*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, March 6, 2010

Tips @ Bukit Tinggi

Ish ish ish.. Lama giler aku tak update blog eh. Almost 1 week kot. My life sangat hectic lately ni. Apa taknya.. Macam-macam benda yang berlaku.

28 Feb 2010 (Sunday) aku gi Bukit Tinggi. Setelah merajuk dan berputing beliung dengan my fam & BF, hari Ahad baru aku dapat gi Bukit Tinggi. Ikut perancangan patutnya aku gi ari Jumaat (Jumaat kan cuti Maulidur Rasul) tapi tak jadi sebab my parents gi mana tah. Bengkek giler hati aku. Ingatkan time cuti dapatlah aku jalan-jalan.. Last last aku terperuk dalam bilik sambil melayan hati yang lara. Yang buatkan aku lagi bengkek, BF aku lak yang gi Bukit Tinggi masa Jumaat tu. Aku yang kemain excited.. Dok hebah kat dia yang aku nak gi Bukit Tinggi, at last dia lak yang jejakkan kaki kat situ dulu. Super la tak aci. So untuk tunjukkan tanda protes, aku merajuk ar. Hahaha (buruk tul perangai aku). Sian dia. Insan tidak bersalah.

Sabtu malam (27 Feb 2010), abang aku msg tanya nak gi Bukit Tinggi tak esok (walhal duduk satu rumah, tapi berSMS. Zaman dah berubah).. Aku yang tengah majuk ni.. Terus buang rasa ego dengan meng'reply', "I want".

So Ahad tu kitarang gerak dari rumah dalam pukul 10am. Sampai sana around 11++. Dah la sesat sebabnya kitarang tak pernah gi lagi Bukit Tinggi ni. First time kot. Nak masuk sini kena bayar RM10 (for adult). Untuk budak-budak tak ingat kena bayar berapa


Pondok pertanyaan a.k.a tempat bertanya setelah sesat untuk ke Bukit Tinggi. Rupa-rupanya jalan yang kitarang lalu ni dah betul cuma tak confident sebab signboard takde. Tah pape tul. Patutnya sejam sampai la Bukit Tinggi tapi ni ambil masa sejam lebih untuk sampai ke destinasi
(MORAL OF THE STORY: MALU BERTANYA SESAT JALAN).

Mujurla hati ni disejukkan dengan pemandangan yang cantik.. walaupun udara tidak sesejuk mana seperti yang digembar gemburkan. Tapi kalau waktu malam tak taw la sejuk ke tak
(SILA PAKAI BAJU SELAPIS OR BAJU YANG NIPIS. PANAS KOT)

Colmar Tropicale


View From The Castle @ Carpark

So this is Colmar Tropicale. Bangunan ala-ala English

Lovely Couple Evah

Nanti kawen nak naik benda alah ni (berangan)


(SILA PASTIKAN BATTERY CAMERA/HP CAMERA PENUH. KALAU TAK, TERLEPAS LA PELUANG UNTUK BERGAMBAR)

View From Level 3
(ada lift.. So tak perlu la nak memanjat tangga)

Rasa macam dekat negara mat salleh je

Oh ya.. Aku terserempak dengan kawan masa aku sekolah teknik dulu. Ayu namanya. Lama giler tak pernah jumpa dia. Now dah kawen and dah ada anak dah pun. Tapi tak sempat nak sembang ke ape.. Dia tengah busy melayan anaknya. So sempat hi hi bye bye je ;)
Dalam hotel apa tah nama dia

