Modem Streamyx aku dah on.. Tapi 3 lampu je yang bernyala. Sepatutnya 4 lampu la.. Tak pe kot. Then aku masuk bilik aku and mengadap lappy sambil buka browser Google Chrome. Aku pun bukak la my fave page.
Aik?! Apasal tak boleh ni? Aku try lagi sekali.. Eh tak boleh jugak?
Loh.. Apehal pulak? So aku pun disable WLan aku jap and switch on balik. But still.. Tak boleh bukak internet. Dah banyak kali aku try, tak boleh jugak.. Aku dah diagnose the problem.. Still the same. Last-last aku call TM
Aku dail 100.. Trut.. Trut..
Operator yang angkat..
Tekan 1 untuk Bahasa Malaysia..
Tekan 2 untuk bla bla bla.. Belum sempat dia habis cakap aku dah tekan butang 1.
Tekan 1 untuk Bantuan Teknikal..
Tekan 2 bla bla..
(Iklan jap) Bagi memastikan kualiti perkhidmatan kami, perbualan ini akan direkodkan (lebih kurang macam tu la ayat dia..aku pun tak berapa ingat sangat)
Menunggu aku untuk operator tu jawab panggilan aku.. Sempatla kalau nak dinner dulu.. Lepak-lepak tengok TV sementara tunggu orang dia angkat.
Bila ada orang jawab je.. terus aku..
"Kenapa saya nak guna streamyx tak boleh eh?" - Aku (tak menyempat tul aku)
"Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ni?" - TM Guy
"Saya ....." - Aku
"Cik ke Miss ye?" - TM Guy
Aik? Bukan sama ke Cik dengan Miss. Apa ke sengal la orang ni tapi layankan je la. Maybe dia salah sebut kot
"Cik" - Aku
Boringla conversation ni.. So malas aku nak citer panjang sangat..
Tapi yang aku nak citer ni.. Masa TM Guy tanya aku tentang..
"Cik ada on modem ke masa hujan?" - TM Guy
"Takde" - Aku
"Cik ada pasang alarm tak?" - TM Guy
"Takde" - Aku (mengikut pemahaman aku.. maybe alarm pintu pagar la kot.. tapi ada kene mengena ke?)
"Betul takde?" - TM Guy
"Betul la" - Aku (lah.. Aku cakap betul-betul dia ingat aku memain lak)
"Habis tu kalau bangun pagi macam mana?" - TM Guy
"Kalau alarm hp ada la" - Aku (time ni memang aku blur giler)
"Oooo.. Gurau je la" - TM Guy
Dalam hati aku.. 'Boleh pulak budak ni gurau. Aku ni tengah bengang nak guna internet tak boleh.. Ko boleh main-main pulak!'
"Cik cuba direct line.. If tak boleh juga contact kitarang balik untuk trouble shoot seterusnya" - TM Guy
Ok fine.. Aku pun hang up and cuba connect direct line to the modem.. But still tak boleh. So aku call TM lagi sekali.
O mai Gosh!! Second time aku call dapat TM Guy yang lembab giler. Aku terpaksa menunggu di talian lama giler. Kalau tadi boleh dinner sambil tengok TV.. Tapi kali ni korang boleh tertidur lak. Dahla bosan giler iklan dia. Hish! Tolongla! Wat kerja cepat & cekap, boleh?!
Yang paling tak boleh blah, dia nak verified information pasal fixed line kitarang. Tanya ada pemindahan alamat tak? Nombor hp betul ke tak? Nombor fixed line betul ke tak? Nama kat username betul ke tak? Macam-macam la yang di tanya. Jawapan untuk semua yang di tanya.. Betul la kan. Aku geram sangat.. Aku cakap kat that guy yang aku tak pernah buat apa-apa pindaan pun. Tapi dia boleh cakap, "Oh saya nak reconfirm kan balik". Ek eleh.. Ape ke weng la dorang ni. Masalah sekarang adalah streamyx aku.. Bukan nya pasal fixed line yang nak confirmation bagai.
Bila dah settle tanya segala soalan, barulah dia suh aku mengadap lappy untuk configure.. Dah try semua but still tak boleh main internet. Last-last dia suh aku buat report within 24 hours if takde apa-apa tindakan from TM. Haih!! Menyusahkan tul!!
2 comments:
muahahaha dia sama bangang ngan mamat maxis aku laa!!! kang kena maki baru menggelabah!!
taw xpe..bengkek tul aku
mujur dia dh dtg repair
Post a Comment