*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, July 26, 2010

Small Gathering & Surprise!

Last week (15/07/10) aku balik ke U untuk amik transkrip dengan surat pengesahan. Sebenarnya benda alah tu boleh dipos tapi risau kot cuz transkrip tu kan penting. Padahal tu semua alasan sebab nak jumpa kawan-kawan and boyfriend.

Sebenarnya nak pergi U tu dari awal bulan lagi tapi kawan aku, Ana tak dapat cuti. Once dia dapat cuti, terus dia ajak kawan-kawan kitarang yang lain. Mujurla dorang semua on je. Ada yang dari Terengganu, Segamat sanggup turun ke Pahang semata-mata nak jumpa kawan-kawan. Seronoknya

So, ari Isnin (12/07/10) lagi kitarang dah start rancang. Yang jadi kepala mestila Ana. Lama ooo tak jumpa dorang semua. Rindu rasa.. Dahla ada di antara dorang tu dah bertukar status. Tapi kan walaupun dah jadi puan, tapi perangai tetap sama eh. Hehehe

Tentang pemergian aku ke Pahang, boyfriend aku langsung tak tau menahu. Aku siap bersekongkol dengan kawan aku lagi supaya jangan pos apa-apa kat wall Facebook. Kalau nak bincang pon, private msg (PM) kat Facebook. 

Aku saja nak wat surprise kat dia. Lagipun 15/07 tu adalah anniversary kitarang selama 1 tahun 8 bulan. Punyala aku berlakon macam takde pape. Penat tau nak cover daripada dia sebab aku takut terlepas cakap. Tau je la, kalau dengan dia.. Semua benda aku nak citer. Bila on phone dengan dia, aku cakap kejap-kejap je. Mujurla dia tak perasan apa-apa perubahan.

So ari Khamis tu, after Subuh aku dah bersiap-siap. Around 7.30 am aku dah gerak dari rumah. Then picked up kawan aku, Ana & Aida kat area Taman Melati and straight away to Pahang. Sepanjang perjalanan kitarang menyembang except for Aida yang awal-awal je riuh.. Lepas tu dia dok wat air liur basi kat belakang.

Around 11am, aku sampai kat U aku. Waaa.. Tiba-tiba rindu rasa udara kat sini, eceh.. 4 tahun duduk kat sini punyalah tak sabar nak kua dari tempat tu. Now tiba-tiba rindu pulak. 

Sampai je kat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), aku terus call boyfriend aku.

"Sayang! I kat U ni. Surprise!!" - Aku
"Hmmm?" - Nemo (mamai-mamai)
"I kat U ni!" - Aku
"You biar betul" - Nemo
"Betul la" - Aku
"You buat apa?" - Nemo
"Nak settlekan pasal transkrip la bla bla bla" - Aku

Nemo macam tak percaya je aku kat U. Sempat lagi dia interview macam-macam walau dalam keadaan mamai. Mesti dia terkejut habis bila dapat tau tiba-tiba girlfriend dia muncul. And yesss!! Surprise aku menjadi. Dia langsung tak dapat hidu kedatangan aku ke situ. Then aku suh dia bangun and bersiap-siap cuz nak ajak dia kua nanti after aku dah settlekan semua urusan.

Tapi kesian dia.. Tunggu punya tunggu, urusan aku tak settle-settle. Macam-macam benda yang kitarang kena buat. 3 lebih macam tu, baru kitarang gerak ke Kuantan. Masing-masing dah lapar. Dahlah aku tak breakfast apa tadi pagi. Kitarang lunch kat Sara Thai. Selama ni aku dok bodek Ana suh open table sebab dia kan dah kerja. Tapi takdela serious pun. Main-main je tapi tak sangka dia open table betul-betul. TQ so much Ana!!!
Di Sara Thai Restaurant with friends







Pastu dah kenyang melantak, kitarang gerak gi Megamall pulak. Dorang nak shopping sebab tengah sale. Dah puas meronda, actually tak puas pun tapi disebabkan masing-masing dah nak balik cuz esok Ana nak kerja. Aja & Yati nak balik Terengganu, takut lambat pulak. Masa on the way nak balik tu, kitarang singgah kat pasar malam Gambang. Ana kempunan  nak makan keropok lekor. Memang sedap pun keropok lekor kat situ. Pastu antar Nemo balik and kitarang pun balik ke KL.

Me & Ana at Gerai Keropok Lekor
Selama ni datang pasar malam, tak pernah nak amik gambar sampai orang tengok kitarang pelik. Mesti dia ingat kitarang jakun. Hahaha

No comments: