Pukul 8 lebih aku dah gerak ke hospital dengan parents aku sebab appointment kul 9 pagi. Tapi macam biasa kena amik no giliran dulu. Kena register and bla bla bla. Bila sampai turn aku untuk jumpa doktor, dada aku makin rancak lak dok bercaklempong. Bila dah jumpa doktor, dia suruh aku masuk bilik untuk tengok perkembangan hidung aku. Dia tanya camne je dengan breathing aku sekarang ni. Aku cakap yang aku rasa kurang selesa. Dan bila dia tengok ketulan daging aku makin besar, dia suggest untuk operate but still the decision is in my hands. Dia cakap dia tak paksa tapi aku cakap yang aku memang nak operate sebab bila makan ubat pun dah tak immune lagi. So what's the point aku nak tangguh lagi kan. Then the doc suruh aku ikut nurse untuk amik darah.
After that, gi settle kan deposit daftar masuk wad dan aku ditempatkan kat wad 6A, Tingkat 6. Dalam kul 3petang, doktor bius nak jumpa aku. Aku pun gi la kat kaunter. Doktor bius nak terangkan pasal prosedur bius esok. So sebelum operation, aku akan dibius sepenuhnya. Meaning to say, aku tak kan sedarkan diri sepanjang operation tu, which is good. Doktor bius tu cakap ada 3 jenis ubat yang dia akan masukkan. 1st, ubat tahan sakit, if I'm not mistaken. 2nd ubat bius iaitu untuk tak sedarkan aku. Lastly, ubat untuk relakskan otot & sendi aku supaya aku tak bergerak sepanjang pembedahan tu. Tapi dia ada terangkan jugak tentang komplikasi yang bakal berlaku iaitu ianya boleh memperlahankan denyutan jantung serta tekanan darah menjadi rendah tapi ianya sangat-sangat jarang berlaku. Dan kalau kata ianya terjadi, dorang dah amik langkah berjaga-jaga iaitu dengan speed up the heart beat. Dorang mesti la ada solutionnya kan. So no worries. Tapi bila aku dengar, aku pun takut. Huhuhu.. Aku tanya doc bius tu sama ada after operation aku akan rasa sakit atau pun tak tapi doc tu cakap tak. But let say rasa sakit, doc akan tambah dos ubat pain killer. Lega bila aku dengar.
Then pukul 12 tengah malam, aku dah start berpuasa sebab esok adalah hari untuk hidungku dioperate. Dalam kul 6 pagi, nurse gerak aku untuk masukkan jarum kat tangan supaya senang doc bius nak masukkan ubat dalam badan aku. Seriously, masa nurse nak masukkan jarum, aku rasa cam sedih kat badan aku. Dah macam menyeksa badan aku je. Dah la kali pertama nurse cucuk, tak dapat urat aku. Dia kata urat aku halus. Bila second time nurse cucuk, barulah dapat. Lega sikit sebab aku tengok adik sebelah katil aku, sampai 3 orang nurse cuba untuk masukkan jarum tapi tak dapat disebabkan dia banyak bergerak jadi urat pun lari. So bila aku tengok macam tu, I told myself untuk relax, jangan banyak bergerak and redha, eh boleh cenggitu.
Oh kesian my hand :(
Sementara menunggu giliran aku untuk dioperate, memang aku berdebar sangat. Dah macam fobia je bila aku dengar bunyi tapak kaki or bunyi benda bergerak. Bila aku dengar je, terus dada aku dup dap dup dap. Dah nak dekat pukul 12 tengah hari, still aku tak dipanggil lagi sampaikan mama aku tanya kat nurse, "Bila nak operate ni.. Lambat lagi ke?". Adui mama, anakmu ni takut tau tak? But half of me macam lebih rela dioperate masa tu jugak sebab dah tak larat nak melayan fobia aku tu.
Bersambung..
3 comments:
hrap u cepat sembuh k. ameen.
Tq key one..now dh gettin better dah :)
Gud luck operation n semoga cpt sembuh :)
Post a Comment