*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Tuesday, May 3, 2011

Dulu-dulu aku...

Masa aku kecik-kecik dulu, aku ni agak boyish gakla. Aku cukup suka nak buat benda yang orang jantan buat. Pada aku, kalau lelaki boleh buat, perempuan pun boleh.

Masa aku form 1, aku pernah join Kelab Taekwondo. Mula-mula mama aku cam tak bagi tapi lepas aku pujuk dia, dia pun bagi la aku join.

So Taekwondo ni kan ada grading iaitu ujian fizikal bagi mendapatkan next belt. Starting adalah warna putih. So in order untuk aku dapat tali pinggang kuning, aku kena mendaftar untuk grading. Masa aku nak grading, mama aku pun datang la nak tengok. But after dah habis grading tu, terus dia suh aku quit dari Taekwondo. Kes nya sebab dia tengok ada budak perempuan pecahkan kayu/bata. Plus dia tak suka dok terkangkang terkoyak. Dia kata orang perempuan tak elok macam tu. Time tu memang frust habis la tapi aku terpaksa ikut cakap mama aku cuz dia yang bayar yuran aku. So at last aku belajar Taekwondo sekerat jalan je la. Nasib baik tak sempat beli baju dia. Dah la mahal.

Oh ya.. Tiba-tiba aku tingat kat satu citer kelakar. Masa tu aku baru balik dari sekolah. Baju kurung yang aku pakai pun tak tukar lagi. Aku punya la nak menunjuk kat adik aku tentang macam mana nak bagi front kick. Last-last tah camne, aku terpijak kain sekolah and jatuh tersungkur. Adik aku ape lagi, gelak gila babeng ar. Terus aku marah dia and masuk bilik. Senyap-senyap aku nangis dalam selimut. Sampai sekarang kalau aku tingat, mesti aku gelak. Sangat budus sekali

And then petang-petang aku selalu main badminton or street soccer dengan adik aku dan kawan-kawan dia. Aku ingat lagi pernah ada sekali tu.. Masa tengah main, aku nak tahan bola dengan kaki tapi tah macam mana, aku tersilap pijak bola tu and terpelecok dan ibu jari aku tergesel kat jalan tar. Ape lagi.. Terus keluar darah yang banyak sebab kulit ibu jari aku terkoyak. Aku pun terus masuk dalam rumah and rawat sendiri luka aku sambil air mata menitik-nitik tahan kesakitan, sayur giler rasa. Tapi tetap tak serik. Esoknya aku main lagi

Pastu aku cukup suka bawa basikal sambil lepas tangan. Rasa cam bangga giler kot bila bawak mountain bike sambil lepas tangan dan pusing keliling taman. Pernah aku main lawan lumba basikal dengan budak lelaki Cina. Mula-mula dia la ajak aku berlumba. Aku memang on je. Tapi last-last dia kalah and aku yang menang. Terus dia cabut balik rumah. Aku dengan perangai busy bodynya gi la intai budak tu kat umah. Tengok-tengok dia tengah nangis eh. Tergelak aku. Lembik tul~

Lagi satu, everytime kalau aku tension or ada masalah, aku mesti kayuh basikal laju-laju. Rasa hilang semua masalah. Tapi sekarang basikal dah takde cuz dah  kena curi berbelas tahun dahulu. Pas daripada tu tak pernah dah beli basikal

Bila fikir-fikir balik, aku rasa aku la yang paling lasak kalau nak compare dengan beradik aku walaupun aku ni perempuan and beradik aku semua lelaki. Macam abang aku, aku rasa dia tak pernah join kot rombongan ni semua. Tahla. Aku pun tak sure sebab dulu dia kat sekolah asrama. Adik aku pula memang tak lepas kalau nak gi mana-mana. Almaklumla anak bongsu. Mestila dimanjakan. Hah.. Jangan nak kata aku ni kanak-kanak terpinggir, walaupun aku pun rasa cam tu gak. Tapi aku untung gakla sebab aku lepas je nak join mana-mana rombongan. Tapi bila adik aku dah masuk U, dia pulak yang makin aktif. Kejap-kejap gi panjat gunung. Kejap hilang gi mandi sungai la.

Dan kini..
Aku..
Hanya duduk di rumah sambil menjahit, beronline, tengok TV etc..
Isk isk isk..
Boring kan

4 comments:

ima sakina said...

cepat cepat la kawen. boleh jadik suri rumah tangga sepenuh masa :)

::FAIZ:: said...

ko Menjahit? blh caye ke?

*loue me* said...

faiz: menjahit manik je la.kalau nk suh aku jahit baju, mmg xla kan

*loue me* said...

cik ima: tunggu ang kawen la dulu