*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, November 30, 2011

R.I.P Bayou

Semalam, Bayou genap berumur 11 bulan 21 hari.. Tah kenapa hari Isnin (28/11/11) aritu Bayou cam tak sihat je aku tengok. Masa tu aku tengah dok alih-alih kan baju supaya cepat kering. Selalunya kalau dia nampak aku, confirm dia akan datang mengendeng-ngendeng kat aku minta belaian. Tak pun minta makanan. 

Tapi aritu dia tercongok je kat tepi pasu. Pelik gak aku.. Selalunya dia gi ronda-ronda. Tak pun gi rumah belakang. Aku pun saja umpan dia dengan menggoncang tin Smartheart, kot-kot la dia nak datang kat aku. Tapi tak. Even aku letak makanan kat depan muka dia pun, dia wat tak tahu je. 

"Ko kenapa Bayou? Sakit ke?". Macamla dia boleh bercakap kan.

Aku pun belai-belai dia. Dia just melingkar kat kaki aku dan pastu duduk. Tak lama lepas tu, dia muntah-muntah. Tapi tak keluar makanan pun. Just keluar air je. Aku assumed yang dia tersalah makan la kot. Takpun terminum air longkang ke ape. Dia ni memang suka makan benda pelik-pelik. Tapi aku harap ianya hanya sementara. Aku berdoa agar esok-esok dia sembuh. Masa dia tengah muntah-muntah, aku pun gosok-gosokla belakang dia. 

Pas daripada tu, jap-jap aku gi tengok Bayou.. Nak tengok keadaan dia camne. Tengok dia ada kat tepi pasu. Letihla kot asyik muntah je. Dia pun cam manusia la jugak. Bila muntah-muntah mesti takde tenaga. So aku biarkan dia rest.

Bila dah lepas Maghrib, aku tengah dok siap-siap angkat barang masuk dalam kereta sebab nak balik rumah sewa. Lepas tu aku cari dia. Tengok dia ada kat dalam longkang tengah terbaring pulak. 

"Laa.. Kenapa sayang duduk kat sini?". Aku pun angkat dia dan letak atas lantai. Dia mengerang kesakitan. Bila aku angkat nak kasi dia berdiri, terus dia terbaring. Badan dia cam sangat lemah. Serious masa tu aku dah tak sedap hati dah. Bayou arini lain macam sangat. Dulu kalau dia sakit pun, tak lama lepas tu dia okay. Hari ni macam teruk sangat je. But still aku harap esok dia akan sembuh. Nak bawa gi vet, dah tutup masa tu. Lagipun hari Isnin aritu public holiday. 

Pastu terus terngiang-ngiang kata-kata doktor dulu pasal Bayou. Doktor kata Bayou mungkin tak dapat hidup lama sebab degupan jantung dia abnormal. Ya Allah, selamatkan lah Bayou ku. Aku berharap dia cuma sakit biasa je dan cepat sembuh.

Bila tengok dia lemah camtu, baru aku teringat yang dia satu hari tak makan. Aku bagi Smartheart, dia taknak makan. So aku start enjin kereta dan gi ke kedai untuk beli Whiskas pocket food. Kot-kot la kalau beli yang tu dia berselera nak makan. Bila aku suap dia dengan makanan tu, dia langsung tak bukak mulut. Tapi aku cuba suap gak. Then aku rasa gusi dan nafas dia sejuk, dia bernafas ikut mulut. Pastu aku bagi dia minum air guna straw.. Tapi dia tetap tak bukak mulut dia.

Aku dah serba salah sama ada nak balik rumah sewa atau pun tak. Aku tak sampai hati nak tinggalkan dia yang tengah kesakitan camtu. Masa aku pegang tangan dia, dia cengkam tangan aku cam tak bagi aku lepaskan dia. Terus berguguran air mata aku. Dia haiwan.. Kalau dia sakit pun, dia tak boleh nak cakap. Tu yang aku sedih..

Tapi hari makin lewat. Aku takut nak drive lambat-lambat balik rumah sewa. Nak tak nak aku terpaksa tinggalkan dia terlantar di atas lantai keseorangan dengan linangan air mata. Before aku gerak balik, aku pesan kat bapak aku supaya tengok-tengokkan Bayou dan bagi dia makan nanti.

Dari semalam aku nak call rumah, nak tanya keadaan Bayou tapi aku cam tak sanggup je nak dengar kalau-kalau berita sedih. Dan parents aku pun tak inform pape pun kat aku pasal Bayou. So aku anggap Bayou mungkin sihat la. Tadi petang aku call adik aku.. Aku tanya dia camne je dengan Bayou. Tapi adik aku cakap Bayou dah takde pagi semalam. Dia mati kat atas lantai, tempat aku tinggalkan dia semalam. Adik aku cakap keluar buih-buih dari mulut dia dan dia dah tak bergerak-gerak.

"Oh Tuhan.. Perkara yang aku tak sanggup nak dengar, terjadi jua. Kau amik jua dia selepas 11 bulan 21 hari dia menemani aku di dunia ni. Tapi sungguh aku bahagia walaupun sementara. Bayou akan sentiasa diingati dengan sifatnya yang manja, nakal dan ceria. Aku pasti merinduinya."

Masa Bayou berumur 5 bulan
R.I.P Bayou
08 Feb 2011 - 29 Nov 2011

*So hard for me to write bout this. Oh tears.. Please stop falling*

4 comments:

ayarasmin said...

be strong my friend.may him rest in peace.

Anonymous said...

doktor tak galakkan kasi makanan brand whiskas n friskies.. aku lupa apesal, boleh sebabkan kidney problem ke ape..

nanti aku tanya balik..

tapi aku rasa betul laa.. kucing mummy mertua aku umur 10-12tahun(umur manusia).. kalau umur kucing dalam 85-90tahun.. diorang memang makan makanan mahal..

memang sakit sebab mahal.. tapi at least kau tak sedih tengok diorang mati..

takpun kau gilir2 ahh kasi ikan rebus kosong ngan nasi..

sian bayou.. mangsa deraan aku zaman dia baby..

-aku laaa.. saper lagi?-

*loue me* said...

aya:thx aya
Kau:tu la.. aku ada dgr gk psl tu (ke ko yg cakap kt aku dulu). maybe dh ajal dia kan. nk buat macam mana.

mama aku tiap2 hari bg mkn nasi dgn lauk ayam/ikan. siap cakap lagi..," eh kucing kena mkn nasi. baru dia kenyang".

hmm..skrg dia dh xde utk ko buli lg.. *sobs sobs*

Anonymous said...

nah! untuk bacaan kau.. kalau kau belum baca laa..

http://www.izyahya.com/2011/12/tips-memilih-makanan-kucing/

-si cantik manis yang penyayang tapi tak bela kucing;)-