*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, March 23, 2010

Kera Sumbangkah Aku?

Aku ni memang tak reti nak berkawan dalam kelompok yang ramai. Aku cuma rapat dengan kawan yang aku rasa boleh get long je. Bukanla kata aku ni kera sumbang ke apa tapi aku lebih selesa dalam kelompok aku sendiri. Maybe sebab tu orang cop aku 'Sombong' (but I'm not). 

Pada pemikiran aku, bila kita berkawan ramai, banyak hati yang perlu dijaga. Bukan senang taw. For me quality is more important than quantity. Aku ni pulak jenis bila aku dah rapat & baik dengan seseorang tu, memang aku sayang habisla. Lagipun aku ni unpredictable and ada perangai tersendiri a.k.a perangai buruk. Hanya kawan yang betul-betul memahami aku je yang taw camne perangai aku ;p

Boleh di katakan, di setiap tempat aku belajar akan ada kawan yang aku rapat. Contoh masa aku sekolah Convent, aku ada beberapa kawan baik. Until now, aku still keep in touch with them. Kat U pun sama, aku ada beberapa kawan yang aku rapat & baik juga. Macam-macam perkara yang kitarang lalui bersama.. Suka.. Duka.. Semua tu akan menjadi memori terindah..

Aku tak sangka yang aku akan jumpa my BFF pada umur aku 18 tahun cuz ada yang cakap.. Kita akan jumpa BFF masa zaman sekolah. Or maybe tak jumpa langsung. Aku ingat aku takkan ada BFFla cuz bukan senang kita nak dapat kawan yang betul-betul kawan. Lagipun aku tak kisah sangat cuz I still have my family members. BFF ada ke.. Takde ke. Sama je.. Bagi aku kita tak perlu mencari sebab ianya akan datang dengan sendiri.

Masa zaman PKB dulu, aku ada gang nama Geng Gagak Hitam. Kenapa nama ni..? Hee~ Biarlah rahsia (sebenarnya malas nak taip..). Geng Gagak Hitam ada 4 orang. Aku, Mira, Ida & Nda. Mereka-mereka ini adalah teman sebilik, sekelas, semengutuk, semengumpat, sebergosip.. Senang citer, mereka ini adalah BEST FRIEND FOREVAH (BFF). 

Sesungguhnya tanpa kawan hidup kita akan terasa sunyi :)

p/s: Adakah aku di kira kera sumbang seh?

2 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

ko memang kera sumbang.. sudah laa kera.. sumbang tak pandai menyanyi lak tuh.. hahahahaha

Live.Laugh.Love said...

ala..kera sumbang aku pn..ko tetap syg kt aku