*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, February 9, 2011

The Day They Were Born

Semalam makcik Tokio beranak lagi. Aku tak sure la kali ke berapa dia mengandung dan beranak. Rasanya dah berbelas-belas kali dah kot. Tapi yang pasti hanya seekor je yang hidup sampai sekarang iaitu Miko. Yang lain semua selamat aka mati.

Masa makcik Tokio beranak, aku kat dalam bilik time tu. Tiba-tiba mama datang kat bilik aku and cakap Tokio beranak. Memang sebelum ni perut dia besar giler. Tunggu masa nak meletup je. Pastu aku pun cepat-cepat la keluar gi tengok. Cari dia tapi tak jumpa.

Tiba-tiba aku nampak ada benda menguek kat selipar aku. Rupanya anak Tokio ada kat atas selipar aku. Mama cakap dia nampak Miko yang gonggong anak Tokio, Miko ni jantan ye. Aku cam dah musykil, apesal Miko yang gonggong? Bukan Tokio? Pastu aku tengok kelibat Miko. Kot-kot dia tau Tokio kat mana. Aku pun follow la Miko. Rupanya Tokio ada kat belakang stor di sebalik semak samun. Ada seekor anak kat dia.

Aku pun cepat-cepat gi cari gunting cuz nak bagi clear kan semak samun tu. Sambil-sambil dok gunting lalang+rumput, tiba-tiba Tokio beranak lagi seekor. Kesian aku tengok Tokio.. Nampak letih sangat. Last-last dia terbaring. Nafas pun tercungap-cungap. Aku pun belai-belai la dia. Konon nak bagi semangatla

And then aku masuk dalam rumah and cari kotak. Last-last jumpa kotak  kat depan dan terus letak kain buruk kat dalamnya. Aku pun bawak kotak tu ke belakang stor. Perlahan-lahan aku angkat Tokio masuk dalam kotak sebab semak samun tu penuh dengan tanah and ada semut. Aku risau nanti anak dia kena gigit dek semut ke ape. Pastu aku angkat anak dia pulak. Terus aku bawa ke depan.

Miko pulak cam excited je dapat anak tiri baru. Dia asyik jadi jaga kat tepi kotak walau kadang-kadang dia cuba nak masuk dalam kotak tapi cepat-cepat aku ketuk kepala dia. Terus dia duduk balik.

Hari ni, bila bangun dari tidur terus aku gi tengok anak-anak kucing dan Tokio. Masih selamat ada di dalam kotak lagi. Bukan ape.. Aku risau jugak kalau Tokio bawa lari anak dia ke tempat lain. Dia tu memang langsung tak pandai jaga anak. Asyik nak menggonggong je

Masa aku tengah dok main-main sambil tengok anak-anak kucing tu, Miko ada kat sebelah. Berapa kali dia cam cuba nak masuk tapi aku ketuk kepala dia. Tokio time tu keluar kejap. Maybe dia rimas kot dok asyik duduk dalam kotak tu je.

Tah tiba-tiba Miko masuk dalam kotak and terus gonggong anak Tokio. Terkejut aku masa tu. Aku pun jerit la, "MIKO!!!". Terus Miko bawa lari anak Tokio masuk ke dalam longkang besar. Aku pun terus gi kejar Miko. Tokio pun sama, kejar Miko gak.

Pastu aku nampak Tokio gi dekat Miko and buat bunyi garang. Aku pun gi la kat the other side. Aku panggil nama Miko and Tokio. Tak lama lepas tu, aku nampak Tokio yang gonggong anak dia. Terus aku panggil Tokio suruh dia bawa masuk anak dia dalam kotak balik. Then Tokio peluk anak dia. Mungkin dia pun terkejut jugak kot. Bila aku tengok anak dia, ada 3 kesan darah kat badan dia. Ya Allah kesian giler anak Tokio. Baru je lahir, dah kena gigit pulak. Aku tak tahu la motif Miko culik anak Tokio. Sama ada dia nak makan anak tu ke ape, aku tak sure.

Pas daripada tu, aku gi cari Miko. Aku nampak dia menyorok kat dalam longkang. Aku siap cakap lagi, "Apsal ko jahat sangat hah?!! Siap ko nanti!", bajet macam kucing tu fahamla. Tapi tak kisahla dia faham ke tak tapi lepas ni, siap la. Nak kena ketuk sikit kepala dia tu supaya lepas ni dia tak buat lagi.

