu mengundur diri. Mama pun dah bersiap-siap hendak menemani aku. Pasti dia risau nak membiarkan aku keseorangan meredah hujan.
Apa yang pasti, aku lakukan semua ini demi my last pay cheque. Terlalu lama rasanya menanti allowance ku itu. Aku sudah tidak sabar mahu mendepositkan ke akaun ku. Walaupun amaunnya pasti sedikit tapi aku bersyukur =)
No comments:
Post a Comment