*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, September 9, 2010

Macam-Macam Hal Yang Terjadi

Aritu aku pernah cakap kat Nemo yang aku teringin sangat nak berbuka puasa dengan dia. Sepanjang bulan puasa ni, tak pernah walau sekalipun kitarang berbuka puasa bersama cuz dia sangat-sangat busy. Walaupun aku cam separa faham and sometimes langsung malas nak faham sampaikan terbergaduh disebabkan kesibukan dia yang cam takde batasan je.. But in the end, aku terpaksa faham jugakla kan.

And now dia dah start cuti dah. So aku memang berharap sangat yang dia akan ajak aku untuk berbuka puasa dengan dia. 

******************

Oh ya.. 05/09/10 aritu adalah birthday dia. Aku hanya sempat wish je tapi tak sempat lagi nak jumpa dia. Masa 04/09/10 tu aku ke Pavilion sebab nak teman adik aku shopping and sekali cari hadiah untuk Nemo. Puasla aku masuk butik-butik kesukaan dia tapi malangnya takde satu pun yang berkenan di hati. Aku ni memang agak cerewet orangnya. Walaupun beli untuk someone else tapi haruslah ikut taste aku gak, boleh cenggitu? Disebabkan kua pun dah petang jadi masa agak terhad la. Before bukak puasa aku mesti nak ada kat rumah dah. Lagipun mama aku pun ikut sekali. So mestila kena berbuka kat rumah. Takkan nak biar bapak aku bukak puasa sorang-sorang. Sian dia. So pencarian di Pavilion agak mengecewakan sebab aku tak dapat nak beli hadiah untuk Nemo :(

Masa tengah bersiap-siap nak ke Pavilion
Top: MNG Cardee & Bubble Spaghetti Strap
Bottom: Levi's Jeans
Accessories: Brown Bead Necklace

******************
05/09/10(Ahad)
Aku ajak adik aku ke Mid Valley. Aku bangun awal gakla. Dalam kul 12.30pm aku dah siap dah tapi malangnya keta lak takde sebab bapak aku guna. Dalam kul 2.30pm baru bapak aku balik. Berasap gakla aku tapi nak wat camne. Around 3pm terus gerak ke MV. Dahla jalan agak jammed. 

Bila dah sampai MV, teman adik aku cari kasut untuk dia. Then dok memusing aku kat dalam MV. Masuk butik Zara sampai 3-4kali. Butik Topshop 2-3kali. Aku rasa salesgirl+boy mesti dah perasan muka aku. Mesti dalam hati dorang berkata-kata, "Muka budak ni lagi". Eh.. lantakla nak kata ape. Yang aku tau kali ni aku mesti beli something. Aku taknak balik dengan tangan kosong. 

Masa kat dalam kedai-kedai tu, orang punyala ramai. Aku paling ke kanan.. "Hooo! Molek doh hok ni". Aku paling ke kiri, "Hok mano mu sero bla bla bla". Aku rasa cam bukan kat KL je. Huhuhu.. Tapi abaikan. Misi mencari hadiah untuk Nemo harus diteruskan jugak. Last-last masa masuk butik Zara untuk kali ke berapa tah, akhirnya aku terberkenan dengan satu kemeja ni. Lepas dah belek apa yang patut, aku  pun terus rembat and pergi bayar. Hopefully muatla dengan dia. 

Malamnye aku berSMS dengan Nemo. Dia tanya sama ada esok aku free atau tak. Of coursela aku free.  Kalau tak free pun, aku tetap akan free kan diri. Huhuhu. 

Yess!! Yes!! Akhirnya dia ajak aku keluar berbuka puasa esok. Aku cadang supaya kitarang gi tengok wayang dulu untuk elak jam. Kalau kua nak dekat berbuka, confirm jalan jam giler. 

