*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Last year aku terpaksa ganti puasa sebanyak 12 hari and syukur alhamdulillah, aku berjaya ganti kesemuanya walaupun di saat-saat akhir. But this year tak tau lagi la. Awal puasa pun dah tak dapat puasa. But hopefully esok dapatla berpuasa bersama.

So tadi, walaupun aku tak puasa tapi aku lebih kurang macam orang berpuasa gakla sebab tak makan nasi ke apa. Just makan roti je. Tu pun 4 keping je. Mana nak kenyang kan. Makan pun sorok-sorok sebab segan kat bapak dengan adik aku. Adik aku balik... Hoorey. Eh takdela happy sangat. Biasa-biasa je ;p -Nanti adik aku perasan pulak kalau tau aku happy

Jadinya bila orang lain berbuka puasa, aku pun mestila menempek sekali. Hmm.. Yang bestnya bulan puasa ni adalah dapat makan semeja. Yah! Family aku bukanlah yang jenis berprotokol ke apa. Rasa nak makan pi amik sendiri kat dapur. Self service orang kata. Bukan apa.. Time makan masing-masing sangat-sangat berbeda. Contoh cam  aku yang bangun tah pukul berapa. Kalau la parents aku nak tunggu aku bangun and makan bersama, alamatnya lunch waktu petang la. Mama aku pulak selalunya lepas masak, dia terus makan. 

Disebabkan itulah aku suka bulan puasa,
Sebab dapat makan semeja. 
Eh dah macam pantun pulak

Bulan puasa ni jugak, perkara yang paling best bile dapat ke bazar Ramadhan. Teringat kat kawan-kawan aku yang dulu study sama-sama. Yerla kalau nak harapkan makanan kat kafeteria tu, memang tak berselera langsung. Sesekali dapat ke bazar Ramadhan, memang teruja habis la kan. Walaupun aku tak suka dengan suasana yang bersesak-sesak

Ingat lagi yang aku dengan kawan-kawan aku nak berbuka kat padang MPK tapi malangnya tak kesampaian. Tapi hajat aku tercapai gak akhirnya sebab.. my NEMO bawak aku gi berbuka kat situ. It was my first time berbuka macam tu. Dengan lautan manusia di sekeliling.. Dengan berlatar belakang kan masjid di belakang kami.. Indah sangat. Korang pun patut cuba gak tau. At least once in a lifetime =)



So guys, aku di sini ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Puasa! Jangan tak puasa

8 comments:

ayarasmin said...

wahh reen..ko punye family cam family aku..bulan puasa je makan semeja..lain time makan ekot suka..aku pon suka bulan puasa coz dapat makan sama2 kat meja..huhu...

neway..selamat berpuasa!

*loue me* said...

aya:haha..ada geng rupanya.selamat berpuasa jugak buat kamu!

eMMe said...

sunuknye bentang tikar kat tgh padang....mcm piknik! sunuk akak tgk ko dik...

*loue me* said...

emme:aaahhh..the right word utk describe->PICNIC.mmg mcm picnic.terasa cm kt negeri mat salleh je.akak pn patut try tau :)

S.U.R.I.A. said...

wah....tingat lepak bukak posa kat padang...best

firahadifa said...

selamat berpuasa...

*loue me* said...

suria:uya pn penah lepak sini ke?best kan

*loue me* said...

kak fida:selamat berpuasa jugak utk kakak.