Ari tu aku ada tulis entry pasal praktikal. Tadi petang aku baru je call MH sebab nak confirm kan balik. Antara soalan yang aku tanya adalah:
1) Cik dah dapat ke confirmation letter from UMP?
- Dah
2) Nanti 4hb tu saya nak daftar kat mana ye? Terus ke site or kena gi office dulu?
- Yang mana dekat dengan rumahla. Ke site terus pun takpe
3) Saya nak kena bawa apa-apa tak? Macam safety helmet ke.. Safety boot ke?
- Takpe. 1st day je baru. So maybe briefing je. Belum betul-betul jalan kat site
4) Pakaian nanti macam mana?
- Casual la but not so casual (time ni aku dah blur..casual tapi jangan casual sangat.. then she explained..). You boleh nak pakai jeans ke apa tapi make sure bukan dengan T-shirt. Kalau boleh kemeja ke.. Blouse ke.. Kalau nak pakai baju kurung pun takpe (time ni aku bertambah blur. Dalam hati.. Cik ni perli aku ke). Staff kita kat sana ada je pakai baju kurung (OK.. Memang dia serious.Boleh rupanya pakai baju kurung ke site. Tak tersangkut kat mana-mana ke kalau pakai baju kurung). Tapi dia kata kalau boleh first day pakai ala-ala office attire la. Proper sikit
5) Waktu bekerja pulak macam mana ye?
- Keje start pukul 9 pagi sampai 5.30 petang. Isnin sampai Sabtu. Tapi Sabtu keje dari 9 pagi sampai 1 petang je. Tapi elaun ari Sabtu kita bayar penuh taw (Hahaha.. Aku cam nak tanya gak tapi cik tu siap bagitaw awal-awal lagi. Bagus tul. Dapat baca pemikiran aku)
6) Nak tanya lagi.. Ada student lain ke yang praktikal kat situ?
- Ada sorang. Dah masuk dah pun tapi saya tak ingatla dia dari U mana (Rasa lega jap. At least ada la kawan. Takdela aku dok tercongok kat situ cam orang gila. tapi tak taw la laki ke perempuan. Ok ke tak dia. Takpe.. Tu belakang kire)
7) Jalan nak ke sana macam mana ye?
- You google maps la sebab saya nak bagitau pun tak reti. Cuba taip ni: Lebuhraya B*****a, Kg M'**a T*******n etc.. Kalau tak dapat jugak cuba call site office and cakap dengan Cik Ida
8) Satu lagi.. En G*****i tu apa jawatan dia eh? (selamba badak aku tanya)
Project Manager (erk~diam jap aku. Janganla dia garang macam En Azmi yang aku jumpa dulu)
9) Kalau saya ada apa-apa soalan lagi, boleh tak saya nak call cik?
Boleh je
So tu la antara soalan-soalan bernas yang telah aku kemukakan. Tangan aku sejuk kot masa call. Haa~ Aku memang seorang yang nervous. So by this week aku kenala gi cari jalan untuk ke site tu supaya nanti 1st day tak terlewat lapor diri. Lagipun kena la jaga imej UMP kan (wahh.. Begitu UMPians tul)
9 comments:
bgus...soklan yg enak..re3n prak di mana??
bgus...soklan yg enak..re3n prak di mana??
terima kasih =)
kt Maju Holdings tp site kt area tsk slatan.suria kt mana?
uiks!!
bernas n logik soalan..
malu tnye sesat jalan..
good luck with ur praktikal :)
ghostone:betul2.sbb tu dgn xmalunya gi tanya soalan merapu kt dorang.plg xblh blah sibuk je tanya apa pangkat bakal supervisor i.hahaha
ween:thank you ween =)
puan.. nak mitak kebenaran nak salin sume soklan di atas.. nak call gak jap lagi...huhu
moon: sila2.jgn malu2
Post a Comment