Bila mak/ibu/mama/bonda/mummy kita dah lanjut usia.. Anak-anak pulak tidak bersama mereka.. Mesti dorang rasa sunyi kan. Aku faham je perasaan dorang sebab masa kecik aku pun selalu kesunyian. Hahaha.. Okay.. Abaikan..
Erm.. Aku suka kalau mama aku ada kawan untuk berbual.. Berkongsi hobi.. Bergelak ketawa.. Berkongsi cerita.. Bergosip atau apa saja. Kalau mama ada kawan, mesti dia tak rasa sunyi..
Tapi..
Tadi pagi, mama suruh aku sambung cat grill tingkap bilik adik aku. Bapak aku dah buat separuh. Mama suruh aku wat lagi separuh. Memandangkan aku ni jantan tapi terperangkap dalam badan perempuan (geli giler statement ni), haruslah kerja-kerja mengecat, bertukang, tolak-tolak perabot or kerja-kerja yang berat dilakukan oleh aku. (Tiba-tiba rasa gagah perkasa giler). Lagipun, bila madam besar yang suruh, ada sapa berani bantah ke?.. No no no!
Lepas aku dah melantak bihun 1 mangkuk, coklat snickers 1/4 dan air kosong, aku pun start la kerja-kerja mengecat. Aku siapkan dulu peralatan untuk mengecat.. Pakai glove segala.. Amik tin cat and bergerak menuju ke bilik adik aku. Baru beberapa langkah terdengar suara perempuan bagi salam dan memanggil nama mama aku.
Aku dengan tak mandinya and pakai sua katok (mama aku suka panggil sua pendek = sua katok), terus mencicit berlari masuk ke bilik adik aku. Amat tak sesuai ye makcik-makcik tengok anak dara pakai sua pendek. Mana taw makcik tu nak wat aku menantu ke. Kang tengok aku pakai sua katok, terus cancel. Hehehe..
Masa aku tengah mengecat kat dalam bilik, kedengaran gelak tawa mama aku dengan makcik tu. Tah apa yang disembangkan.. Aku pun tak taw. Sebenarnya rasa seronok juga bila dengar mama dok bergelak ketawa. At least terubat la kesunyian dia. Aku yang kat dalam bilik pun turut tersenyum walaupun tak taw apa yang dibicarakan..
Tapi tiba-tiba aku terdengar suara makcik ni kat dapur lak (bilik adik aku dekat dengan dapur). Huish! Bila masa lak makcik ni ada kat dapur. Canggeh!
"Meh nak tengok rumah ko..Uish! Besarnya.. Ko tambah ke ni?" - Makcik tak tahu nama
"Hish! Rumah berselerak ni. Tak habis cat lagi. Malu la. Tunggula dah settle semua dulu" - Mama Aku
"Eh apa nak malunye.. Ooo ni yang.. bla.. bla.. bla" - Makcik tak tahu nama
Kalau tadi aku cam suka sebab ada orang datang sembang-sembang dengan mama aku.. Tapi sekarang rasa cam.. Oh Busybody nye makcik ni. Yer ar.. Ko faham tak?!. Makcik ni memang brutal habis ar. Selamba dia je redah rumah orang. Dasyat! Mama aku of course la segan sebab rumah kitarang memang bersepah giler. Cam kena langgar dengan kapal Titanic je.
Pastu aku dengar mama aku cakap,
"Oh tu bilik anak perempuan saya" - Mama aku
Okay.. Makcik tu dah terlepas sampai kat bilik aku lak ye. Mujurla aku wat tindakan bijak dengan mengunci pintu bilik adik aku masa awal-awal aku dengar suara makcik tu. Kang tak pasal-pasal dia tengok aku dok terkangkang kat atas meja mengecat grill. Oh tak sesuai. Dengan muka tak mandinya.. Nehi nehi!
Pastu tiba-tiba senyap je suasana kat luar. Mungkin makcik tu dah balik, getus hati aku.. Tapi tak sampai 3 minit, suara makcik tu kedengaran semula. Dem! Tak balik lagi makcik ni.
"Nak air sejuk ke air panas?" - Mama aku
"Apa-apa je la.. Jangan todi sudah" - Makcik tak tahu nama
Okay! Makcik ni ada sense of humour la.. Pandai berlawak jenaka.. Tak sangka
"Haa! Memang rezeki ko la. Tadi saya ada masak bihun" - Mama
Dah mama aku hidangkan bihun lak. Tapi betul la kan.. Nama pun tetamu. Mama aku memang macam tu.. Kalau ada tetamu yang datang, paling koman pun dia mesti hidangkan air.
Pastu makin rancak aku dengar dorang bersembang. Aku ni pulak rasa cam dahaga la pulak. Nak kua bilik takut terserempak dengan makcik tu. Dah sah-sahla kalau makcik tu nampak aku, aku kena salam dengan dia. Tu dah satu kewajipan. Tapi takkan aku nak salam dengan makcik tu dengan keadaan macam ni.
Aku pun teruskan kerja-kerja mengecat sambil dalam hati berharap agar makcik tu segeralah beredar. Tapi makin lama, makin rancak. Memang langsung takde tanda-tanda yang makcik tu nak blah. Aku pandang jam. Ish! Dah pukul 12 lebih.. Makcik ni tak balik memasak ke? Suami.. Anak.. Tak lunch kat rumah ke? Mama aku lain la.. Dia masak memang awal. Kul 10.30 pagi ko dah boleh lunch. Mama sangat efficient kalau bab-bab memasak. Lagipun dia tahu yang anak-anak dia ni, celik mata je terus nak sumbat makanan.
Aku masih lagi bersabar di dalam bilik walaupun tekak ni terlampau dahaga. Last-last aku talakan muka ke arah air cond. Bajet nak sejukkan kerongkong la supaya tak terasa dahaga sangat (Tak boleh blah teori ni)..
Bila aku dah habis mengecat, aku dengar makcik tu cakap,
"Eh okla.. Nak balik dulu la" - Makcik tak tahu nama
"Laa.. Nak balik dah ke? Duduk la dulu" - Mama
Dudukla dulu..?! Oh no mama! Anak mu ni dahaga sangat-sangat and nak keluar bilik. Elok la sangat kalau makcik tu nak balik. Biarkanla dia balik. Tapi aku dengar makcik tu nak balik gak. Thank god!
Aku pun memberanikan diri gi jenguk kat living room. Yes! Dah takde sapa walaupun suara makcik tu kedengaran lagi kat luar rumah. Aku pun gi simpan tin cat kat dalam kotak and berus letak dalam bekas berisi thinner. Then nak menuju ke dapur la.
Tapi kedengaran balik suara makcik tadi. Omaigod! Makcik ni memang tak reti nak balik ke apa. Dah menyembang pasal pokok bunga lak kat luar rumah. Argh! Lantak ko la makcik. Aku dah malas nak layan lagi. Yang aku tau, aku mo minum air and bersihkan tangan & kaki ni haa..
But seriously, makcik ni superla... Okay, tak perlu nak reveal perkataan yang sesuai untuk makcik tu. Biar aku sorang je tau sudah. Tapi aku amat bersyukur yang akhirnya makcik dah selamat balik ke rumah dia.
Pesanan untuk makcik: Makcik.. Sila la datang lagi ye!! Hari-hari datang pun takpe!
No comments:
Post a Comment