*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, June 24, 2010

Tentang Aku - Makan

Aku kalau bab makan, aku tak cerewet. Aku seorang yang sangat simple. Tak kira la dari segi pemakaian atau pun pemakanan. Contoh makanan paling simple tapi mampu buat aku menambah nasi sampai 2 pinggan adalah nasi putih+ikan bilis goreng pedas+kicap. Okay.. Itu sudah mencukupi buat aku. Serious aku memang jadi extra berselera kalau makan lauk ni (Tapi kalau tiap-tiap hari sumbat benda yang sama, boring gakla kan)

Aku perasan la kan.. Aku lebih suka lauk bergoreng daripada lauk yang bergulai ke apa (Eh.. Kalau ko offer aku burger, cheezy wedges, beef steak, spaghetti, pizza, teppanyaki, sushi bla bla, aku tak tolak bai). Kalau mama aku masak ikan siakap masak lemak cili api dan disamping tu ada ikan sela goreng, aku akan choose ikan goreng. Bagi orang lain sangat nyum nyum la kalau ikan masak lomak kan.. Tapi tah.. Aku lebih suka yang bergoreng. Bagi aku ianya lebih menyelerakan.

Ni adalah dinner aku tadi. Nampak macam sedih je kan
1 senduk nasi putih + 1/2 ikan goreng + Sambal petai (Ni la pembuka selera aku..Serious sedap. Sambal petai ni tinggal sikit je. Kalau tak, confirm banyak aku sebat)
Tapi aku makan sampai licin kot. Selalunya aku makan tak habis (walau nasi 1 senduk) tapi kalau lauk macam ni, siap rasa cam nak menambah je.

Hmm.. tiba-tiba aku teringat kat kawan aku yang tak makan petai. Bukan ape.. Dia ni sebenarnya tak diajar oleh parents-nya untuk makan petai. So dia tak berani nak cuba. (Kalau orang macam ni, aku boleh la terima)

Tapi kan, ada jugak manusia yang cam memandang hina bila tengok orang makan petai.. And paling tak boleh blah kalau time aku makan, tiba-tiba kedengaran suara-suara sumbang, 

"Euww! Ko makan petai?! Hish!" - sambil wat mimik muka cam jijik

Apa tak stylo ke orang yang makan petai ni hah? 

Ini serious buat aku rasa cam nak lempang. Atau boleh juga lepas aku makan kenyang-kenyang sambal petai tu, pastu aku gi kat muka dia.. Hembuskan nafas aku sekuat-kuat hati. Oh memang best la kan kalau boleh buat macam tu (Tapi aku tak macam tu ye). 

Sebenarnya, aku tak kisah pun kalau dia memang tak makan petai ke ape.. Yerla.. Citarasa orang berlainan.. Mana nak sama.. Tapi tak perlu kot buat macam tu. Serious aku tak faham spesis manusia macam ni. Kalau ko tak makan, senyap-senyap sudah ar. Tak perlu la nak wat suara yang habis gedik meng-condemn orang yang makan petai ni. Nikmat dunia tu beb. Rugi tak merasa..

Petai ni jugak sama kes dengan durian. Ada gak orang yang tak makan durian. Aku pun dulu tergolong dalam kelompok ni gak tapi kejap je la. Now aku dah boleh makan balik. (Sebab apa aku tak makan durian bertahun-tahun... Hee~ Rahsia). Siap tadi masa aku nampak gerai durian kat tepi jalan, aku suh bapak beli.. Tapi bapak taknak.. Haih.. Takpe.. Esok masih ada =)

4 comments:

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

euuuwwww!!! yuuuccckkkk makan petai.. hahahaha

weiii petai bez woo.. kalau dia cakap gitu ko sumbat je mulut dia ngan jering sekali ngan kulit2..

takpun ko simpan kentut bau petai dalam plastik.. pastu kasi dia suruh bukak plastik tuh..cakap kat dia, rasakan nikmat makan petai.. lalalalaaa

mOOn said...

weh!! kita serupa!! aku pun suka makan sambal petai... wow.. suka secara dasat sekali!! huhu

*loue me* said...

Kura:sedap kan petai.tapi aku cuma makan kalau dibuat sambal la.kalau mkn mentah camtu, xlalu la..
hahaha..bongok la ko.tp cm bgs gk idea tu kn.tah ape la..tak menikmati lgsg itu org

*loue me* said...

moon:wah! ada geng! aku suka giler kot.sedap2!