*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Sunday, January 9, 2011

Selamat Pengantin Baru To...

Eventho ni cerita 2minggu lepas, tapi aku perlu blog jugak pasal ni. Bukan ape.. Sekurang-kurangnya ada jugak kenangan di kemudian hari.

Kalau di kalangan sepupu sepapat aku, Abang Z digelar sugar daddy. Nape sugar daddy? Hee sebab dia lah orang yang selalu sponsor kitarang everytime hari raya. Sponsor bowling, sponsor karaoke, sponsor jajan dan yang pasti sponsor mercun. That's why kitarang panggil dia sugar daddy.

Last 2 weeks, our sugar daddy dah kahwin. That means, no more sugar daddyla kot. Aigooo.. Superla tak bes camni cuz nanti raya dah takde orang nak sponsor kitarang berfoya-foya lagi.

But I was so happy with his wedding. Giler ko dah tua. Masa dia kahwin umur dia dah 29 kot. Memang patut kahwin dah.

24 December 2010 adalah hari akad nikah. At that time aku and my two brothers baru je gerak dari Penang, oh aku bercuti di Penang masa tu. Mama cakap kitarang mesti ada kat rumah Abang Z before 5pm sebab after Asar dorang dah nak gerak gi rumah perempuan. Kitarang from Penang kul 9am+. Then my bro cakap nak naik feri pulak. Ikutkan je la. Mujur tak banyak kereta.

After that my bro ikut jalan lama pulak sebab aritu kan ari Jumaat. So dorang kena gi solat Jumaat dulu kat Masjid Tapah kot, aku pun tak sure. After solat Jumaat terus kitarang gerak. Langsung tak lunch sebab takut tak sempat. Mujur pagi-pagi kitarang dah breakfast. Padahal perut lapar gakla.

"You think we can make it or not?" - Aku
"Hmm.. Dont know" - My bro

Time tu semua orang tak sure sama ada kitarang dapat sampai rumah Abang Z before 5pm or not. Giler kau.. Kul 2 lebih kitarang baru gerak dari Tapah. Kitarang nak kena ada kat Negeri Sembilan kul 5pm. Kalau boleh aku taknak terlepas majlis akad nikah Abang Z. Dia antara closed cousin kitarang. So nak jugakla ada masa hari bersejarah dia.

Guess what?? Dengan berkat pemanduan my two brothers, akhirnya kitarang sampai around 5.30pm. Yah terlewat half an hour.. Tapi rupa-rupanya dorang pun still tak siap lagi. Pfuhh.. Lega. Aku pun sempatla salin baju semua.

Then around 6.30pm kot, baru kitarang gerak gi rumah perempuan kat Serting. Jauh gakla. Lebih kurang one hour. After Isya' baru majlis akad nikah diadakan. Aku rasa ni first time aku hadiri majlis macam ni. Before this tak pernah rasanya. Aku lak yang rasa nervous. Huhuhu

Bila tok kadi datang, mata aku terus pandang muka Abang Z. Nak tengok dia cuak ke tak. Huhuhu 

"Ko rasa Abang nervous tak?" - Aku
"Nervousla tu" - Emma, adik Abang Z
"Ko rasa berapa kali" - Aku (*Berapa kali means berapa kali akad)
"Tahla" - My cousin

Aku dengan my cousins semua duk kat bahagian belakang masa tu. So kitarang tak berapa dengar apa je yang tok kadi tu cakapkan. Lagipun part dia dok ceramah bakal pengantin not interesting pun kan.

Siap Busu aku menguap lagi.. Punyala boring agaknya

Bila part ayah pengantin perempuan pegang tangan Abang Z, hah baru interesting. Kitarang semua dah mengesot ke depan sebab nak tengok berapa kali kena akad nikah.Percubaan pertama gagal sebab suara ayah pengantin perempuan tak keluar, dorang kata ayah pengantin perempuan lak yang nervous. Camno tu?. Ish berdebar jugakla kot. Bukan takat pengantin lelaki je yang berdebar. Aku memang langsung tak dengar la kan sebab dok kat belakang. Bila nak akad nikah sekali lagi, ayah pengantin perempuan minta spectacles pulak sebab tak nampak. Bila dua-dua dah ready, mujur la kali kedua sah. Yeay! Abang Z dah jadi suami orang dah.

Masa ayah pengantin perempuan nak akadkan

Aku tengah dok sembang dengan Bangah
  
Balik dari majlis akad nikah, semua cousins ditugaskan untuk siapkan doorgift. Ada dekat 1000+ lebih kot

My bro and Aboy tengah siapkan doorgift. Coklat ni disponsor oleh Bangah

The next day (25 December 2010), majlis sebelah perempuan. Before kitarang bertolak gi rumah perempuan, tiba-tiba dapat call kata takde pengapit lelaki. Ape lagi.. Adik aku jadi bidan terjunla. Tak pasal-pasal dia kena jadi pengapit lelaki. Dahla dengan baju melayu nya takde. Mujur la dia boleh pakai baju melayu Abang Z. Ni first time kot dia jadi pengapit. Sebelum ni taraf-taraf pegang bunga manggar je.

The Cousins

The following day (26 December2010), majlis sebelah lelaki pulak. Kalau adik aku jadi pengapit, aku lak jadi pemberi bunga telur. Ni pun bidan terjun gak sebab tiba-tiba je time orang tengah merenjis, takde orang nak bagi bunga telur. Ade ke akak photoG yang bagi. Kesian dia nak wat 2 kerja. Mula-mula dorang dok tolak aku.. Aku ni kan pemalu. Dah sah-sahla aku tamo. Tapi bila akak photoG tu kasi signal suh bagi, sian pulak kat dia. Mana nak pegang DSLR dia yang besar gabak lagi berat tu.. Nak kena kasi bunga telur pulak. Nak taknak, terpaksala aku yang bagi. I malu la..

Berarak dekat jalan besar
Pengapit pakai selipar je? Tak senonoh tul

Aku dengan Yanie (my cousin)

Wearing Georginia Headband

Masa kena bagi bunga telur kat orang
 
Sesi potong kek

Bila malam adalah sesi membuka hadiah pulak. I loike. Walaupun hadiah tu tak dapat kat aku pun, tapi rasa cam seronok bila tengok hadiah yang dorang dapat. Just name it.. Kipas, Lampu Ikea (Aku tau dari sapa.. Hehehe), Microwave, Telekung dan kain pelikat, Bedsheet, Coffee Maker, Dapur Gas, Thermos, Frame, Rice Cooker bla bla bla.. Yang paling remarkable sekali adalah lesung batu. Kitarang bantai gelak giler-giler kot. OMG!! Why on earth dia bagi lesung batu eh? Semua orang tertanya-tanya. Apakah maksudnya?

Pape pun.. Selamat Pengantin Baru Buat Abang Z dan Adda. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Semoga dapat anak yang comel. And to Adda, welcome to our family :))


Rindu kat si Abu-ncit ni

No comments: