*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, January 29, 2011

Takpe.. Aku Redha

tQ pada semua yang sentiasa bagi kata-kata semangat kat aku. Aku sangat hargainya. Tak sangka masih ada yang mengambil berat tentang aku. Walau ada sesetengahnya hanya kenal di dunia maya ni, tapi komen dari korang membuatkan aku tersenyum dan terhibur. Dan sedikit sebanyak mengubat hati yang lara ni, eceh ayat.. Korang nak baldi tak?

By the way, korang pernah dengar tak peribahasa, "Sudah jatuh ditimpa tangga"?

Boleh la kiranya aku andaikan apa yang berlaku hari ni ada kena mengena dengan peribahasa tersebut. Aku tak tau la apsal nasib aku ni malang bertimpa-timpa.

Selalunya waktu petang aku akan wat makan petang sama ada bakar roti ke, goreng nugget/sosej/fries etc. Memang aku volunteer untuk wat kerja-kerja tu sebab orang lain malas. Dorang tau makan je. Hehehe..

So tadi, aku pun kuakan la otak-otak (frozen food) dari fridge. Pastu aku terus panaskan minyak. Sambil-sambil tu aku gi masak air sebab raja, permaisuri dan putera bongsu nak minum petang. Aku sebagai dayang-dayang ni kena la wat kerja.

Then bila dah letak air atas dapur gas and minyak dalam kuali pun dah panas, aku pun masukkan la otak-otak dalam kuali tu. Then aku dok melongong la depan kuali tu sambil dok balik-balikkan otak-otak tu. At the same time bila air dah masak, aku wat air pulak. Pastu sambung menggoreng lagi. Masa aku tengah balik-balik kan otak-otak tu, tiba-tiba,

Pong! Pffuuf!!

Isi otak-otak tu meletup keluar eh and 2 biji otak-otak tu siap terpelanting kua dari kuali lagi. Time tu tangan aku yang tengah pegang sudip adalah paling dekat dengan kuali. Masa meletup tu, minyak terpercik kat tangan aku. Habis tangan kanan aku terkena minyak panas. Masa kena, aku menjerit la, "Arghhh!". Gila ko. Terkejut kot. Mujurla tak kena muka aku sebab aku sempat paling ke belakang. Cuma tangan yang tak dapat diselamatkan.

Adik aku dengan parents aku terus datang dapur and tanya kenapa. Pastu bila tengok dapur, dorang dah taula. Mama aku pun terus buka fridge and amik madu lebah. Terus dia letak kat tapak tangan aku and suruh adik aku gosokkan. Masa jadi tu, aku langsung tak menangis ke apa. Cuma muka mungkin tersentak la kot. First time jadi macam ni. Before this kalau meletup pun, masa dah angkat dari kuali. Or kalau meletup pun, sikit-sikit je. Takde sampai tercampak otak-otak tu sampai kat luar. Tapi kali ni, otak-otak tu betul-betul mengamuk.. Fobia jap.

Pas daripada tu, aku pun lepak kat luar sambil tengok TV- Cinta dan Anugerah. Bapak aku sempat lagi loyar buruk, "Eh! Jangan makan otak-otak tu lagi. Kang dia meletup dalam perut pulak". Tapi aku tak kire.. Perut dah lapar giler time tu. Nak meletup ke nak ape ke, aku sumbat gak. Penat-penat dah masak dan siap terkena minyak lagi, sia-sia kalau tak makan.

Masa mula-mula kena minyak panas, sakitnya.. Masyaallah. Perit.. Pedih.. Berdenyut-denyut. Tapi aku wat selamba je la. Lebih kurang dalam sejam lebih, baru aku basuh tangan aku  dengan air. Mama cakap kalau kena minyak panas ke apa.. Jangan terus basuh dengan air. Ia akan menggelembung nanti. So cepat-cepat sapu dengan madu lebah. Memang betul pun. Now tangan aku tak menggelembung pun tapi masih lagi terasa sakit. Ada ketika rasa pedih dan berdenyut-denyut. Ada ketika okay.. Apa-apa pun, aku redha dengan apa yang berlaku and will always

Keep on smiling :))

p/s: Apakah aku harus mandi bunga?Isk isk isk.. Khurafat!

10 comments:

laydee's issues ~ said...

mayb otak2 tu masih sejuk kot, ada ice lg, tu yg bila msk dlm kuali dia meletop.

i pun pernah kena mcm u tp air kete radiator, kena kt tgn, masyallah nk cair daging tgn i ni. tp dr start i kena i cuci ngan air dlm 20mins cemtu, bila dh buka balutan. .mmg x gelembung or ada kesan. hbs la kena dr tgn ke siku.

Marya Hana . said...

kesiannya u, lain kali hati2 tau..
:)

*loue me* said...

marya: baek..tp tu la malang xberbau.lps ni akan lebih berhati2 lagi

*loue me* said...

laydee's:tu la..my parents pn cakap camtu gk.dorang cakap next time kalau nk masak, kena letak kat luar dulu for few minutes, then baru leh masak.maybe pasni i fobia dhla kot nk goreng tu.kalau goreng pn,nk duduk jauh sebatu

aah..u lg teruk kan.i nye tgn ni dh ok dh.dh xde denyut2 lg.cuma kalau tersentuh rasa cm sengal2 je.cm rg kesan melecet tp xla sakit sgt

ayarasmin said...

mandi bunga x salah.g lerr mana2 spa.kasi rileks sket badan tuh.

*loue me* said...

aya:spa?tidak pernah seumur hidup pergi ke spa.dh keje cm aya nnt maybe leh gi spa :)

KuraKuraDiBawahCawanKaca said...

ko pehal weh? menggelabah tak habeh.. main minyak laa pulak.. lain kali kau grill je otak2 tu.. healthy dan tak meletop..

penat betol aku baca citer2 suwey ko.. ngahahahaha..

E K A said...

lo.camne leh meletup tu reen.setiap kali grg otak2 dia letup ke.siannya...rajin2 letak obat taw...

*loue me* said...

kura:ntahla labu.aku pn xtau apsal.niat baik nk wat mkn ptg, skali minyak mkn aku.ala yg ni mana blh grill2 sbb bkn dlm daun.ni mmg kena gorengnya

ko baek2.kang dgn ko2 skali suwey.hahahha

*loue me* said...

eka: maybe reen xletak kat luar dulu kot.lua dr fridge terus goreng.tu sbb meletup.now dh ok dh eka cuma ada parut