Okay okay.. Aku nak update la ni.. (Ikhlas okay. Tak terpaksa pun)
Bila kawan aku dah start tegur pasal aku tak update blog yang ku tinggal hampir berkurun lama nya.. Maka terhasillah entry ini. Kalau kawan aku tak tegur, alamatnya tahun depan la kot baru aku update. Hehe.. Anyway, thanks Pah+few friends kerana menegur and sudi baca blog ting tong ni. Akan patik lunasi janji patik.
Sebenarnya kalau nak diikutkan terlalu banyak cerita yang aku nak tulis kat sini tapi belum ada kesempatan. Walaupun aku tak kerja tapi life aku teramat hectic sekarang. Macam-macam benda yang aku perlu buat. Dengan nak handle blogshop aku.. Dengan nak siapkan request/order dari customer.. Dengan jadi secretary untuk bapak aku.. Dengan jadi driver untuk mama aku..
Setiap masa kehidupan aku adalah bersama jarum+benang+manik.. Di depan lappy+TV dan bermain dengan my babies aka kucing-kucingku. Memang sibuk sangat. 24 jam sehari rasa tak cukup.. Tapi yang penting aku happy dengan kehidupan aku sekarang. Aku mahu menikmati kehidupan aku sekarang sebelum kaki ni melangkah ke alam pekerjaan sebab aku tau aku takkan dapat lagi kehidupan seperti ini bila aku dah kerja nanti.
Walaupun setiap kali aku jumpa dengan orang dan soalan yang sama dorang akan ajukan,
"Belajar lagi ke dah keje ni?" - Mereka
"Baru je grad" - Aku
"Dah kerja lom?" - Mereka
"Taknak kerja lagi" - Dengan lajunya aku jawab
Tah la.. Aku tak kisah pun orang nak fikir/cakap apa.. Seriously tak kasi pape impak pun kat aku. Kalau ko nak cakap, "Eee.. Dah habis belajar pun tak reti-reti cari kerja lagi" or "Dah kerja nanti boleh dapat duit banyak.. Tak nak ke?".
Bagi aku.. Aku tahu apa yang aku mahukan. Aku tak nak aku kerja sebab orang yang suruh. Bila aku dah bersedia nanti, aku dengan sendirinya akan gi cari kerja. Bukan ego atau apa.. Tapi aku tak suka buat sesuatu secara terpaksa. Biarlah ia datang dengan kerelaan hati aku sendiri. Lebih ikhlas rasanya bila kita buat macam tu. Takdela nanti bila kerja rasa terpaksa and akhir bulan menunggu gaji.
Memangla kalau cakap bab duit.. Sapa yang tak nak. Aku pun nak.. And kalau boleh nak fulfill wishlist aku yang kat sidebar tu. Tapi aku percaya.. Rezeki ada di mana-mana. Kita kena yakin, berusaha dan ikhlas :)
Perancangan aku sekarang ni, aku nak settle dan stabilkan beberapa benda. So that takdela kelam kabut nanti. Biarlah semuanya berjalan lancar.. Dan bila semua dah stabil.. Insyaallah aku akan fikirkan langkah selanjutnya. Doakan untuk aku ye
*Macam awkward je pose aku*
19 October 2010: Ikea
Top: Nichii Blouse
Accessories: Crystal White Flower Ring
Headband: Clarissa Valerians
11 comments:
kekadang banyak benda nak buat kan tak sempat nak update
alaaa......saya pung duk tgu awak hupdate tau..menci2....windu ngn awak yer bebel tu..
reen cantik: alololo..comel je.i noe how u feel.but one thing yang orang lain x tahu is what we feel.ignore je cakap2 orang tuh.yang penting you happy,tak kacau orang.hi
all the best to you.i pon suka baca belog u.keep it up okay!
sharinginfoz: tu la..24 jam mmg xcukup :)
uya: ni dh update dh ni.hehe..(terharu i)
aya hawt: betul2.reen setuju 101%.biarlah org lain nk kata ape janji kita happy kan.tQ aya!
i pn suka baca blog kamu juga.tp kamu pn jarang update mcm saya.hehehe
hehee...hoyehhh..sudah update.. ;)
aku bru sapai umh ni,akk aku terus bukak blog kamoo..
btw,status kerja kita samala...huhu...
xpela,jnji kita hepi kan..hoho
opsssss...lupe..thanxss yaaa...muah3
chepah: ko saja nk bagi aku terharu kan..*sobs*
hahaha..bes pe keje kita tu.relax n easy.hehehe
muah balik kt ko
hahhaa....i like laa..hehe...
xoxo mmg besh pong keje kite..flexible..
driver+PA..leh bonusnya holiday,2in1..haha
che pah: mmg bes kan..btl ckp ko.2 in 1.walaupn jd driver tp leh jln2.mmg syok r
Post a Comment