Oh.. Lupa nak bagitau.. Kalau nak datang sini, amatlah dinasihatkan agar BAWA BEKAL MAKANAN SENDIRI. Makanan kat sini sangat mahal k. Aiskrim Cornetto harga jadi double. Supposed RM 2.50. Tapi kat sini harganya RM5.00. Boleh dapat dua batang ice cream dah. Mujurla my mum dah masak bihun goreng pagi-pagi buta. So tak perlulah membazir ye. And air paip yang dah dirawat @ air suling, harganya RM 3 sebotol. Kalau air mineral Spritzer boleh terima lagi.. Tapi ni jenama cap unta (bukan nama cap sebenar).. harga sampai RM 3. Air paip lak tu. Eee~ Bukan kedekut cuma kalau boleh bawa dari rumah, lagi better la. Tak perlu nak membazir. Lagipun terjamin kebersihannya. Tak pun beli siap-siap before naik Bukit Tinggi

Masa tengah jalan-jalan nak ke shuttle lorry service (untuk ke Japanese Village), ternampak la 2 ekor swan yang cantik gilak. Serious lawa! Jarang nak jumpa ni. Rumah jiran pun takde..

Dapat jugak bergambar dengan background swans ni

Cantik kan

Kat sebelah sini pulak ada black swan. 2 ekor jugak. Memandangkan warnanya warna hitam @ tak menarik, aku snap satu je. Huhu

Signboard Colmar Tropicale

Masa tengah tunggu Lorry Shuttle Service untuk ke Japanese Village. Giler panas time ni. Duduk kat dalam khemah. Rasa macam duduk dalam oven je. Habis cair mekap.
(SILA BAWA TISU/SAPU TANGAN/KIPAS TANGAN)

Actually kalau nak ke Japanese Village, korang boleh gi dengan kereta. Tapi masalahnya bila dah sampai sana korang kena park kereta yang agak jauh dari village tu. So korang kena menapak pulak untuk ke Japanese Village. So, kalau naik lorry ni, senang. Korang tak payah susah-susah nak menapak sebab dia akan anta terus ke Japanese Village tu. Bersebelahan dengan Japanese Village, adalah Botanical Garden. So better tunggu jela lorry ni. Tak lama pun. Plus, new experience dapat naik lorry yang tidak ada 'badan'. Tak taw nak explain camne tapi tengok gambar kat bawah ni

Tu la lori nya. Konsep terbuka.. Open air. Bes.. Berangin kuat giler bila dia bawa laju-laju

Me & my parents kat atas lori

Yeay! Dah sampai Japanese Village
Kat Japanese Village ni, korang boleh sewa kimono yang berharga RM20. For tea ceremony berharga RM28. Tapi aku tak sewa apa-apa pun. Just datang tengok-tengok je

View di Japanese Village

Ikan Kap Jepun. Banyak oo..

Di tengah-tengah kolam


Kat Botanical Garden.
Oh nak bagi lagi sedikit tips bila datang ke sini. Kepada girls yang nak datang ke sini, SILA LUPAKAN HEELS, WEDGES, OR APA-APA KASUT YANG TINGGI. Sebabnya.. Lenguh+Sakit kaki kot. Well, please forgive me sebab aku first time datang sini. Ingatkan boleh la melaram.. Rupanya salah tempat k. Sepatutnya PAKAI SANDAL, PUMP SHOE OR SPORT SHOES. Tu memang better sebab bila di Japanese Village, korang kena mendaki sikit untuk sampai ke Village tu. Plus masa di Japanese Village, keadaan di situ agak berbatu-batu.. Kang nanti tak pasal-pasal korang jatuh tergolek lak. Aku ni pun dah cam orang ape je. Dok terhencut-hencut control my wedges & keayuan ni.

Memandangkan hari pun dah petang, time to go back. Kaki pun dah penat..

On the way back, terserempak dengan horse trails ni. Hanya sempat snap gambar dari dalam kereta je. My dad dah tak sabar nak balik dah.

Overall, my trip to Bukit Tinggi was not bad. Dapat tengok pemandangan yang cantik-cantik.. Kira berbaloi la aku merajuk hari tu. Hee~

p/s: Oh.. Sebenarnya ada banyak lagi pichas tapi semua dalam lappy my bro. Will upload soon

2 comments:

laydee's issues ~ said...

aaa nice x sbar nk g - nasreen

*loue me* said...

mmg cantik.. ;)