*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, January 3, 2010

Saya Kembali

Baru je balik dari Kedah. Semalam sampai around 3.30am. Penat yang amat (walaupun bukan aku yang bawa keta).

Ari tu (1/1/10) gerak dari rumah dalam kul 12.10pm tapi berhenti jap sebab bapak dengan adik aku nak solat Jumaat (sempat lagi aku dok melayan baca nocel 9 nyawa). After that, baru teruskan perjalanan. Dari KL-Tapah bapak aku yang bawa. Lepas tu dari Tapah-Sungai Perak aku lak yang bawak. Dari Sg Perak-Kedah adik aku lak yang bawak.

Masa kat Bagan Serai (kitarang ikut jalan dalam sebab bapak nak jimat tol), ada la satu taxi ni.. Bawa cam siot tul. Ada ke patut dia potong ikut lane kiri. Bapak aku cakap la.. Maybe dia ni amik lesen kereta dulu.. Instructor dia ajar kalau nak potong ikut lane kiri. Memang bangang giler ar. Kitarang ingatkan mesti pemandu taxi muda tapi bila selisih dengan dia, rupanya pakcik tua yang dah beruban dah. Giler ganas and takde sivik minded punya orang. Cara dia bawa kereta memang merbahaya la. Tah pape la..

Keesokannya pagi-pagi lagi dah bangun (pagi pun takde la pagi sangat. Kul 10 gakla) sebab adik aku nak kena gi daftar. Lepas dah settle semua benda, kitarang ingat nak gi makan Laksa/Bihun Sup+Cendol la kat gerai kegemaran tapi tutup pulak. Haih.. Frust betul. Kat gerai ni memang sedap ar. Time tu pun dah tengah hari, so kitarang lunch kat satu kedai makan ni.. Kitarang makan ikan bakar. Sedap gak. First time try makan kat situ. Lepas ni boleh la singgah lagi kalau ke Kedah.

Dah kenyang melantak kitarang ke salun yang adik aku selalu gi cuz dia nak potong rambut yang super duper panjang. Then gi Tesco lak sebab adik aku nak cari barang. Lepas daripada tu, baru lah anta adik aku balik ke hostel nya.. Dalam kul 8pm camtu, kitarang gerak balik KL. Tu yang sampai KL dekat kul 3.30am (biasala.. bapak aku pemandu berhemah.. bawa cam kura-kura. Lagipun kitarang singgah kat R&R ape tah cuz bapak aku nak tidur jap).

So pagi ni lak bangun agak awal la jugak sebab my Nemo nak datang rumah. Yeay~!

2 comments:

jinhoo sunbae said...

lepas tu ape yg terjadi cik re3n?? xsabar la nak taw cerita yg seterusnya. ngeh3!!!

*loue me* said...

sabar ye..jap lagi bersambung.hehehe (kasi suspens sikit)