"Senang-senang I berbuka kat rumah you je la" - Nemo

Aku pun gelak je la. Then dia cakap cam nak makan kat TGI Friday's. Aku pun ape lagi.. Terus la search apa yang patut. Aku tengok menu-menu kat TGI, Chilis, Delicious. Pastu tengok showtime untuk citer Grown Up pukul berapa.. Haih.. Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Rinduuu~

******************
06/09/10 (Isnin) 
Sebenarnya aku ada niat nak gi umah dia wat surprise tapi disebabkan dia dah ajak aku kua.. Bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang la kan. Tapi pagi tu aku sempat lagi ke Alamanda & Jusco dengan mama & adik aku. Mama nak gi cari baju Melayu/baju batik untuk bapak aku. But then last-last mama belikan kemeja lengan pendek untuk bapak. Balik tu terus aku bersiap sebab nak keluar dengan Nemo pulak. Dah bersiap semua, Nemo call kata jalan jammed sebab hujan. Aku pun lepak-lepak online jap sambil menunggu kedatangan dia. Tiba-tiba dia call,

"Sayang.. I accident" - Nemo
"Hah?!!! Kat mana? Macam mana boleh accident?" - Aku (rasa nak gugur jantung aku dengar)
"Dah nak dekat dengan rumah you dah. Kat Petronas ni. Tadi jalan licin" - Nemo
"Okay.. Okay. I datang sekarang" - Aku

Aku pun terus ke tempat kejadian. Rupa-rupanya dia accident dengan divider jalan. Mujur bukan dengan kereta lain ke apa. Tayar kereta dia menyenget masuk ke dalam. Aku tak tau nak explain macam mana tapi Nemo cakap 'arm' dia dah patah. So sebab tu tayar tu terperosok ke dalam. Rim dengan tayar masih okay lagi. Takde menda. Tapi kereta tak dapat la nak gerak sebab risau kang tayar meletup ke apa. So tersadai je la kat situ. Aku pun cakap nak balik rumah tanya kat bapak macam mana. Dia nak call mama dia, dia takut. Confirm kena marah. Kalau bawak kereta kancil takpe lagi. Tapi ni bawak kereta evolusi, memang menadah telinga ar dia pasni. Sian dia.

Then bila aku balik, aku tunggu jap bapak aku solat. Pastu kitarang anak beranak gi la kat kereta Nemo. Tengok-tengok apa yang patut. Pastu Nemo terpaksa call jugak mama dia untuk tanya pasal AAM. Hah! Apa lagi.. Kena bebel la dia. Pastu dia call papa dia lak. Tapi papa dia jauh. Kena tunggu lebih kurang 2-3 jam camtu. And then kitarang decide untuk letak kereta kat Petronas and dia ikut aku balik rumah. Takkan nak biar dia duduk situ pulak. Jap-jap lagi dah nak bukak puasa. Dia pun okla. Dia gerakkan kereta dia perlahan-lahan ke Petronas.

Pas dah pastikan semua selamat, dia pun ikut kitarang balik. Pastu mama ajak gi Bazar Ramadhan sebab mama tak masak ari ni. Kitarang pun follow je la. Masa kat dalam kereta aku cakap kat Nemo,

"Last-last TGI Monday's" - Aku (Hari ni kan hari Isnin)
"You ingat tak yang I pernah cakap senang-senang bukak puasa kat rumah you" - Nemo
"Heee~ You la ni. Mulut masin" - Aku (sambil kitarang tergelak-gelak ayu. Yerla.. Mama aku kat depan kot. Kena la control)

Balik dari bazar terus siapkan pinggan mangkuk cawan untuk makan. Hee~ Walaupun kitarang tak dapat berbuka puasa kat luar.. Tapi bila dia berbuka puasa bersama family aku, dah rasa macam satu family je. Eceh! Over pulak.

Then around 8.10pm, aku antar dia ke Petronas sebab papa dia dah tunggu kat sana. Pastu kitarang lepak-lepak sampai tow truck datang. 

Walaupun macam-macam hal yang berlaku tapi aku tetap rasa happy sebab dapat jumpa dengan dia.. Dapat berbuka puasa bersama.. Last but not least, I love you so much la!!

2 comments:

jojo said...

evolusi seri kembangan drift.

*loue me* said...

i hv nothing to say ;p