*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, November 22, 2009

April 2001


02 April 2001
Aku bergaduh dengan Maruk disebabkan name tag Convent aku. Dia la yang start dulu. Cerita dia.. Aku pinkan name tag aku kat beg sekolah tapi satu hari tu, name tag aku hilang. Aku memang cuak gila la. Aku ingat terjatuh ke.. Tercicir ke masa aku jalan. Aku memang sayang gila name tag tu. Satu-satunya kenangan yang aku ada masa kat Convent (semangat ke'Convent'an betul). Masa waktu rehat, aku nampak something kat poket Maruk. Bila aku gi dekat dengan dia.. Cinabeng! Rupa-rupanya dia yang curi. Aku memang bengang giler la. Mati-mati aku ingat name tag aku hilang. Rupanya dia yang amik. Dah la dia siap promote dekat orang yang lalu lalang.

“Hi! Nama aku (seperti yang tertera di name tag).” - Maruk

Terbakar je aku tengok dia. Bila aku minta balik name tag aku, dia kata next week baru dia bagi. Tak guna betul. Aku pun lurus.. Tunggu la sampai 1 week tapi dia tak bagi gak.

**Name tag yang aku sayang sangat**

**Ganas tak muka dia**
(sorry la Maruk.. Gambar ni aku curi tapi tak ingatlah curi kat mana)

11 April 2001
Aku gi koop masa dah habis kelas and aku ternampak Maruk. Kali ni aku nampak dia pinkan name tag aku dekat name card dia. Daripada tunggu dia bagi, aku rasa better aku buat sesuatu. So masa aku nak keluar dari koop, aku terus rampas name card dia (Name card ni penting sebab bila beratur waktu pagi-pagi, prefect akan check name card. Sapa yang tak bawa kena pergi ambil name card tu kat hostel. Tak pun kena tulis nama). Aku dah tak kira dah. Yang aku tahu, aku nak balik name tag Convent aku. Masa tu memang kecoh gila. Kitarang siap perang mulut kejap. Dia suruh aku pulangkan name card dia tapi aku terus blah. Tapi aku sempat lagi cakap,

“Padan muka hang!!” - Aku

Masa aku tengah bertekak dengan dia, suara aku memang kuat. Aku nampak je Puan Siti (Cikgu BM a.k.a Cikgu Garang) tapi aku dah tak peduli dah. Aku tunggu Nuha dengan Zulina kat simpang Dewan Ibnu Khaldun.

“Puan Siti kirim salam.” - Zulina
“Laa.. Apsal lak?? Huh! Lantak dia la” - Aku
“Puan Siti cakap nak suruh awak baca teks kuat-kuat dan jawab semua soalan nanti” - Nuha

Isk.. Tak faham aku dengan Cikgu Siti ni. Tak pasal-pasal lak. Actually, dalam hati.. aku cuak gak la. Sapa tak kenal Cikgu Siti yang garang tu.

**Puan Siti**

Masa aku kat Dewan Makan, aku, Nuha dan Zulina beratur nak amik nasi. Tiba-tiba aku nampak Maruk masuk Dewan Makan. Mati dah la. Time tu memang aku dah takut giler dah. Maruk ni unpredictable. Maruk beratur belakang aku tapi aku buat muka ‘bodo’ je. Muka tak bersalah.

“Bagi balik name card aku” - Maruk
“Mampuih pi kat hang la. Sapa suro hang amik name tag aku. Sampai satu minggu plak tu. Nasib arr” - Aku

Masa aku tengah amik nasi, Maruk datang depan aku dan rampas name card aku pulak. Huh! Bulls**t! Apasal la aku tak terfikir tadi. Kalau aku tahu, aku dah sorok siap-siap name card aku tu. Dekat name card tu ada no phone aku. Si Maruk yang sengal ni gi baca no phone aku kuat-kuat sampai satu Dewan Makan dengar.

"Nama dia (seperti yang tertera di name card)" - Maruk (sambil tunjuk ke arah aku)
"Nak berkenalan dengan dia. Ni no phone dia. 04-4*****4" - Maruk

Gosh! Malu giler aku masa tu. Semua pandang kat aku. Apsal la ada jugak orang macam dia ni.
Masa petang tu, aku ada aktiviti. Aku saja bawa name card Maruk. Mana tau nanti terserempak dengan dia kat tengah jalan. Boleh buat pertukaran. Dan memang betul aku terserempak dengan dia. Nasib baik dia pun bawa name card aku. Pastu kitarang cepat-cepat tukar. Maruk ni bukan boleh percaya sangat.

12 April 2001

Hari ni aku gi jumpa Puan Siti untuk minta maaf.

“Cikgu.. Saya minta maaf sebab tak tegur cikgu semalam” - Aku
“Saya tak suruh pun awak tegur saya” - Puan Siti (sambil buat muka kerek dan garang)
“Awak tahu tak yang suara awak tu dah melebihi suara budak lelaki?” - Puan Siti (not to mention.. Puan Siti ni bertudung labuh ya)
“Tapi dia yang usik saya dulu” - Aku
“Saya tak nak amik tahu sapa yang mula usik dulu. Yang saya tahu suara awak dah melebihi suara budak Khamarul tu. Esok saya nak suruh awak baca teks kuat-kuat dan jawab semua soalan” - Puan Siti
Mati la.. Puan Siti betul-betul nak buat macam tu kat aku. Ingatkan main-main je. So, keesokan harinya aku tak datang sekolah la. Takut kan Puan Siti punya pasal, habis semua kelas aku ponteng. Lepas kejadian tu, boleh dikatakan setiap hari Jumaat aku tak gi sekolah. Yang bestnya aku tak pernah kantoi. Tapi masa nak dekat SPM, barulah aku pergi. Nasib baik Puan Siti dah tak ingat pasal perkara tu
 
to be continued...

No comments: