*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, February 14, 2011

Restoran Cozy Place

Hari Khamis aritu (10/02/11) Nemo ajak aku kua makan malam. Dalam kul 9 lebih baru Nemo sampai. Jalan jammed katanya. Then kitarang terus gerak gi area Wangsa Walk. Dia cakap nak gi satu tempat makan yang best kat area situ. Aku ikut je la kan.

Bile sampai situ dah dekat kul 10 dah. Mujurla bukak lagi. Nemo cakap dia suka interior design restoran tu and makanannya pun not bad. Bila masuk dalam, memang aku cam terpikat. Decor restoran tu macam english style. Calm and cozy, sesuaila dengan nama restoran ni, Restoran Cozy Place.


Kat depan Restoran Cozy Place

Nemo Nemo

Top: MNG Cardigan & Nichii Tube
Accessories: F21 Rainbow Ring
Handbag: Guess Trixie

Bar


Cantik kan?
Rasa cam homie gitu

Tak ramai orang pun maybe sebab dah lewat kot

Bila aku tengok menu, ada macam-macam makanan yang interesting. Ada western food, nasi dengan lauk etc. Tapi Nemo cakap western food dia cam kureng sikit tapi kalau nasi dengan lauk dia okay. So I ordered sweet and sour chicken with rice & pink guava while my Nemo had sambal udang with rice kot & fresh orange.

Our dinner

Sambal Udang with rice

Sweet and Sour Chicken with rice

Pink Guava & Fresh Orange

For me, makanan aku cam kureng sikit. Memangla nama sweet and sour chicken tapi cam terlebih masam la pulak. I dont like it. But next time kalau aku datang sini, nak try makanan lain la pulak.
 
Oh ya.. Masa aku tengah dok makan tu, tiba-tiba waitress tu datang suruh bayar cuz dorang nak tutup restoran dah. Supposed dorang tutup 10.30pm tapi disebabkan masih ada customer, dorang kena la tunggu. Lagipun kitarang mana la tau yang restoran tu tutup awal. Takde tulis kat pintu pun.
Emm bagi aku harga makanan kat restoran ni mahal sikitla tapi kalau diambil kira dengan keadaan restoran ni.. Interiornya, harga masih consider berpatutan. And bagi yang risau kot-kot terover budget, restoran ni menerima payment via cash and credit card :)
 
So total makan untuk malam tu adalah RM35+ (plus 10% govt tax)

Address
No.27-29,
Jalan Wangsa Delima 2A,
K.L. Suburban Centre III, Section 5,
Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4143 6885

Operating Hours:
Mon - Thurs: 11am - 11pm
Fri - Sun: 11 am - 1am

p/s: But I still remembered, Sambal Udang with Petai dia berharga RM38 kot. Aku tak tahu apa yang mahalnya tapi Nemo cakap nanti dia nak try gak one day

p/s: Restoran ni dekat dengan NZ Lama & Pizza Hut

p/s: tQ to Princess sebab jadi my 100 readers & tQ so much to all of you
(OMG! Tak sangka ada 100 orang baca blog aku)
Terharu~

6 comments:

hudhud said...

rm35 mmg mahal la babe. plus ada gov tax lagi. it's not even a franchise. hehe :P

laydee's issues ~ said...

i pernah lunch kt sini, for me food dia x brape. .i mkn western food, interior je best kan heheh mahal mmg x agak2!

::FAIZ FARISH:: said...

wah nice la

*loue me* said...

hudhud: huhuhu..agak r.skali skala blh la.kalau selalu, leh bankrup

*loue me* said...

laydee's:tu la.. Nemo ckp western dia kureng.

*loue me* said...

faiz:nice for the interior decor nya.harga xberapa nak nice sangat kot