*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Wednesday, June 29, 2011

Kronologi Pengakhiran Status Penganggur Terhormatku (I)

Sambungan..

Bila awal tahun ni barulah aku berjinak-jinak untuk cari kerja. Tapi tu pun bukan sepenuh hati. Bila rasa nak apply, baru aku apply. Dan aku juga dok survey-survey program Master kat Local Uni. Boleh kata kebanyakan kerja aku apply cuma kat Jobstreet je and kalau ada career fair, contoh macam kat PWTC, Mid Valley aritu, baru lah aku gi. Tu pun abang aku yang bawa and paksa aku, mujur aku ada beradik yang supportive. Bila dah apply, sebulan dua jugak aku tunggu untuk dipanggil interview. 

Sampailah satu hari tu ada company panggil aku interview untuk position Geologist. Walau bukan position yang aku nak which is Civil Engineer tapi apa salahnya mencuba kan. Gain experience. But sadly company tu nak bayar hanya RM1.5k je. Setahu aku penebar roti canai pun gaji dorang RM1.5k. Bukanlah demand nak tinggi sangat tapi rasanya cam tak berbaloi sebab kerja tu memerlukan aku gi site at least 20 sites sebulan. Tapi cuma nak bayar aku RM1.5k je. Parents aku cakap buat penat badan je. Plus company tu jauh dari rumah aku. 

Then aku dapat interview as a Civil & Structural Engineer kat satu company di Damansara. Company ni lebih kepada consulting firm which aku memang nak, aku tamo duk site. Tugas aku kat situ lebih kepada design la. 

Tapi nak dijadikan cerita.. Masa aku nak gi interview kat company di Damansara tu, ada satu lagi company buat walk in interview pada hari yang sama iaitu 30/05/11. Tapi sebagai apprentice je. My mom suruh aku gi walk in interview tu cuz company tu one of the largest company in Bursa Malaysia. Sebut je nama company tu semua orang pun tahu. So aku pun give a try la. Pagi gi walk in interview. Then petangnya around 5.30pm aku gi interview kat Damansara.

Masa aku walk in interview pagi tu, orang punyala ramai. Dalam hati tak de la letak harapan tinggi pun. Sekadar mencuba. Susah kot nak join company tu. Plus aku terpaksa bersaing dengan candidates yang lain. Tapi aku cuba beri yang terbaik la. Masa aku tunggu kat luar untuk di temuduga, ada sorang perempuan Chinese datang kat aku and tanya aku amik course apa. Pastu tanya kalau anta aku gi Bintulu nak tak. Tercengang jap aku. Terus rasa cam tak jadi la nak masuk interview. But then aku being honest la yang kalau boleh aku taknak la kena anta jauh-jauh. Semenanjung boleh tahan lagi.

Lepas selesai candidates kat dalam ditemuduga, giliran aku pulak. Nervous takyah citer la. Bila dorang interview aku, baru aku tau yang unit tu adalah unit food processing which means lari jauh dengan bidang aku. Tapi the interviewer ada cakap kalau aku willing to learn, takde masalah. Aku pun mengiyakanla. And interviewer tu ada cakap lagi.. Let say aku perform well, tak sampai 1 year pun dorang dah boleh serap masuk as a permanent staff. After interview tu, aku cuma berdoa agar aku dapat that job, walau pada mulanya aku tak mengharapkan. Walau bukan bidang aku tapi aku rasa aku kena open my mind untuk try bidang lain. Tiba-tiba teringat kat someone yang pernah cakap kat aku, "Sometimes we have to try other field". Dan mungkin itu benar. Dan kadang-kadang apa yang kita nak tu, kita tak dapat.

Bersambung...

4 comments:

ciek niena said...

tahniah kak reen.. dan good luck for ur new life =)


p/s: nanti dah kaya, banje la sya coklat 2-3 yea.. hehe..

::FAIZ:: said...

sorry, beberapa hari tak singah sini... sedikit bz...

*loue me* said...

tQ2 niena.coklat?boleh2.xde hal la

*loue me* said...

faiz: camne castng?ok x?