DADAH
RASUAH
DADAH
RASUAH
Dah naik muak aku dengar. Aku pun tak fahamla. Yang paling nonsense bila nilai rasuah setakat RM50 or RM200-RM300. 50 hengget pun nak amik? Ish ish ish.. Tak masuk akal tul. Alang-alang nak pow, pow la banyak sikit. Ni disebabkan 50 hengget, tak pasal-pasal kena sumbat dalam jail. Tak ke naya.. Mintak la dijauhkan semua tu.
Bila teringat citer mama pasal bapak aku.. Wat aku tergelak pulak. Bapak aku tu memang dikenali sebagai orang yang sangat sangat tegas. Masa time bapak aku berkhidmat dulu, rasuah ni memang wujud. Kalau kau jenis tak tahan godaan wang ringgit/harta benda, memang ko boleh terjerumus ke lembah durjana tu.
Sapa je yang tak rambang mata bila tengok duit berkepuk-kepuk. Cuba hang habaq mai. Plus, bukan susah pun. Apa yang ko perlu buat hanyalah turunkan your signature. Dah dapat duit riban-riban. Tapi cara bapak aku handle, aku salute la. Dia sikit pun tak tergoda dengan godaan syaiton.
Kalau time perayaan je, memang banyak hamper yang bapak aku dapat. Kat office dia tu memang penuhla. Siap ada yang anta sampai ke rumah. Tapi family aku langsung tak pernah dapat merasa. Bukan sebab bapak aku kedekut or makan sorang-sorang, memang takla kan..
Sebabnya.. everytime bapak aku dapat je hamper, dia akan suruh staff dia pulangkan balik hamper-hamper tu. Sampaikan tokei besar syarikat pernah datang office bapak aku semata-mata nak bagi hamper. Tapi bapak aku tolak dengan cara baik. Dari situ, orang respect dan tahu keperibadian my dad.
Tapi pernah one time tu, ada sorang lelaki nak rasuah bapak aku dengan bagi duit cuz dia nak suruh bapak aku luluskan tender dia. Lelaki tu first time deal dengan bapak aku. So dia tak tau bapak aku jenis yang macam mana. Dia ingat senang digula-gula kan la. Memang silap banyakla kan. Nak tau bapak aku respon camne..
"Kejap.. I call BPR dulu, tanya boleh tak terima duit ni" - Bapak (*BPR=Badan Pencegah Rasuah)
Ape lagi. Kelam kabut la lelaki tu. Terus amik balik duit dia.. Say sorry and blah.
Kadang-kadang kita tak sedar benda tu rasuah. Orang selalu cakap, "Amikla.. Buat duit kopi". Dari benda sekecil-kecil tu, tak mustahil lama-lama jadi besar.
Sebagai anak yang suka tanya soalan yang mencabar kotak minda, aku pun tanya kat bapak,
"Macam mana bapak tau tu rasuah? Tah-tah dia ikhlas ke" - Aku
"Betul.. Ada orang yang ikhlas dan ada yang tak. Tapi sebenarnya kita sendiri boleh tau sama ada seseorang tu ikhlas ataupun tak. Yang penting niat" - Bapak
Dan Bapak pernah pesan, kalau kerja nanti kita kena ikhlas. Jangan mudah terpedaya dengan wang ringgit. Wang ringgit bukan boleh bawak ke kubur pun. So fikir-fikirkan lah
Dan bersempena hari jadi my dad hari ni, aku nak wish him Selamat Hari Jadi Bapak! Semoga bapak dipanjangkan umur.. Dimurahkan rezeki. Semoga sihat selalu. Dan semua yang baik-baikla akak doakan untuk bapak. Kakak sayang sangat kat bapak. My only hero~
No comments:
Post a Comment