*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, February 15, 2011

Vacay: Kelantan Part I

Akhirnya aku dapat jugak gambar-gambar holiday aritu from my cousins. Actually ada je gambar dalam handphone aku tapi tak banyak. Bila dah dapat gambar-gambar tu, baru semangat nak buat entry ni

02/02/11 (Wednesday)
Dalam kul 11pm, kitarang satu family gerak gi rumah Busu. Kitarang tido kat sana cuz nak gerak awal pagi esok dalam kul 4 sebab takut jam. Almaklumla raya Cina. Confirm jalan jam punya

03/02/11 (Thursday)
Tapi biasalah.. Kalau kata pukul 4 pagi tak semestinya tepat kul 4 gerak kan. Tambahan ada 5 keluarga yang bersamaan dengan 20 orang semuanya. Nak tunggu sorang-sorang mandi dan bersiap, memang makan masa. Oh jangan tak tahu.. Pukul 4 pagi aku dengan gigih bermake up. Tak pernah aku make up seawal tu. Mm.. Dalam kul 5am baru kami bertolak.

Kitarang ikut Bentong-Gua Musang-Kelantan. Walaupun pukul 5 pagi bertolak tapi kereta dah banyak eh. Mujurla tak jammed sangat. Traffic masih smooth lagi.

Keadaan masih berkabus lagi 

Kitarang sampai Kelantan dalam kul 1.30pm. First stop kat guesthouse di Kok Lanas. Terimbau kembali kenangan masa belajar kat situ for 2 years. Tapi aku tak sempat nak pi lawat PKB. Dah letak barang-barang kat guest house tu, kitarang gerak gi rumah kawan mama di Pasir Hor. Malamnya kawan mama nak belanja makan nasi kukus. So kitarang follow je la. Mula-mula gi Zakini Restaurant tapi dah habis lauk-pauknya. Time tu baru kul 8.30pm. Cepat betul habis. Pastu kitarang gi satu kedai Nasi Kukus ni tapi tutup pulak. Pastu pergi Yatie Ayam Percik. Orang punyala ramai. Mujurla dapat tempat duduk tapi menunggu lama la jugak

Ni masa kat rumah kawan mama
Tak senonoh tul perangai aku. Macam tak pernah makan tembikai
Tapi kan gambar ni macam unik sangat bagi aku.
Bermula dari kiri, Aboy yang mukanya macam begitu menghayati buah tembikai tu.
Aku pulak macam tak pernah jumpa tembikai.
Yani macam blur-blur
Adik aku nampak macam tengah melambung-lambungkan tembikai
While Mak Teh aku tengah mengulum tembikai sambil merasai nikmat buah tembikai
Padahal kalau ikutkan takde la sampai macam tu sekali

Then malamnya kami serbu Wakaf Che Yeh. Orang punyala ramai. Berasak-asak aku kat dalam tu. Tak suka betul. Aku tak beli pape pun kat situ. Cuma menjamu mata je.

Last time masa aku study kat PKB, Wakaf Che Yeh ni takdela rupa macam ni. Kalau dulu lalu sini, confirm aku tutup hidung sebab bau busuk sangat. Tak sangka sekarang dah jadi cantik macam ni and jadi tumpuan orang ramai. Kira WCY ni macam uptown di KL la..

Bersambung...

6 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

hahaha, makan mcm tu.. haha

*loue me* said...

faiz: aku blame si amik gambar.disebabkan dia, dpt gmbr xsenonoh.hehehe

biruVSpink said...

WCY tu kg saya...hehe ;)

*loue me* said...

biru: laa.. yeke?cool2

mukaoren said...

la...reen, gi kelate ruponyo demo. hahaha :D tempat kawe tu! tapi kawe pasir mas.

*mari doh loghat kelate dio. hahah :) rindu gila dengan kelantan. sob sob sob..

*loue me* said...

ima: laa..ima ore kelate ruponyo. kawe tak tahu pulop. hehehe

*i pun rindu kelantan :)