*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Thursday, May 5, 2011

Chilling at Chiling River

Sambungan dari entry sebelum ni..

Zaman aku kecik or sekolah rendah/menengah, aku selalu join rombongan gi camping, wall climbing, jungle trekking, kem motivasi etc. Pantang cikgu tanya sapa nak join rombongan, mesti aku sibuk nak bagi nama gak.

Now, dah hampir berzaman kot aku tak join outdoor activities. Sampaikan aku tak ingat bila last time aku join aktiviti-aktiviti luar. Punya la lama

Masa ari Ahad aritu, tiba-tiba Nemo call and ajak aku gi mandi sungai with his friends. I tot just mandi sungai je la. Tak expect yang akan ada jungle trekking which for me mencabar la.

Isnin pagi, lepas Subuh, aku dah bangun dan siap-siap. Pastu aku gi kedai kejap sebab nak buat sandwich sebagai bekalan kat sana nanti. Dalam pukul 9, Nemo and his friends sampai kat rumah aku. Pastu kitarang terus gerak gi Chiling River kat Kuala Kubu Bharu. Kitarang sampai kat sana dalam kul 11 pagi.



Pastu terus berjalan masuk. Masa sampai kat sana baru aku tau yang rupanya kitarang kena lalu 7 lintasan dan kena redah lebih kurang 5-6 sungai sebelum sampai di waterfall. Dahla ada certain tempat tu, arusnya deras. Ada sekali tu, selipar aku kena bawa dek arus. Mujur sempat diselamatkan. And kali kedua aku tergelincir lak sebab aku terpijak batu yang berlumut aka licin. Malu giler. Habis basah baju aku. Argh~Lembik tul! Mujurla kawan-kawan Nemo semua sporting and very helpful. Dorang semua memang dah biasa dengan aktiviti macam ni.

Jungle trekking
Nampak baju aku basah


Meredah sungai
Ada certain sungai arusnya deras.. Kadang-kadang aku rasa cam nak dihanyutkan oleh arus. Punya la ringan aku ni

Bila sampai kat waterfall, tengok ramai giler orang. Semua datang berkumpulan. Ada group budak-budak Cina, family group, Malay group. And tak lama lepas tu, 'sotong group' pun ada. Aku dok terbayang macam mana je la dorang redah tadi. Hehehe. Tapi yang paling surprise sekali ada makcik yang dah tua boleh sampai kat waterfall tu. Salute la

Masing-masing lapar bila dah berendam dalam air tadi


Sardine Sandwich

Monyet yang duk tunggu masa nak baham makanan kitarang

After berjam dalam kereta, after aku tergelincir, selipar hampir-hampir dihanyutkan arus, merentas denai yang lecak, memanjat batu dan cerun, merentas beberapa sungai, melalui 7 lintasan.. Tapi semua tu sangat worth it bila nampak waterfall ni

The Waterfall

Dalam pukul 3 lebih kitarang dah gerak turun. Masa dah habis mandi, hujan dah mula rintik-rintik. Mujurla kitarang sempat sampai kat kereta

Bye-bye Chilling River

Pastu kitarang gerak gi Ampang Park cuz masing-masing dah lapar. Perut dah bunyi-bunyi minta nasi. So kitarang lepak kat Nasi Kandar Pelita. Pastu terus gerak gi Jusco Bukit Tinggi cuz nak tengok Fast & Furious 5. Best woo movie ni walau dah takde aksi racing. Tapi tetap seronok. Dekat kul 2am baru aku sampai rumah. Balik rumah terus mandi-mandi and ZzzzZZzz

4 comments:

McCat said...

jeless...suppose i went to this place last weekend but suddenly my fren cancel coz she called for duty.

Anonymous said...

wahh.bestnye!!lama dah x pergi lepaking di air terjun.

*loue me* said...

mcCat: oo yeke?nnt pergila.menarik tempat dia.

*loue me* said...

aya: huhu..best2..tp lps tu sakit2 badan la.but seriously once in awhile patut gi tmpt2 mcm tu..release tension