*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, January 31, 2011

Trilogi Cinta

Aku ni bukanlah kaki TV sangat. Kalau tak tengok TV dalam satu hari pun aku tak kisah. Janji ada laptop, internet dan handphone dah cukup dah. Yang lain boleh tolak tepi.

Tapi sekarang ni, boleh kata aku asyik melekat kat depan TV gakla. Tapi untuk citer tertentu je. Contohnya

Isnin-Khamis: 2.00-3.00pm - Sinetron Sejuta Cinta Marshanda (TV3/Channel 103)
Isnin-Jumaat: 5.30-6.30pm - Sinetron Cinta dan Anugerah (TV9/Channel 119)

Kira tu memang drama yang aku selalu ikutla walau kadang-kadang termissed

Tapi sekarang bertambah lagi satu cerita iaitu Trilogi Cinta (TV1/Channel 101) setiap hari Ahad-Selasa pukul 10malam. Mula-mula aku tak ikut pun citer ni. Tapi mama aku la start tengok. Pastu bila aku tengok citer tu cam menarik pulak. Setiap pelakon yang memegang watak tu sangat menghayati watak yang diberi. Cerita tu merangkumi semua aspek. Ada part kelakar, ada part sedih, ada part happy etc.

Yang paling aku suka tengok adalah gelagat budak-budak kecik yang berlakon dalam citer tu. Serious dorang dua pandai berlakon. Kadang-kadang aku terfikir, camnela budak kecik camtu pandai berlakon.. Boleh bawa watak sebegitu. Kalau aku, confirm kaku punya. Lakonan budak-budak ni langsung tak nampak fake. Setiap kali ada scene budak-budak ni, confirm kami sekeluarga gelak.

Ni sinopsis Drama Trilogi Cinta

Trilogi Cinta menceritakan perihal cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

Credit : Google

Credit : Google

 Credit : Google
Ni antara barisan pelakon
Siti Fazurina, Fouziah Gous & Amyza Adnan

Siti Fazurina ni adalah senior aku masa Convent dulu. Siapa sangka yang dia akan jadi pelakon satu hari nanti kan..

Okla.. Aku nak makan malam dulu sambil menanti cerita ni. Tinggal 15minit lagi nak start dah drama ni

p/s: Agak-agak aku boleh jadi pelakon cam dia tak? Camni kena masuk Dewi Remaja dulu la nampaknya :)) 

p/s: Adik aku pun minat tengok citer ni. Jarang dia layan citer melayu


9 comments:

Marya Hana said...

tgk pelakon2 handalan, kompem best ! :)

*loue me* said...

marya:betul2..semua pelakon dlm citer ni bes.pandai dorang bawa watak masing2

MiSs PoKoYo said...

i pun dh terminat lyn cite nie skung...
cm best jek..
he2..

::FAIZ:: said...

Aku dah penah jumpa dah Amyza tu hehehe

*loue me* said...

miss pokoyo: best kan..ada je part klaka dlm citer ni.kire xboringla tgk

*loue me* said...

faiz: kurus x dia?ada kurus cam aku x?

Unknown said...

saya pun layan gk cite nie! hehehe

*loue me* said...

imzainiey: wah xsangka org lelaki layan gk eh

Anonymous said...

mengapa tidak:)