*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, August 5, 2010

Korang Pernah Tak?

"Can we pretend that airplanes 
In the night sky 
Are like shooting stars..."

Handphone aku berbunyi tadi. Tengok kat skin handphone, Private Number. "Hmm.. Must be my bro". So aku pun angkat la.. Tapi bila dengar suara..

CC: Assalammualaikum. (Sopan giler cara dia cakap tapi malangnye slang Indo eh. Dah sah-sah bukan my bro)
Aku: Hmm (Jahat tak aku? Tak nak jawab sebab aku rasa semacam)
CC: Maaf mengganggu masa makan Cik. Betul ke ni nombor 01*-*******?
Aku: Hmm
CC: Saya dari Coca Cola. Tahniah Cik. Cik telah memenangi peraduan bla bla bla. (Ayat nak ikut skrip je)
Aku: Saya sibuk!

Trutt.. Trutt.. Terus cilakak tu hang up. Macam siot! Kerja nak menipu orang. FYI, aku pernah gak dapat call macam ni tapi dia cakap dia dari Celcom. Yang call aku tu pun mamat Indon gak. Agak-agak ar nak menipu. Bijak sikit boleh? Kok ye pun.. Ubah la slang ko tu dulu. Ingat orang Malaysia ni bodoh ke?! Wrong person k!

Masa yang kononnya orang Celcom tu call, cakap sim card aku menang RM8,000 and siap minta no akaun lagi.. Aku buat cam tu gak. Aku cakap aku tak berminat. Terus dia hang up. Kesian dia kan.. Dah penat bercakap semua.. Last-last aku cakap aku tak berminat. Confirm bengkek. Padan muka!

So bila ada lagi yang call konon-konon menang peraduan segala, memang tak layan ar. Pergi mam! 

Tolonglaaa.. Janganla sesekali terpedaya dengan panggilan yang mengatakan kita menang peraduan la.. menang hadiah la.. pastu minta no acc konon nak bank in duit. Tu semua perbuatan mereka-mereka yang jahanam yang takkan selamat hidup di dunia & akhirat.

p/s: Korang pernah tak ada pengalaman macam ni?

10 comments:

eMMe said...

selalu dpt sms, tak penah lak dpt call
tapi kalo incoming call no. yg tak familiar me tak jwp la...salam perkenalan...

ayarasmin said...

selaloo reen...hehhe.eh..i suka la lagu airplanes tuh...lagu paveret skrg nih

*loue me* said...

emme:tu la..slalunya malas nk layan kalau no xdikenali ni.tp sbb tgk private no, ingatkan my brother..rupanya mamat indon bengong..salam perkenalan jugak :)

*loue me* said...

aya:menyampah giler kan.mana tah dpt no kita tu.bes2 lagu.reen pn suka gk :)

::FAIZ FARISH:: said...

byk sangat org yg takleh pecaya skrg ni....

Huda Luna said...

call xpnh la plak

tapi sms selalu

n kt no maxis

no celcom xpnh la plak

huhu

ape ape pun sis bagus x tertipu

MyraLove =) said...

oh SIS (dgn muka teruje)
hahaha..adik ni pun pnh kena gak..mmg mamat indon pun y wat call..
i pun wat mcm sis (1sttime)
time tu dah la ngantok dlm kelas..konon2 nak lari,g la layan jap tepon
last2 cakp "i tak percaya benda-benda mcm ni.."
trus letak..ngeh2..padan muker dia..hehe

*loue me* said...

faiz: mmg pn.kena berhati2.jgn mudah percaya

*loue me* said...

huda:huda pn be careful la.mcm2 cara org guna skrg ni.takut tul

*loue me* said...

myra:jahat giler kan dorang.tah pape tah.nsb baikla u mamai2 pn, still blh berfikiran waras.hehe.