*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, December 3, 2011

Review: Ombak Rindu

Bila aku dapat tau citer Ombak Rindu bakal difilemkan, aku memang excited sangat sebab aku pernah baca novel dia, tak silap aku pinjam novel my friend, Yuna kot. Thank Yuna. Hehe. So expectation aku pada filem ni sangatlah tinggi sebab citer Ombak Rindu ni memang best, in novel.

01 December 2011 (Thanks to @sm@roni sebab aku tak perasan tahun dia. Aku gi letak 2012 lak. Mamai ape aku ni), memang aku menunggu citer ni ditayangkan tapi aku dapat tengok pada hari kedua tayangannya iaitu semalam. Kawan aku tolong belikan tiket kul 7pm secara online sebab dengar cerita tiket kat Alamanda full house for two days, dasyat dasyat. So kalau gi lepas kerja and beratur, belum tentu dapat tiket kan. 

Actually semalam aku kena gi Negeri Sembilan & Melaka untuk settle kan kerja. Pas dah settle semua, terus aku gerak ke Sunway. Aku sampai agak awal kat Sunway Pyramid. So sambil menunggu kawan-kawan, aku pi meronda jap. Lebih kurang kul 7.30pm barulah aku dengan 3 orang lagi dapat berjumpa. Dah terlepas hampir 30 minit citer tu. Sayang sebab tak dapat tengok dari mula tapi takpela kan.

Eh before that, meh baca sinopsis filem ni dulu..

"IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.



Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?"


Hmm.. Sepanjang aku tengok filem ni, aku tak tau kenapa penonton kat situ asyik bising je. Langsung tak boleh nak feeling-feeling. Everytime Aaron Aziz lakukan something yang sweet macam ni..

Dorang akan bunyi.. Oooouuuuu

Dan kalau gambar kat bawah ni.. Lagi la

Terus menjerit kot

Kitarang yang tak nak gelak ni pun, terus rasa nak gelak dengan respond penonton yang aku kira die hard fan citer ni/pelakon citer ni.

So berbalik tentang pandangan aku terhadap citer ni, it's just my personal opinion.. Aku rasa cam semput-semput je tengok citer ni. Sebabnya, baru rasa nak feel satu-satu scene, dah masuk scene lain. Cam takde flow je. Serious.. Tu sangat mengecewakan sebab semua pelakon hebat-hebat. Mungkin 2 jam tak cukup untuk nak menggarap citer ni jadi satu citer yang best dan memorable.

For me, baca novel lagi best la dari tengok movie ni. Besides of the beautiful scenery, aku jatuh cinta dengan lagu tema citer ni. Ombak Rindu by Hafiz & Adira, sedap sangat.






Semua gambar credit to Google

p/s: Okla.. Aku nak melayan lagu Ombak Rindu jap

4 comments:

Pamie said...

tak dapat nak tengok citer ni..haha..

*loue me* said...

xpela..beli cd je..xpn d.load.huhu

Asmaroni Abd Rahman said...

tarikh tayangan tahun 2011 la ...my dear

*loue me* said...

laaa..xperasan pulak. thx u :)