*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, December 10, 2009

Vacation Part II

051209 (Saturday)

Awal pagi lagi kitarang dah bangun and siap-siap sebab nak ikut Sugar Daddy jumpa orang di Penang. Nanti boleh la jalan-jalan kat sana. Tengah dok siap-siap, sempat lagi snap beberapa pichas.

 Abaikan orang yang kat belakang tu. Dia memang spastic

Lepas dah siap-siap, kitarang turun ke bawah untuk breakfast. We had nasi lemak and milo. Pastu macam biasalah.. Mesti ada sesi bergambarkan. Lagipun, malam ni kitarang akan tidur di rumah saudara Sugar Daddy di Alor Setar. Dah tak jumpa dah Nda and baby pasni. Walaupun perancangan sebenar nak tidur di rumah mak mertua Nda dua malam, tapi disebabkan kitarang tak tahan dengan habuk kat bilik tu (sampai Mira sakit tekak kot), so kitarang decided untuk tidur kat rumah saudara Sugar Daddy. Biarlah buat muka tak malu sikit. Aku pun tak boleh dengan habuk sebab aku allergic. Pagi ni aku dah start bersin, selsema, batuk and sakit tekak dah.

Ni gambar Nda dengan babynye
(Dah ada anak dah kawan aku)
My bestfriend forever (BFF)

Love both of you so much and the lil baby, Aulia
 (Nda dari dulu sampai sekarang suka tul ambil gambar tutup mata)
RiRi, Me, Nda, Mira & Aulia
Betapa kekoknya aku pegang baby. Dah lama kot tak pernah pegang baby yang baru lahir. Rasa takut. Yer la.. Dorang ni lembut lagi. Salah pegang, bahaya
Muuuuaahhh!
Love you so much Aulia Aryana.
Semoga Aulia jadi insan yang berguna pada satu hari nanti dan dapat senangkan family.

Mira yang tak senonoh. Selamba badak je dia wat camni kat rumah orang. Tergelak semua orang tengok aksi dia.

Dah salam-salam, peluk cium semua.. Kitarang pun nak gerak ke Penang la pulak.
Mira and Sugar Daddy
Suka sangat tengok sawah padi yang menghijau ni. Cantik sangat
Ni masa dah lepas dari jambatan Pulau Pinang. Lawa kan pemandangan  kat sini

to be continued...

2 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

oohh ekkk.. x bleh yekk wat aksi cenggitu kat umah orang?? comel ape.. hahahaha..

ko nih kenapa duk bergaya ngan kamera aku?? hahahaha

Live.Laugh.Love said...

comel la sgt.t'kejut mak mertua nda tgk.ecece..kita kena la sedar diri sikit.kamera pinjam atas pinjam k.toksah dok perasan