*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Monday, January 10, 2011

AJL 25.. Duhh

AJL kali ni aku tak ikut dah pun. Aku pun tak tau apasal. Macam dah kurang menarik minat aku untuk tengok. Bila tengok barisan artis, hanya berapa kerat je yang aku rasa layak bertanding. Yang lain.. Hmm.. Suam-suam kuku je la. Masa zaman kegemilangan Dato' Siti dulu, memang aku tak lekang dari TV la. Now.. Not anymore.

Walaupun aku tak tengok sangat, tapi telinga aku mendengar gakla. Apa taknya.. TV betul-betul kat belakang aku. Adik aku sanggup angkut TV bawa masuk bilik sebab TV kat ruang tamu mama aku conquer. Dia sibuk dok tengok Trilogi Cinta, aku pun dah start suka citer ni. Bes gak. Kelakar. Pelakon semua nampak natural je.

Aku rasa aku tengok AJL pun time Faizal Tahir buat gimik masa dia nyanyi lagu Hanyut. Then aku ada tengok sikit masa Stacy performed. Aku dok ulang alik macam tu la. Takdela tengok the whole performance pun. Bila announce FT untuk persembahan terbaik.. Aku cakap kat adik aku,

"Ni confirm Faizal Tahir menang ni" - Aku

Tapi bila pengacara umumkan Ana Rafali menang..
I was like??
Hah??
Ana Rafali?

Tak bes pun dowh. Aku rasa ada orang lain lagi layak dari dia. Hmm.. Maybe she's win because of ZA kot. Hehehe. Papepun congratz la

p/s: Opss.. Jangan marah

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

tak minat ana....

*loue me* said...

hahah..aku pn.dia menang sbb ZA (blh cenggitu)

ween said...

rezeki dia :)

*loue me* said...

ween: hmm..betul jugak :p