Semalam.. After guys balik dari sembahyang Jumaat (dalam pukul 2.30pm), kitarang (Geng mengulor-harus tahu siapa ye) gi area Sungai Besi sebab nak minum lai chee kang. Semuanya sebab kitarang berpanas di bawah cahaya matahari yang amat terik.
Ada kisah kenapa kitarang berpanas.. Tapi malas la nak citer
Masa sampai kat kedai lai chee kang, Cah kua dulu. Aku tak kua lagi sebab tengah bergayut dengan kawan aku. Tiba-tiba ada satu motor lalu tepi Cah. And tiba-tiba lagi Cah cam mengelak dan terus tunduk kat depan kereta. Aku memang hairan giler la. Apsal lak ni. Motor tadi langgar bontot dia ke? Kereta tercalar dek motor tu ke? Kitarang cuma perhatikan si Cah dengan perasaan yang super duper pelik. Aku tengok si Cah, mata dia tengah melilau tengok belakang. Aku pun (yang dok tengah bergayut ni) pandang la ke belakang. Tiba-tiba aku nampak our PD and few staffs tengah lepak minum. Now aku dah faham kenapa je Cah macam tu. Cah yang tadi kat depan kereta, terus merangkak (macam ala-ala ejen perisikan), masuk dalam kereta.
"Ko kenapa?"
"Jangan banyak tanya. Jalan je" - Cah (muka cuak giler okeh)
"Takdela.. Kenapa? Motor tadi langgar kereta aku ke?"
"PD kat belakang weh. Jalan-jalan!" - Aku
"Mana? Mana?"
"Jalan je la" - Aku & Cah
Bila dengar je, terus start enjin and pecut. Apa lagi.. Memang terbarai gelak la. Gosh! Camne leh terjumpa PD kat situ? PD lepak situ gak rupanya. Masing-masing dah cuak sebab takut terkantoi. Cah siap cakap lagi, dia dah taknak minum lai chee kang. Memang kelakar giler okay. Apa taknye.. Bila mana kitarang (trainees) nak mengulor, boleh pulak terserempak dengan Project Director (PD), tak ke haru namanya. So masing-masing insaf kejap.. Kejap je. Hee~
No comments:
Post a Comment