*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, February 11, 2011

Pancake La Mama.. Bukan Lempeng

Kan kat entry sebelum ni aku ada cakap pasal aku nak lempeng Nemo, tapi takkanla aku nak wat camtu kat dia kan.. Aku lap my Nemo maa. Tah kenapa tiba-tiba aku cam teringin pulak nak makan.

By the way, tau tak ape tu lempeng..?
Tak tahu?
Pancake tau?
Kalau tak tahu gak, gi google sendiri. Hehehe

So aritu aku dok blogwalking kat blog orang, pastu nampakla recipe untuk buat pancake kat blog The Pink Stilettos. Nampak macam sedap je but then belum terbuka pintu hati nak buat lagi.

Bila arini mengidam, terus bukak balik blog Sis Iza and print out the recipe, semangat tak. And then cepat-cepat tunjuk kat mama kot-kot la dia nak buatkan, hahaha.. tak guna kan aku ni. Tau nak makan je. Tapi harapan tinggal harapan. Mama suruh aku yang buat. Bila aku tanya pasal ingredients untuk wat pancake tu ade kat umah ke tak.. Mama cakap semua ada je kat dalam cabinet. Wow! Sudah bagus. Lagi pun bahan-bahannya simple je. Leh la aku cuba buat. Tapi aku tak ikut sangat bahan-bahan yang Sis Iza guna tu sebab ada yang takde kat rumah ni. Contoh macam brown sugar.. Aku guna white sugar etc

Pastu aku pun gi la ke dapur and start cari bahan-bahan untuk buat pancake ni. Aku pun mula la explore sorang-sorang.

Eh jap!!
Aku??
Memasak??!
Betul ke ni?
Kalau kawan aku baca, confirm tak percaya. Tul tak kawan-kawan?

Tapi sila percaya ye. Ini memang aku, jap aku nak tampar pipi aku ni cuz aku pun cam tak caya gak yang aku memasak

Cubaan pertama buat adunan macam failed sebab terlampau likat
Aku nak tanya kat mama aku tapi dia kua pulak. Aku pun simpan dalam fridge.
Bila mama balik, aku tanya sama ada betul ke tak macam ni. Mama cakap terlampau pekat sangat ni

So mama tambahkan sedikit air untuk bagi adunan tu lebih cair

Then bermula la sesi memasaknya
Berpeluh gak aku duk kat dapur tu. Aku dapat lebih kurang 12 pancakes untuk 2 cups flour. Tu pun kira banyak gakla sebab yang nak makan cuma 3 orang je.



Bila dah siap, aku pun bawa ke depan untuk tunjuk hasil kat mama dengan bapak. Aku bawak skali dengan strawberry jam, peanut butter, kaya, susu pekat and ice cream.

"Tadaaa.. Dah siap dah pancakes" - Aku
"Banyaknya lempeng awak masak. Tak habis ni" - Mama
"Pancake la mama. Lempeng tu nampak cam tak class la" - Aku
"Sama je la" - Mama

Amacam? Menggiurkan tak?
Tak sangka aku ada bakat memasak kan
*Sila angguk*

For me, pancake ni served dengan ice cream sangat sedap
Delicious nyum nyum
 
Tapi hakikatnya ni la hasil pancake aku yang cam..
Ermmm.. Tak sesuai panggil pancake kot. Mungkin lebih sesuai panggil lempeng je :(

p/s: Next time aku akan try buat sampai jadi macam pancake kat Paddington house of pancakes tu

4 comments:

no name. i'm sorry said...

hahahha. bolehlah! janji boleh sumbat masuk dalam perut. hehe :)
ima kalau rasa nk makan pancake, pergi mc d je. huhu. ima pun suka sgt pancake! sgt2. :P

*loue me* said...

ima:ok fine! nak gi nyorok ar cmni.malu~

mcd ada pancake?xtau pn.nk kena try ni

KuraKura said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA itu bukan pancakes.. itu lempeng weiii!! hahahahahahahahahahahahahahaha sambung gelak!!

bob ooooo bob.. mai laa rasa kakak ko masak ni.. ade ke dia cakap pancake?? (macam mama ko tak?)

sayam bayam, goreng atas non-stick pan laa sayam woii.. pakai kuali biasa jadi lempeng la..

ok ahh tuh.. ko kan kertu dah.. nanti bila kawin ngan abang kening tebal korang hadap je lempeng hari2;)

*loue me* said...

Kura: cubala kasi semangat dan dorongan sikit kat aku.hampes r ko!

mujur adik aku xde kt umah time tu. kalau x, confirm kena bahan

eh aku guna non stick frying pan dah tu tp masih menjadi lempeng gk.siot tul

ala..ni kire 1st step la.mana tau pasni aku jadi minat memasak