*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Saturday, November 5, 2011

Nemo's Convocation

Last month adalah musim orang berkonvo.. Berturut-turut semua universiti adakan majlis konvokesyen. Aritu 1 October 2011, Nemo punya majlis konvokesyen. Beberapa hari sebelum konvo Nemo, banyak kali Nemo tanya kat aku sama ada aku akan datang konvo dia atau pun tak.. Tapi aku cakap tak tau.. Sebabnya aku nak buat surprise kat dia. 

So malam sebelum hari konvo Nemo, dia tanya lagi aku datang atau pun tak konvo dia.

"You datang tak konvo I?" - Nemo
"Ish! I taktau la" - Aku
"Nape tak tau?" - Nemo
"Yerla.. I tak tau ada kereta ke tak. Lagipun dengar kata mama nak anta kereta tu gi workshop" - Aku
"Hmm.. Takpela" - Nemo

Suara Nemo time tu sayu-sayu je tapi aku tetap keraskan hati sebab aku nak misi aku berjaya.

Pada hari kejadian iaitu hari konvo dia.. Aku bangun awal pagi lagi. Terus bersiap-siap sebab tak nak terlewat datang ke konvo dia. Tiba-tiba Nemo call.. Aku pun apa lagi.. Dengan bakat terpendam yang ada, aku pun berlakonla konon-konon baru bangun tidur.

"You buat apa? Dah bangun dah?" - Nemo
"Hmm?" - Aku
"Ke you tidur lagi" - Nemo
"Hmm.. Ngantuk ar" - Aku
"Mmm.. Takpela.. Tidur la" - Nemo, suara sedih tak yah citer la kan.. Kasihan

Lepas aku dah bersiap, tiba-tiba mama cakap nak ikut aku. Dia takutla tu aku drive sorang-sorang. Adik aku pun takde nak teman.

Pukul 12 lebih, aku sampai kat Uni Nemo. Mujur Nemonye majlis sesi petang. So takdela aku kena bertolak dari rumah sebelum Subuh kan. Masa dah kat Uni dia, aku tried call him berkali-kali tapi langsung tak diangkat. Dalam hati, Hish! Padan muka aku.. Nak sangat buat surprised kan. Now ni call Nemo dah tak diangkatnya. Mesti dia dah masuk dewan. Tah kali ke berapa aku call, barulah Nemo picked up my calls.

"You kat mana?" - Aku
"I dalam dewan. Nape? You kat mana?" - Nemo
"I kat bengkel ni.. Bengkel U" - Aku
"Hah? Bengkel ape?" - Nemo, yang still tak faham
"Bengkel U, Pahang" - Aku
"Betul ke?" - Nemo
"Yerla. I kat luar ni. Orang call tak angkat" - Aku
"Padan muka" - Nemo, suara sedikit ceria
"Okla.. I tunggu kat luar ni je la" - Aku

Nak dijadikan cerita, hujan lebat pulak petang tu. Mujurla kat dalam dewan masih ada tempat duduk yang kosong. So dapatla kitarang masuk dalam dewan. Dah habis majlis tu, baru la aku dapat jumpa Nemo dan bagi jambangan bunga kat dia.

Jambangan bunga yang warna orange+yellow tu aku buat sendiri tau. Specially for him. Walaupun boleh je beli tapi kalau buat sendiri, kan lebih sentimental value.

With his family

Congratulations sayang!! Akhirnya you grad dengan jayanya. Im so proud of you sayang.

Love,
Your angel <3

p/s: I may not the romantic-type-of-lady.. I'm sorry for that..

2 comments:

Bella Lim said...

uishhh comelnya akak :DDD

moga kekal lah ye ngan nemo. haha

*loue me* said...

thx bella :)