Sambungan..
Petangnya aku bersiap-siap untuk gi interview kat Damansara tu pulak. Tapi kalau tak silap dalam kul 3pm, company (walk in interview) call aku suruh datang untuk second interview pada haritu jugak. Dada aku dah dup dap dup dap. Dan kepala berputar memikirkan kenapa aku kena panggil untuk second interview. Rupanya aku disalah anta masa 1st interview tadi. Patutnya aku kena masuk bilik lain yang lebih kepada bidang aku. But then aku cakap aku tak dapat datang sebab aku ada interview untuk di attend pada petang tu. Tapi dia suh aku datang jugak. Sanggup tunggu aku habis interview tu nanti. Tapi aku cakap aku takut tak sempat sebab dah lewat sangat. So aku tanya dia sama ada aku boleh datang kat office dia terus atau tak cuz aku memang betul-betul berminat dengan line civil engineering. Mujurlah dia setuju and aku bersyukur sebab diberi peluang kedua yang mana aku percaya bukan semua orang dapat peluang tu.
Lepas daripada tu aku gerak gi Damansara. Serious interview kali ni aku rasa cam loser giler. Satu apa aku tak dapat jawab sebab semuanya berkisar pasal design. Almost 1year++ aku tinggalkan design calculation bla bla bla. Dan interviewer tu hanya tanya pasal design je, cuz company tu consulting firm. Siap test aku pasal moment distribution, moment & shear diagram etc. Aku rasa nak hempuk kepala atas meja sebab tak dapat jawab. Terkedu-kedu aku nak menjawab soalan dari interviewer tu. And until now company tu pun terus senyap. My mistake. Andai aku boleh putar kembali masa, serious aku akan study sungguh-sungguh.
02/06/11 aku gi second interview tu. But this time tak macam interview sangat walau yang interview aku tu adalah Senior General Manager and sorang lagi aku tak sure. The interviewers banyak bagitau pasal benefits if I join that company. Pada mulanya aku cam terperasan la kejap.. Dalam hati, "Eh dorang ni nak amik aku bekerja terus ke?". Tapi lepas dorang dah terangkan semua, aku kena join their programme dulu. Kalau aku perform, dorang boleh serap masuk sebagai permanent staff. Actually dorang panggil aku for 2nd interview sebab dorang berminat dengan background aku iaitu pure civil engineering. Dorang cakap kalau aku join dorang I will be the only lady civil engineer. Sangat mengujakan. After the interview, aku memang berharap sangat aku dapat join that company.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment