*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, December 30, 2009

Limited Edition

Tadi mama suruh teman gi Jusco sebab dia nak beli sayur. Time tu dah pukul 9pm. So aku pun dengan sepantas kilat terus tukar baju and galas handbag. Siap untuk ke Jusco. Then tunggu adik aku yang terhegeh-hegeh bersiap. Padahal gi Jusco depan rumah je pun. Sibuk dengan ramos rambut.

Malam ni hujan pulak (bukan malam je.. Siang tadi pun hujan gak). Dah sampai Jusco, mama turun dulu sebab hujan. So kitarang dropped her betul-betul depan Jusco. Kitarang lak gi cari parking. Then aku dengan adik aku masuk Jusco bahagian Ladies sebab tak taw nak gi mana. Pastu gi bahagian makanan lak sebab aku rasa cam nak makan sushi arini. Mula-mula ingat nak amik yang murah je. Taknak la banyak-banyak. Tapi since adik aku taw yang aku ni kaya yang dah jadi kedana sekejap, so dia bantai yang mahalnye (tu pun mujur takde yang lagi besar, kalau tak mau nya dia rembat yang tu). Aku pun, Ok je la. Sekali sekala je pun. Pastu aku cari Mamee Slrrpp Kari Berapi yang aku dok mengidam ari tu lagi. So now ni dah dapat and I guess jap jap lagi nak masak la (eventho mama dah sound awal-awal supaya makan nasi).

Oh btw, tadi masa di Jusco aku beli Kotex Luxe Limited Edition. Beli tu pun sebab aku terberkenan tin dia yang sangat lawa. Plus, benda alah ni hanya ada di Jusco dalam masa terhad. So, korang yang teringin nak kan tin ni.. Sila lah ke Jusco (Jusco/Kotex patut bagi aku royalti/upah sebab tolong promote).


Cantik kan. Tak tipoo!
And harganya cuma RM 3.90 je. Murah kan
Limited Edition lak tu
Hanya di Jusco
(Mama siap nak beli 2 kotak lagi. Esok la kot gi beli)

Oh tadi si 'dia' call from Hong Kong. Walaupun dapat cakap sekejap je.. Tapi dapatla melepas rindu. Serious aku rasa cam sayu giler sebab kitarang tak pernah berjauhan yang begitu jauh. So mungkin agak menggedikla sikit kerinduan aku ni. Miss you sayang. Hope you have fun.

2 comments:

cikwa said...

seyes cantek tin kotex ue..nak dapatkan jugak!

*loue me* said...

sila sila..sebelum terlambat