*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, June 28, 2011

Luahan Hati Si Penganggur Terhormat

Rasanya aku tak pernah luahkan tentang perasaan aku selama aku jadi penganggur terhormat. Tak dinafikan ramai yang pandang sinis kat aku dan mungkin anggap aku ni pemalas atau ape.. Tapi tu semua aku telan je. Walau aku terasa tapi terpaksa simpan di dalam hati. Aku selalu ingatkan diri.. Biarlah apa orang nak kata sebab mulut orang kita bukan boleh tutup pun. Janji aku tau apa yang aku buat dan aku inginkan.

Lepas aku habis praktikal tahun lepas, aku memang langsung tak cari kerja. Even tempat praktikal aku nak recommend and suh aku anta resume semua tapi aku taknak, plus dorang nak anta aku gi Sabah.. Lagi la aku taknak. Aku rasa aku deserved untuk relax for few months after 7 years aku struggle untuk dapatkan segulung Ijazah. 

Masa Sijil, every sem aku dapat Anugerah Dekan. Masa Diploma, pointer sem akhir aku 3.7+ and overall aku hampir dapat Anugerah Dekan lagi tapi sayangnya, lagi 0.01 je untuk aku dapat Dean List. Masa Degree je aku dapat 2nd Class Upper. Aku bukannya nak riak ke apa but dun u think yang aku memang deserved untuk relax and buat apa yang aku suka & enjoy?

Tapi kan.. Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada parents yang memahami. My dad langsung tak push. Cuma my mom je sekali sekala dok suh aku gi cari kerja. Tapi aku rasa sebab orang luar yang asyik dok tanya kat mama aku. Tu sebab mama aku pun suh aku cari kerja. Fave question tanya kat mama aku, "Anak perempuan akak tu buat apa sekarang? Dah keje dah?". And fave question tanya kat aku, "Kau bila nak kerja?". Kadang-kadang sampai satu tahap, bosan gila aku dengar soalan tu. Menyampah pun ada.

Aku sebenarnya ada cita-cita yang terpendam lagi. Aku kalau boleh nak sangat sambung Master. Tu sebab aku cam refuse untuk cari kerja tapi mama aku cam tak restu je bila aku cakap nak sambung Master. Dia cakap lepas dah dapat keje leh sambung Master. My dad pulak tak kisah. Ikutkan je. Tapi susah bila sorang setuju and sorang lagi tak setuju. Sebab tu aku dalam dilema kejap. Separuh hati nak sambung Master.. Separuh hati nak kerja. Haih...

Bersambung...

4 comments:

Fahmi Mustakim said...

err, kerja jap untuk kumpul duit pastu sambung master..nak mintak ambik kat klia nanti, hanto ke skudai..hahahaha..

*loue me* said...

fahmi wat camtu ke? camne nk minx kt klia tu. insyaallah la..nnt dh keje..dh ada duit.nk gk smbg master :)

E K A said...

hm apa2 pun mitak restu dari derang dulu keh...persetankan kata mereka...specially makcik2 kepoh tu...eka penah gak rasa 2-3 bln pas abes degree, sumtime derang beranggapan kita ni dapat result teruk sbb tu tak de org nak amik kita keje...tp wat tak tau je la reen...rezeki tu lambat dgn cpt...insyaallah dia dah aturkaan yg terbaik utk kita.jgn stress2...

*loue me* said...

eka: tu yg penting.kalau dorang xrestu, xkemana kita ni.disbbkn reen pekakkan telinga la sampai menganggur lama giler.huhu..reen pn rasa dorang pk cmtu.mesti dorang ingat kita ni bermasalah..padahal kita yg xcari lg.tQ ya eka