*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, July 22, 2010

Shopping Online-Good Or Bad?

Nak tanya ni.. Apa pendapat korang tentang shopping secara online?
Adakah bagus ataupun tak?

Bagi aku shopping secara online seronok sebab ada sesetengah item/barang ko takkan jumpa kat mana-mana. Lagipun kalau kita beli online, kita dah jimat duit minyak keta.. parking.. toll.. yada yada.. Dan ianya juga adalah bonus bagi mereka yang malas nak bergerak/berjalan-jalan. 

Shopping online sangatlah mudah. Apa yang ko perlu buat adalah mengadap depan lappy/PC.. Scroll mana yang patut. Then bila dah berkenan kat satu-satu barang terus buat pembayaran melalui online banking. After that cuma tunggu barang untuk dipos ke rumah je. Senang kan. Saat paling teruja bila dapat barang la =)

Aku still ingat lagi.. 1st time aku nak beli barang secara online. Tak silap, aku beli eyeshadow. 1st thing yang pop up in my head adalah..

"Ish! Betul ke ni? Kang dia tipu, tak pasal-pasal burn duit aku"

Tak dinafikan beli secara online ni, kita amik risiko sebenarnya cuz kita tak tau owner blogshop tu seorang yang jujur ataupun tak. Bukanlah kata semuanya tak jujur. TIDAK. Tapi disebabkan seorang dua yang buat hal, habis semua pun kena tempiasnya. Tak patut kan. Tak pasal-pasal customer takut nak beli.

So just now aku baca 1 entry kat blog kawan aku, Eka tentang penipuan seorang owner blogshop ni. Menakutkan okay. 

Untuk mengukuhkan lagi dakwaan tersebut.. Aku start jelajah Facebook dan juga blog. Ini antara yang aku baca. Just nak berkongsi je. Takde niat nak menjatuhkan sesiapa


Aku dah baca entry-entry kat blog+FB ni beserta comment. So korang nilai la sendiri.

p/s: Alhamdulillah.. Setakat ni aku tak pernah lagi kena tipu. Minta dijauhkan la. Satu je harus ingat.. Duit dari hasil yang haram, tidak akan berkat dan hidup takkan aman. Sebab tu kalau aku jumpa duit (let say RM1) kat atas lantai and tak tau duit sapa, aku tak berani nak amik sebab aku akan fikir.. Kalau kita amik walau seringgit, mesti lepas ni Allah akan tarik balik berganda-ganda banyaknya.

4 comments:

MyzaLuna said...

Setuju sangat2x, online shopping memang best~!
Btw, thank you for sharing about penipuan blogshop tu, sharing is caring :3

*loue me* said...

MyzaLuna: Yah..haruslah dikongsi bersama. takut je nnt terkena kt kita.so better be careful =)

E K A said...

takut kan reen....eka ni tgh menunggu oder...risau bila dgr citer2 camni...mmg la tak byk mana rugi tu...tp rasa nyampah bila org amik kesempatan...duit haram tuh...eka beli sbb kat sini sgt2 tak de choice.byk yg tak up to date.so terpaksa...ikutkan lg suka shopping dpn mata.puas hati,leh tgk kualiti nya...acu kat badan muat ke tak...sumtime tgk model pakai cantik.tp bila brg dah receive..besar la pulak...maklumla eka kan versi katik...tp tu la sbb kat sini limited.i hv no choice tu yg dah menjinakkan diri dlm pembelian online.tup2 dgr cite ni membantutkan diri tuk shopping online terus

*loue me* said...

eka: hopefully yg eka order ni, owner dia jujurla. samala dgn reen.kdg2 bila kita dah berkenan kt sesuatu brg.. tp tiba2 rasa cam takut pulak. taknak la jadi mangsa penipuan.

aah..tu pn satu hal.reen pn kalau blh suka gk beli kat mall/boutique.lg puas hati sbb kita blh try.

hopefully dgn pendedahan psl minah ni..blogshop lain xberani buat macam ni.

xselamat duni akhirat kalau hidup makan duit org