*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, February 27, 2011

Dah Berkurun Lamanya

Hari Isnin (14/02/11) aritu, my BFF SMS cakap nak datang rumah cuz nak hantar something. Memandangkan ari Selasa cuti Maulidur Rasul, aku pun ajakla dia sleepover kat rumah aku. Dah lama kitarang tak jumpa and chit chat. Dah la minah tu asyik busy memanjang. Tiap hari penuh je jadual dia dengan aktiviti. So skali sekala apa salahnya kidnap dia kejap kan.

Dia sampai rumah aku around 10pm something kot. Sampai rumah aku, terus dia gi dapur cari air. Pastu aku nampak dia amik kordial sirap.

"Eh! Tak healthy ni. Tak elok" - Aku
"Takpe" - Mira

Aku bukan ape.. Dia tu kalau makan semua nak yang healthy food je. So bila dia nak wat air sirap tu, aku lak yang macam risau. Bukan ke dia minum air kosong je? Tapi tak kisahla. Confirm lepas ni dia akan workout balik. Habisla ko! Sila bakar lemak yang ko kumpul selama lepak kat rumah aku.

After that kitarang lepak tengok TV sambil dia makan jagung. Then baru masuk bilik and berborak tak ingat dunia. Macam-macam yang kitarang bualkan. Bergosip pasal artis, pasal blogger, pasal life masing-masing, pasal kawan-kawan lama dan macam-macam la. Sampaikan Mira cakap, "Eh tidurla".

Konon je suruh tidur tapi lepas tu sambung sembang balik. Sedar tak sedar sampai pukul 3+am kot baru kitarang tertidur. Tu pun kalau otak masih boleh berfungsi, confirm sembang lagi tu. Mujur otak masing-masing dah penat and dah tak boleh berfikir.

Esoknya dalam pukul 3 lebih, her bf datang amik. Dah dia balik, sunyi la pulak. Selalu aku ada perasaan, 'Eh janganla balik lagi. Lepak la lama lagi'. Tapi tu semua dalam hati je la.

Well, aku rasa persahabatan kami berdua agak unik. Kalau orang lain, dah nama BFF confirm jumpa selalu.. Hang out selalu, SMS/Call selalu and boleh kata in touch selalu la. But then, kami jarang dapat berjumpa sebab masing-masing busy. Kalau aku free pun, belum tentu dia free.

Walaupun tak selalu jumpa, tapi kitarang akan cari peluang untuk berjumpa. At least dalam setahun tu, ada jugakla masa kami spend together. Dan selalunya dalam 2-3 hari kitarang lepak bersama. For me, quality is more important than quantity.

Pastu kan kalau kata nak SMS/Call.. Jarang jugak. Selalunya kalau ada benda penting baru kitarang SMS/Call. Tapi kalau kat Facebook tu lain citerla. Kalau ada gambar-gambar yang boleh dijadikan bahan, memang kitarang akan kasi komen berunsurkan kutukan. Itu kira cara kami bermanja, uwek

Apa yang boleh aku katakan, dunia kami sangat berbeza. Dia sibuk dengan besi dan mesin tapi aku sibuk dengan jarum, manik dan headbands. Tapi tu tak menghalang persahabatan kami berdua. Malah kami makin menyayangi antara satu sama lain.

Sayam, Lap U la!!
 

Kat dalam bilik aku penuh gambar-gambar aku dengan dia

p/s: We're not lesbo okay

No comments: