*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, February 21, 2010

Banana Boat is A BIG NO for me!

16/02/10 - Off to Port Dickson with my fam, Busu's fam & Abg Faridon's fam

Sebenarnya aku terdengar yang mama aku cakap dia nak gi jalan time cuti ni. Maybe ke PD or Melaka. So masa kitarang balik from bowling, mama cakap kat Busu aku yang kitarang ni sibuk nak gi PD. Busu cakap nanti dia confirm balik sebab nak kena tanya Along. So masa kitarang dah balik ke rumah, Busu cakap confirm gi PD.

So 16/02/10 kitarang siap-siap la untuk ke Port Dickson. Last time kitarang (cousins je) datang sini masa raya tahun lepas. Tapi time tu kan tengah malam. Mana boleh nak mandi. Aku agak excited gakla nak mandi ni sebab dah lama giler aku tak mandi laut.

Sampai Teluk Kemang, PD around 12+ tengah hari. Abang Faridon dah sampai dulu dah. My fam dengan Busu's fam sampai lebih kurang je. Sampai je terus bentang tikar and bawa kua bekal makanan. Macam-macam ada. My mama masak nasi goreng, lepat pisang dll. Busu lak bawa cekodok, lepat pisang, nasi goreng, daging masak sambal, ayam masak ape tah.. Memang kenyang melantak gakla. Dah kenyang tu, ape lagi.. Masing-masing cam dah tak sabar nak terjun laut eh.


Masa mula-mula sampai, amik angin dulu. Haih.. Rindunya suasana ni...


Adik aku jahat. Suka menyakat Alang


Aku tak tahu kenapa dengan Aboy ni. Split personality tul. Dia boleh ketawa and tak sampai 2sec dia boleh terus wat muka serious


Muka Aboy yang selenga

Alang bajet ayu dan sopan santun

Adik aku tergelak tengok aksi Alang

Aku pakai maxi dress ni sebab nanti senang nak salin pakaian
Ada ke patut Busu aku cakap ni baju perempuan mengandung
Iskkk. Iskk. tengah 'in' kot ;p

Aku, Alang & my bro

Yang ni aku tak tahu la kenapa Alang gelak sampai tutup bijik mata. Tah apa yang kelakarnya.. Hanya dia yang tahu

Oh jangan tak tahu yang aku naik banana boat aritu. Naik banana boat ni bagi aku agak mencabar gakla. Bagi orang lain, biasa je but for me.. yang tak pandai berenang.. fobia kalau masuk air dalam telinga.. pernah lemas suatu ketika dulu.. memang merasakan naik banana boat adalah something yang sangat mencabar.

Dulu bila aku tengok orang naik banana boat, aku dah cakap kat myself yang aku taknak naik banana boat sebab yang aku tengok selalunya bila orang naik banana boat, confirm akan jatuh. Tu yang buatkan aku takut sangat. Tapi aritu, abang yang bakal bawa kitarang naik banana boat kata ada dua pakej sama ada nak jatuh or tak nak jatuh. Bila aku dengar yang kita boleh request untuk taknak jatuh.. Aku cam, why not aku cuba. Aku memang suka cuba something new. So aku memang percaya penuh pada janji manis abang yang bawa  banana boat tu. Plus yang buatkan aku nak naik.. Sebab abang tu cakap dia akan bawa kitarang ke 'jalan' yang berharga RM20/seorang. Tapi kitarang cuma perlu bayar RM15/seorang je. Memang terpedaya lagi la weh. So aku pun naik..

First time naik.. Wahhh.. Heaven giler. Rasa cam naik roller coaster pun ada. Best gilak ar. Yang naik banana boat 5 orang je. Aku, Bob, Abang, Alang & Aboy. Terjerit-jerit suka kitarang. Memang seronokla...

Sampaila... Tiba-tiba kitarang terjatuh di tengah laut yang maha dalam. Tengah-tengah laut tu beb. Time tu aku rasa cam aku dah mati kot. Just imagine aku terhempas ke dalam laut. Dengan tak pandai berenangnya.. Dengan dilibas oleh kaki sapa tah (time tu semua orang panic kot sebab tak expect yang kitarang akan jatuh). Gosh. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku time tu. Tapi mujurla kitarang pakai life jacket. So timbul la balik. Perasaan aku cam mati hidup semula duh. Aku rasa bengang pun ada. Tadi abang bawa banana boat kata takkan jatuh.. Ape citer?

Tapi rupa-rupanya kitarang jatuh adalah disebabkan salah kitarang sendiri. Abang bawa banana boat kata kitarang tak balance. Maknanya dia memang takde niat nak jatuhkan kitarang. So abang tu tolong la naikkan kitarang balik ke atas banana boat tu. Memang agak jauh la perjalanan kitarang. Dari Teluk Kemang sehinggalah tempat penyelidikan UPM. Then abang tu patah balik. Before sampai kat tempat kitarang mandi-manda tadi, abang tu jatuhkan kitarang. Kali ni dia memang sengaja pun. Aku ingatkan dia takkan jatuhkan dah. Tapi rupa-rupanya, Aboy yang minta dia jatuhkan banana boat tu. Memang bangek ar. Aku dengan tak sedianya. Dahla fobia kali pertama jatuh tak hilang lagi.. Ni jatuh for the second time lak. Memang terus takde mood la. Hilang rasa seronok. Muka aku time tu aku rasa pucat kot sebab abang tu siap banyak kali tanya sama ada aku OK or not. Mestilah KO abang oii! Aku memang dalam keadaan terkejut sangat. Bila abang tu tanya nak naik lagi ke tak? Aku fikir.. naik je la tapi aku cakap kat abang tu yang aku betul-betul taknak jatuh. Tapi yang wat aku geram, abang tu siap tanya, "Sapa nak jatuh angkat tangan". 3 orang (my bros, Aboy) angkat tangan nak jatuh untuk 3rd time. Memang mang betul la! Time tu aku rasa nak turun je dari banana boat tu tapi dah tak boleh sebab dah gerak. Aku punya tahan kaki aku sekuat yang mungkin untuk tak nak jatuh. Dahla kaki aku crammed time tu. Aku siap jerit kuat giler & banyak kali.. "Abang!!! Taknak jatuh!!!". Yah! Tapi abang tu berusaha keras gak untuk jatuhkan kitarang. And at last, kitarang jatuh gak.

Thank god that I'm still alive. Cuma 1 je aku nak cakap....

That will be the first and the last time aku naik banana boat. No more after this!

Nice view at PD masa on the way back to KL

Ni pulak masa lalu kat Bukit Pelandok

Jammed teruk giler masa on the way balik KL.
Mujur bukan aku yang bawa kereta. Kalau tak.. Mo crammed

Yes!! Sempat aku amik gambar candid ni. Hahah.. Sorry~

Before balik rumah, we had Satay Samuri @ Kajang. Aku cuma makan 3 cucuk je. Tak taw kenapa rasa cam tak berapa nak lalu makan. Paling banyak aku pernah makan 5 @ 8 cucuk kalau tak silap


2 comments:

Tuan Qilaf Ibrahim said...

hahaha....
2 la laen kali blajar berenang....
hahaha....
kakak....
lgi skali g pd....
naek banana boat lagi tau....
hahaha....

Live.Laugh.Love said...

ishh!xnak aku..
serious seram.ni ko nye pasal la
ko yg suh abg tu jatuhkn kita
mmg tobat xnk naik dah