*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, June 18, 2010

I've Made It!

Tepat jam 5.00 petang, akhirnya aku berjaya habiskan jugak praktikal for 6 months. Tik tok tik tok.. Pejam celik pejam celik.. Habis juga 6 bulan yang dulu aku rasa sangat lama. Eh! Terlalu lama sebenarnya. Tiap-tiap hari ku menghitung masa, bilakah akan habis praktikal ni.. Dan hari ni, tamat sudah praktikal ku. 

Well, I should scream like this.. (I guess)

YEAY!! 

Or like this, 

YeeHaa!!

Or maybe like this,

Weh!! Aku dah habis praktikal la wei!! 
(sambil melompat kegirangan)

So starting from now on, I'm officially Penganggur Terhormat.. 
or Penganggur Bertauliah 

Demn you! Adv ni ditujukan kat aku ke?
(masa tengah melayari facebook)

Dan esok,

Aku bakal melingkar di atas katil sehingga matahari betul-betul di atas kepala.. 

Kemudian mencari handphone untuk mengejutkan bidadara tersayang..

Selepas itu, aku akan bangun dari tempat beradu dan melangkah ke dapur mencari brunch. 

Pabila perut sudah kenyang, aku akan ke toilet untuk mandi. 

Kemudian membuat kerja-kerja yang aku suka seperti mengemas bilik, membuat barangan kraftangan, menjahit manik, membuat cards, membaca novel, melayari internet, bergayut dengan bidadara, berblog dsb. 

Pabila petang aku akan menonton TV atau lebih spesifiknya drama series Indonesia yang bertajuk Cinta dan Anugerah & Benci Bilang Cinta yang bermula pada pukul 5.30 petang sehinggalah 7.30 malam, bersama-sama mama, bapak dan adik tersayang. 

Selepas itu, aku akan melepak di dalam bilik dan kembali membuat kerja-kerja yang aku suka. 

Pabila mata sudah kuyu dan tubuh meminta tilam, aku akan segera merebahkan tubuh untuk berehat.. 

Atau mungkin jika tidak mengantuk, aku akan membaca novel bagi mempercepatkan proses menidurkan diri.

Yah.. Aku rasa itu lah aktiviti aku sebagai Penganggur Terhormat selagi aku belum mendapat kerja. 

Erk?! Did I say, kerja? Huish! Apakah itu? Urgh!! Takpe kita fikirkan kemudian saja tentang itu. Sekarang aku mahu menikmati status ku ini terlebih dahulu =)

p/s: To all my friends, Congratulations! We've made it! Now we just have to wait for the convocation day =)

2 comments:

laydee's issues ~ said...

congrats u, selesai sudah !! Kena la start cr keje dulu, but i think u better enjoy duduk rumah or x berkerja dulu, smpai satu tahap br rase bosan duk umah then br la xcited nk cr keje. .hehe !

*loue me* said...

laydee's: hee tQ~tu la..i nk relax dulu la ingat.pas dah puas,br start cari kerja