*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, February 25, 2010

Reunion UMP

Masa aku tengah melepak sambil borak-borak (nampak sangat tak wat keje eh. Tapi memang takde keje pun), tiba-tiba aku dapat call dari UMP..

"Hello" - Guy from UMP
"Hello" - Aku
"Cik A****n ye (bukan nama sebenar)?" - Guy from UMP
"Ye saya" - Aku
"Macam ni. Cik diarahkan untuk pulang ke UMP pada 2/3 ni" - Guy from UMP
"Hah! Kenapa?" - Aku (Duh.. Aku wat salah ape ni sampai kena balik UMP. Masalah disiplin ke? Ish! Tak mungkin cuz aku baik-baik je kat sini)
"Untuk program IKS" - Guy from UMP

Actually aku tak dengar dia cakap program ape. IKS? Bukan ke Industri Kecil bla bla. Bila masa lak aku nak berniaga.. Aku dah pening. Ala.. Kena ikut program apa lak ni. Pelik??

"Apa dia?" - Aku
"Kalau nak taw lebih lanjut, boleh baca kat announcement" - Guy from UMP (mesti dah malas nak layan aku sebab asyik dok tanya je keje)
"Oo.. Ada kat announcement eh. O ok. Thanks" - Aku

Aku pun ape lagi, tryla bukak laman web UMP tapi semua computer hang. Time time ni la nak hang. Time aku main game kat Yahoo or baca harian metro tentang berita panas, taknak lak hang.. Hehe.. So aku call my friend untuk tanya. Bila aku tengok hp, ada 2 misscall dari dia. Confirm dia nak tanya pasal tu jugak. So aku borak-borak la dengan dia.

So.. Ni la memo yang dikeluarkan oleh pihak UMP..

Sebenarnya aku kena ikut program MY3s Penilaian Instrumen Kemahiran Insaniah KPT dan PBMSK pada 3 Mac 2010. Aku kene bertolak ke UMP pada 2 Mac pada pukul 10 pagi di Masjid Negara. 5 biji bas disediakan.
3 Mac ada sesi penilaian (nak nilai apa aku pun tak taw) dari pukul 8am sampai 5pm. Kire sehari suntukla kena ikut program ni. Dahla wat kat Kompleks Sukan je. Kalau wat kat Hotel kan best. Terasa berbaloi aku gi UMP tu. Mujur dia akan kreditkan RM30. Tapi aku dah rugi RM60 la sebab allowance aku di bayar per day. Sehari aku dapat RM30. 3 hari tak datang kerja maknanya dah RM90. Rugi rugi..

But from the brightside.. Aku dapat jumpa BF aku a.k.a dating.. Wee~
Mo makan di Sinar Mesra..
Dapat jumpa kawan-kawan yang amat aku rindu..
Dapat bergosip..
Best best.. Tak sabar nak tunggu 2 March ni.Meet you all at UMP yah!

6 comments:

mOOn said...

aku pun!! nak kemira!! mokde!! SMS !! pasar malam balok!! TC !! IR adanan! dan kawan-kawan yang kita suka!! haha

kompem seminar nie kita x dengar punyer.. beborak sampai x hingat duniaa !!! haha

*loue me* said...

huhu..cam syokla jugak kan tiba2 UMP panggil balik. walaupun at 1st place aku dgr UMP wat program ni, aku cam "mengarut tul la UMP ni. Tah pape r".. But at last aku gak yg excited.hee~aku pn rasa cm tu gak.konfem kita borak xhengat nye.hahahah

Unknown said...

haha...tau xpe..moon aku rndu sm kamooo...reen kt jmpe kt ump..jgn lupe bwk logbook aku nk tru gantt chart..haha

*loue me* said...

yah..c u soon.gantt chart aku xbuat lg.hahaha

Anonymous said...

apa dia my3s ni?

*loue me* said...

ano:my3s ni program universiti dengan KPT.juz kaji selidik.motif dorg wat semua ni?still xfaham lg