Selepas berbulan-bulan aku tak jejakkan kaki di kampung, akhirnya semalam aku balik juga ke kampung. Bukan ape.. Even parents aku ada balik kampung tapi aku cam malas nak ikut sebab takde kawan. Kalau ada cousins aku yang balik, ada la geng. Kalau tak, melongong je la aku. So baik aku duduk kat rumah sambil berinternet or tengok TV.
But yesterday, kitarang semua ke Seremban untuk berbuka puasa di rumah Achik aku. Oh ya.. Rumah Achik aku terbakar masa bulan berapa tah. Now ni dorang sekeluarga menumpang kat rumah jiran. Mujurla jiran tu baik hati kasi tumpang kat rumah dia. Haih.. Kesian family Achik. So, disebabkan tu lah, adik beradik belah bapak aku rancang nak berbuka puasa beramai-ramai kat rumah dia. Saja nak kasi meriah sikit. At least terhibur la sikit family dia.
Around 2pm, family aku pun gerak ke Negeri Sembilan. Tapi kitarang tak terus pergi rumah Achik. Parents aku nak balik kampung jap. Nak jenguk kot-kot ada buah-buahan kat sana. Aku ni mengikut je la.
Sampai sana, dah nampak buah rambutan terjuntai-juntai kat pagar. Terus bapak aku pun siapkan peralatan untuk mengait. Haa.. Korang tau ke nak kait buah? Sebagai anak kampung sejati, haruslah tau. Kalau tak tau, kira sayur giler ar.
Bapak aku dalam usaha mengait buah rambutan
Eceh.. Loving giler la.. Bapak aku kait buah.. Mama lak dok kutip buah
Isk yang aku dok watpe?? Takde pun gambar aku mengait..
Ni haa! Aku dok bercamwhoring kat dalam kereta cuz aku anak nomad (yang selalu berpindah randah). Hehehe. So sebab tu aku tak mengait
Im wearing Rosemary Zinnia (Yang ni aku punya collection tau. Yang aku jual kat blogshop tu semua baru. For each item kat situ, mesti ada satu untuk aku)
Sampaikan habis telinga dengan pipi aku kena gigit dek tungau (ke ape nama dia) & nyamuk. Habis merah-merah. Gatalnye.. Ya ampun!
Tu mujur dok dalam kereta. Kalau aku kat luar, tak tau.. Tu sebab aku tak boleh tolong bapak aku mengait. Nanti habis satu badan merah-merah (alasan)
Muka dah bosan
"Jom la bapak! Cukup-cukup la tu" - Aku
Tapi langsung bapak aku wat dek je. Dok mengait buah lagi. Mama aku pun dah masuk dalam kereta sebab tak tahan kena gigit dengan kerengga.
Pas dah habis mengait, bapak aku singgah kat masjid ni untuk bersihkan diri & solat. Dah lama juga rasanya tak jejakkan kaki di sini. Tak silap aku, last time aku pergi situ masa raya tahun bile tah. Dah lama sangat. Masjid ni banyak kenangan cuz masjid ni la tempat arwah atuk & nenek aku dimandikan & disembahyangkan. [Al-Fatihah]
Masjid arwah nenek & atuk aku selalu pergi kalau terawih atau ada aktiviti masjid. Tiba-tiba rindu pulak :(
Pastu, kitarang terus gerak ke Seremban. Mujur jalan tak jammed. Elok sampai je dah masuk waktu berbuka. Macam-macam makanan ada cuz masing-masing bawak lauk dari rumah. Memang meriah sangat bila berbuka beramai-ramai macam ni. Bukan selalu dapat berbuka ramai-ramai macam ni. Then my parents lepak-lepak jap. Around 10.30pm, kitarang pun gerak balik ke KL. Aku pun sampai-sampai je.. Check email then terus ZzzzZzz..
2 comments:
tungau kat my kampung pun byk, org Perak ckp, suke mereset, maksudnye, suke jalan2 kat semak2, merata2 tuu..tu tungau suke kat tempat yg sejuk n lembap, color tungai tu oreng, halusss je...mmg gatal la kalo dia geget n hisap darah tau...nak buang dia dgn minyak tanah, kasi dia panasss..hahaha...
aah..mg halus je tp gatal nye..ishh..
Post a Comment