*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Friday, March 25, 2011

Daku Kembali Dengan Cerita Akad Nikah

Oh oh.. Lamanya aku tak update blog. Sangat rindu pada blog ni. Actually nak update banyak sangat cerita tapi kena one by one la.

Mula-mula nak citer pasal majlis akad nikah. Eh eh!! Bukan aku tapi adik Nemo. Actually dah lama dah iaitu 04 March yang lalu, kebetulan sama tarikh dengan birthday adik aku.

Majlis ni dihadiri keluarga & kawan-kawan terdekat je. Kendurinya bulan 4 nanti baru diadakan. Maybe time tu ramaila dijemput.

Lepas Maghrib, aku, mama & my lil bro terus bertolak gi umah Nemo. Mujurla sampai kat sana majlis belum start lagi. Kalau tak, sure segan.

Aku tak ingat ni kali ke berapa aku tengok majlis akad nikad but one thing yang aku tahu.. Lain tempat lain caranya. Masa majlis akad nikah adik Nemo.. Tok kadi bagi khutbah kahwin panjang berjela eh. Seingat aku masa Abang Z kawin, kejap je. Khutbah pun dekat bakal pengantin je. Tapi nasib baikla tok kadi ni pandai buat lawak. Takde la boring sangat. Siap ada sesi cubaan lagi masa nak akad nikahkan pengantin lelaki. At least pengantin lelaki takde la cuak sangatkan.

Dengan sekali lafaz je, dorang dah sah jadi suami isteri. After selesai je cakap sah, semua yang ada kat situ siap bersorak lagi. Ada yang cakap 'Yahuuu!'. First time kot aku tengok majlis akad nikah yang havoc. Selalunya akad nikah sunyi je.. Dok control ayu.. Baca doa-doa.. Tapi ni lain oo. Meriah tul

Masa akad nikah

Pengantin direnjis-renjis dipilis 

Adik-adik Nemo
(Love this pics)

Masa aku dah nak balik, aku salam dengan mama Nemo and cakap, "Tahniah auntie. Dah dapat menantu dah"

Pastu mama Nemo balas balik, "Tima kasih. Pasni giliran awak pulak"

Hikhikhik.. Malu I

"Insyaallah kalau ada jodoh" - Mama Nemo

Amin :)

p/s: Thanks for the pics

4 comments:

::FAIZ:: said...

aku suka tgk pengantin... sbb diorang pakai baju lawa... dan aku verangan akupun akan pakai baju lawa... erk, tetibe

*loue me* said...

rupanya ko pn gatal nk kawen ye

chepah said...

hihihi...i like...kalo aku ade situ aku pon jawab kat mama nemo :'Amin'..hehheee

*loue me* said...

chepah: hehehe..malu i *blushing*