*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, December 19, 2011

Mancungkan Hidung Part I

Bila tengok hidung orang lain mancung, teringin gak aku. Sape tak nak hidung macam minah salleh atau artis Bollywood kan. Bila tengok hidung aku yang kepek, teringin rasanya nak gi wat surgery mancungkan hidung.

See? Betapa tak mancung nya hidungku. Isk isk isk.. Ikut gen sapa la ni

  
At least aku nak la jugak hidung mancung cam Taylor Swift ni.

Huuuuuuu.. Dah dah la merapu. Ingat aku dah hilang akal ka apa mau gi buat surgery mancung kan hidung. Of course la aku bersyukur apa adanya. Memang takkan terniat atau terdetik pun dalam hati ni nak ubah ciptaan Tuhan sampai perlu buat surgery bagai. Actually idea ni semua datang dari SMS kawan aku yang kata aku gi buat surgery mancungkan hidung. Imaginasi tinggi tul kawan aku tu.

Kalau pernah baca kat entry yang lama-lama pasal dating aku kat hospital, mesti tau aku buat pembedahan apa.


Sebenarnya benda ni dah drag terlalu lama. More than 2 years. Since 2009 till this year. Sangat lama. Dan sepatutnya aku dah wat operation sejak awal tahun ni tapi tak buat-buat jugak sebab aku ada komitmen lain yang perlu dilaksanakan dan semestinya aku takut. But this time aku dah tekad dah bila mana nurse kat Hospital Serdang call aku and tanya sama ada aku dah buat operation belum. Dia cakap ada kekosongan pada 6hb December sebab ada patient lain cancel. Masa nurse tu call, aku tengah ada discussion dengan Manager.

"Saya call balik boleh? Sebab saya tengah meeting ni" - Aku
"Okay. Cik call dalam pukul 3 petang la kalau macam tu" - Nurse
"Okay" - Aku

After discussion tu, terus aku call Bapak untuk minta pendapat dia. Mula-mula Bapak tanya camne je perkembangan pernafasan aku. Getting better or not. But I think day after day, it getting worst. Bila bernafas aku rasa cam dah tak selesa. But still Bapak rasa cam aku perlu gi buat check up dulu which is on 9 January, next year. Tapi aku cakap, aku rasa dah tak berapa puas bernafas. Pastu Bapak cakap, kalau camtu operate je la. Ketulan daging tu pun dah macam tak mengecut dah. Dan takut makin lama dibiarkan akan jadi Sinus pulak sebab sekarang ni doc cakap aku masih di peringkat allergy. Aku pun risaukan benda yang sama. Aku rasa lambat laun pun, mesti aku kena operate gak kan. So, I called the nurse to confirm the operation. Masa tu ari Jumaat dan aku dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan/Melaka ke KL. Sepanjang weekend tu, aku memang berdebar-debar menanti ari Isnin (05/12/11) iaitu hari aku kena datang check up dan tahan wad. Operation tu pada hari Selasa.

Bersambung..


2 comments:

Pamie said...

uish,semoga semuanya baik2 saja kak..risau baca..huhu..

*loue me* said...

thx pamie.now dh okay dah cuma belum fully recovered lg