Pas daripada kejadian tu, terus aku bawa masuk Tokio dan anak-anak kat dalam rumah. Actually my parents tak suka letak kucing kat dalam rumah sebab mama aku tak suka bulu-bulu kucing melekat kat sofa or carpet. Tapi kali ni memang kena letak dalam rumah. Aku cakap kat mama, "Takpe.. Biar kakak jaga". Cuma waktu malam aku tak sure nak letak dia kat mana. Kalau letak dalam rumah, takut dia usung anak dia kemana-mana. Nak letak kat luar risau pulak Miko attack anak-anak Tokio sekali lagi. Serba salah dibuatnya. Malam nanti tengokla macam mana..

Tapikan walau ada 3 ekor anak kucing sekarang.. Yang seekor nampak macam tak boleh survive sebab dia langsung taknak menyusu. Badan pun lemah je. Asyik tidur je dari semalam sampai hari ni. Dahla makcik Tokio asyik dok hempap atas dia. Bila aku angkat Tokio, tercungap-cungap anak dia. Sam betul makcik Tokio ni.  So maybe akan tinggal 2 ekor je. Tapi yang kena gigit tu, aku tak tau la dia leh survive or not. Tapi aku dah sapu minyak gamat kat tempat luka dia. Hopefully cepat la recover and hidup sihat. Yang lagi seekor sangatlah aktif. Asyik menyusu tak henti-henti..

Papepun aku tersangatlah happy dengan kehadiran warga yang baru ni :)

Wahai kucing-kucingku sekalian
Hiduplah dengan sihat ya
Tanpa kamu semua hidup ini terasa sunyi..

p/s: Actually nak update tentang trip aku masa CNY tapi gambar-gambar belum diperolehi daripada cousins aku. Tunggu dah dapat gambar baru aku update

10 comments:

Fiza Aziz said...

bgus la u nie..heheh..
i geli kot nk wat cmtu, takat tengok jek boleh lah...ciap sapu minyak gamat segala, memang tak lah..heheh

lagipon setakt nie tak pernah tgk kucing beranak lagi. Mesty takut kan, lagi2 part yg diorang mkn ank diorang tu..ngeri~hehe

*loue me* said...

slalunya kalau jadi pape kat kucing, i jela org yg akan merawat sbb org dlm rumah ni semua pun geli.macam2 kucing i kena, ekor berlubang la..badan berlubang la, kaki kena ikat dgn getah sampai berbekas, luka sana luka sini sebab bergaduh..haih mcm2 la..semua i yg rawat.kalau luka je i letak minyak gamat.after 2-3 days mesti dah ok

tp kalau part makan anak tu mmg i sendiri tak sanggup nk tgk.blh trauma beberapa ari.huhu

no name. i'm sorry said...

mmg adventure la wa cakap lu jaga kucing baru beranak ni ya. hhehhehe. miko!!! u are fired! kekekek :D

*loue me* said...

mukaoren:hahaha..wa dh biasa dh.tp ni kali kedua or ketiga kot jaga kucing beranak.slalunya time kucing beranak wa de kt umah.huhu

td miko dtg..wat muka tagih simpati eh.tak jadi rasanya nak marah dia

laydee's issues ~ said...

ehhh ur trip pergi mana eh??
i pun nk g vacay lg

::FAIZ:: said...

boleh jadik bidan kucing ni. hehehe

*loue me* said...

laydee's: ala..pergi balik ke tempat kelahiran i je.xde gi mana sangat pn.nk jln2 pn xbest sgt sbb jalanraya maha sesaknye lah

wah..u nk gi mana pulak?u slalu gk gi vacay kan.bestnya

*loue me* said...

faiz: boleh gak..pasni aku nk gi amik jurusan doktor veterinar ar.senang sikit

ima sakina said...

nahai.. citer tokio ngan mika. miko jantan kan? mesti dia nak makan kepala adik2 tiri dia. hahahahah

eh tapikan. slalu bapak yang makan anak. abg pon ade makan anak ke???

nway. kucing hang dah banyak kali beranak. mmg anak dia kurang zat la weh. kucing aku pon mcm tu. tiap kali beranak. tiap kali semua arwah. pstu meroyan bela anak orang lain. eh kucing lain :P

*loue me* said...

cik ima: aah..si miko tu jantan.sblm ni nmpk dia cm lemah lembut je(walau dia jantan)..dia xsuka bergaduh..mmg nmpk cm stok auw2 la..

tah kenapa tiba2 je dia jd ganas cmtu.pelik lak aku

hahaha..kucing aku tgh meroyan dh ni.anak yg aku kata cm xleh survive tu dah selamat dikebumikan kat blkg umah aku.tu pn..si tokio cm nk mkn anak dia yg mati tu dh.siap nmpk isi lg.ape lagi..aku terus halau dia ar n cepat2 gi tanam anak dia tu.apsal eh dia makan anak sendiri?musykil lak aku