*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, January 23, 2011

Pelik Memang Pelik

Aku tak tahu la kenapa penduduk kat taman aku ni berperangai pelik, walaupun bukan semua la. Dah macam ala-ala citer Desperate Housewives pun ada. Cuma takdela scandal sana scandal sini. Orang kat sini macam ada perangai masing-masing yang aku kira pelik kot.

Contohnya macam tadi.. Kul 12 tengah malam, bunyi orang duk menggerudi. Pastu sambung dengan kerja-kerja menukang. Eh Hello! Pukul 12 tengah malam kot. Time manusia-manusia normal tengah tidur, aku je tak normal. Dok berjaga lagi. Boleh dia dok menukang. Pelik pelik..

Pastu tadi jugak, bunyi kereta dok mengaum ngaum. Ala kira dia dok tekan minyak la tapi kereta tak gerak-gerak, aku tak reti nak explain macam mana. Oh! Kalau yang ni memang bingit giler sebab boleh kata tiap-tiap malam minggu je dia akan buat bising. Dahla dekat dengan rumah aku. What the fun?? Ko ingat fun sangat ke? Bising tau tak!! Nak kata muda remaja, dah jadi bapak orang kot. Anak bini ada je kat rumah. Dia tak fikir ke bila dia wat camtu mengganggu ketenteraman awam. Nak kata tak de orang tegur, dah ada dah. Dia senyap kejap je. Pastu dia buat balik. Bukan nak kata apa la.. Tapi ini olang ar itu otak letak di kepala lutut oo!

And then ada lagi satu kepelikan iaitu orang depan rumah aku. Pakcik tu kire umur dalam 40+ kot. Dah ada anak bini gakla. Anak sulung dia dah besar panjang kot. Apsal aku kata pelik?? Sebabnya pakcik ni kalau aku kua rumah je, and kebetulan dia ada kat luar, dia mesti tengok aku semacam. Bukan aku perasan ke ape tapi kalau dah selalu sangat, apa lak aku tak perasan. Kadang-kadang aku dok jeling gakla nak tengok dia betul tengok aku ke ape.. Tapi serious, memang betul. Well, nak kata aku pakai baju seksi, mana ada. Aku pakai baju kelawar je pun. Or kalau aku kua pun, aku pakai lengan panjang. Jadinya, apa je yang pakcik tu dok tengok eh..?

And ada satu lagi.. Dah tau ni kawasan perumahan, ada jugak orang bela ayam. Isk isk isk. Dia ingat ni kampung ke ape? Bila pagi-pagi time Subuh je ayam tu akan berkokok. Setahu aku la.. Kat kawasan bandar and taman perumahan mana boleh bela ayam bagai. Haih.. Mujur dia tak bela kambing atau lembu

Macam-macam betul perangai orang ni. Kadang-kadang rasa nak marah.. Nak tergelak pun ada, dah aku pun biol sama

p/s: Entry ni ditulis tanpa rasa AMARRRAH langsung. Percayalah

4 comments:

no name. i'm sorry said...

suka entry ni. hidup berjiran mmg berwarna warni. sama la kita. pagi bunyi kereta n motor. gerudi jln, gerudi dinding, tukul dinding etc.tengahhri bunyi berlaga sudip dgn kuali. ptg bunyi motor n kereta. malam bunyi org berdengkur. ahah. pakcik tu nak ngorat u la. ehem! ehem!

Honey Barney said...

haha..biasela 2..hidop berjiran..kn...saba yer..heee~~~

follow me back..
honeybarneyslife.blogspot.com

*loue me* said...

sayasukamerapu: thx..agakla..mcm2 perangai manusia ni.u punya pengalaman pn cam kelakar je eh.i rasa mana2 pn maybe sama kot.ada je jiran yg berperangai pelik.

nk mengorat?oh tidak.rambut pn dh btk M.heheh

*loue me* said...

honey:tula..mcm2 ragam.terpaksalah bersabar