*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, May 21, 2011

Reunion Kucing-Kucingku

Sejak Tyger takde.. Kesian aku tengok si Bayou. Main pun sorang-sorang je. Mujurla ada mak dia. Leh gakla dok melayan kerenah dia. So sekarang ni, kalau aku takde menda nak buat, memang confirm aku ada kat luar sambil dok main dengan Bayou. Seronok tengok aksi dia yang terlompat sana terkejar sini. Kat bawah ni antara keletah dia yang sempat aku snap

Mr Bayou yang dah berumur 3 bulan lebih

Dok main dengan mak dia, Makcik Tokio


Si Bayou yang suka berak dalam pasu bunga mama aku and aku pulak jadi si pembuang tahi

Kepenatan lepas 'bergaduh' dengan mak dia

But then dorang sambung 'gaduh' lagi. Kali ni kat longkang pulak

Mak dia ni kalau mengamuk boleh tahan gak

Last-last Bayou terjatuh kat dalam longkang and terus senyap. Tak tau la merajuk ke ape

Selalunya kucing cukup takut dengan air tapi Bayou ni tak. Aku letak la setimba air kot-kot dia nak minum lepas penat bermain. Tup tup aku tengok Bayou dok celup tangan dia kat dalam air. Maybe sebab dia tengok air tu berkocak, tu yang dia dok usik lagi

Masa kucing aku yang lain tengah sibuk makan, si Bayou..
Dari kiri: Tokio, Miko & Tamm

..sibuk bermain. Langsung tak hiraukan makanan
 
Tamm @ Pak Tamm

Masa Pak Tamm ni balik, semua terkejut kot sebab kitarang ingatkan dia dah takde. Apa taknya.. Hampir berbulan-bulan dia tak balik rumah, tiba-tiba dia muncul. Mau tak terkejut. Dahla geng-geng beradik dia semua dah 'selamat'.. Tapi dia tetap maintain lagi walaupun dia dah tua dah.. Tak silap tahun ni umur dia masuk 6 tahun, psstt.. gigi pun dah takdak. Kitarang suka gelar dia Zangief sebab corak badan dia macam watak kartun Street Fighter, Zangief

Ni pulak Miko.. Ala.. Dia ni la yang gigit si Bayou masa Bayou baru dilahirkan. Now dia dah dapat terima kewujudan Bayou. Siap boleh bergurau senda lagi 

Aku tak tahu la apasal.. Dalam banyak-banyak tempat, penyodok sampah ni jugak si Tokio ni nak duduk

Si Tokio yang bajet malu-malu hot
Agak-agak dengan buat aksi manja camni, leh wat Miko tergoda la
(Oit Miko! Agak-agak ar kalau nak ngorat. Tu mak ko kot)

Bila malam.. Dah penat bergaduh.. Dorang tertido bersama
Olololo.. So sweet

p/s: Tak sangka kucing aku Bayou ada Restoran Bayou ;p


4 comments:

eMMe said...

reen suke kucing ekk...
comel kucing2 reen........

*loue me* said...

emme: suka2. teman untuk menyembang..n untuk release tension :)

::FAIZ FARISH:: said...

comel

*loue me* said...

faiz: tau xpe